Azwan tiba seawal jam 12 tengahari di Masjid Al Azhar Balun Bidai seterusnya menunaikan solat Jumaat bersama ahli kariah serta penduduk Kampung Balun Bidai.
Selesai menunaikan solat Jumaat, Azwan bersama jawatankuasa masjid meninjau serta berbincang berkaitan kerja-kerja mengindahkan kawasan masjid baharu tersebut.
![]() |
| Azwan menziarahi rumah penduduk yang perlukan bantuan. |
Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Balun Bidai turut bertemu dengan jawatankuasa cawangan sebelum menziarahi kediaman penduduk kampung yang memerlukan perhatian.
Selepas mengunjungi beberapa kediaman penduduk kampung, Azwan selaku Pengerusi Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) meluangkan masa bersama jawatankuasanya bagi membincangkan program motivasi untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang akan diadakan hujung bulan ini.
Awal Oktober lalu, YTPS dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Perak Tengah berkunjung ke 5 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di DUN Kampung Gajah bagi memberi motivasi serta sumbangan set alat tulis kepada 605 orang pelajar Tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014. Baca di SINI.
Beliau dijangka mengadakan pertemuan santai dengan rakan-rakan YTPS pada malam ini untuk membincangkan pula program sambutan Maal Hijrah 1436H.











