Memaparkan catatan dengan label Datuk Dr Harun Din. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Dr Harun Din. Papar semua catatan

Sabtu, 12 April 2014

PM @NajibRazak Ziarah Datuk Dr Haron Din Di #IJN #UMNO #PAS #ISLAM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN, Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.



Pada 25 Jan yang lalu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir turut meluangkan masa menziarahi Datuk Dr Haron Din yang pernah menjalani rawatan jantung 3 bulan yang lalu.

YPS mendoakan semoga Datuk Haron Din segera sembuh dan diberikan kesihatan berpanjangan selepas ini. Amin.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..