Memaparkan catatan dengan label PRK DUN Sungai Limau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK DUN Sungai Limau. Papar semua catatan

Selasa, 5 November 2013

#PRKSgLimau: SUNGAI LIMAU KEKAL MILIK PAS DENGAN MAJORITI 1084

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Limau menyaksikan parti PAS mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.

Calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat mendapat 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.

Bilangan undi majoriti yang diperoleh calon PAS, Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN PSungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.

Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman.
Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim membuang undi di Sekolah Kebangsaan Dulang, Sungai Limau.
Sementara itu, Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Beliau reda dengan keputusan pengundi selepas jentera BN khususnya UMNO bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan BN.

Bagaimanapun, Dr Sohaimi berkata sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah.

“Terima kasih kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan terima kasih kepada jentera parti yang bertungkus lumus dan bekerja keras,” katanya.

Mengulas kekalahan Barisan Nasional, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Azwan melalui kemaskini laman blognya berkata, beliau dapat melihat keyakinan rakyat sudah mula kembali kepada Barisan Nasional. Selanjutnya di SINI.

Isnin, 4 November 2013

#PRKSgLimau: NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MELEPASI UJIAN PERTAMA @AzwanBro


Sekalung TAHNIAH buat Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru, Khairul Azwan B. Dato' Harun atas kejayaan anda menggerakkan Jentera Pemuda BN sewaktu kempen PRK DUN Sg Limau.

Melalui maklumat rakan-rakan blogger yang berkesempatan mengikuti setiap program yang dianjurkan oleh Azwan sepanjang beliau berkampung di sana, semuanya mendapat sambutan hangat.

Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau adalah merupakan medan ujian buat beliau yang baru terpilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 23hb Oktober lalu.

YPS tidak hairan jika beliau mampu melakukannya, kerana beliau mempunyai pengalaman mengepalai Jentera Pemuda BN Negeri Perak pada Pilihanraya Umum ke 13 Mei lalu.

Seperti yang kita sedia maklum, Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan apabila mereka memperolehi 31 Dewan Undangan Negeri Perak daripada 58 keseluruhannya.

Sehinggalah 3 orang wakil rakyat Pakatan Rakyat menyatakan mereka menyokong BN dan membolehkan BN kembali memegang tampuk pemerintahan Negeri Perak.

Dan pada PRU ke 13 yang lalu, BN berjaya menang 31 buah kerusi DUN berbanding 28 Pakatan Rakyat. Kemenangan tersebut adalah usaha keras Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tidak dapat dinafikan juga, kemenangan itu juga adalah hasil usaha Khairul Azwan Harun yang telah mengembalikan sokongan pengundi-penguni muda kepada Barisan Nasional.

Hari ini, Azwan sekali lagi membuktikan kewibawaan beliau membantu Barisan Nasional menghadapi Pilihanraya Kecil di sebuah kubu terkuat PAS di Kedah Darul Aman.

Beliau yang dilihat sentiasa turun padang menyantuni pengundi-pengundi di setiap PDM tanpa kenal penat lelah. Dan hasilnya, Barisan Nasional berjaya memenangi beberapa Pusat Pengundian yang dimenangi PAS pada PRU Mei lalu.

Biarpun PAS memenangi PRK DUN Sungai Limau dengan kelebihan undi sebanyak 1084, tetapi majoriti undi diperolehi  PAS makin mengecil berbanding  2,774 pada PRU 13 lalu.

Ini adalah pengalaman pertama AzwanBro memimpin Jentera Pemuda Barisan Nasional Malaysia. Semua ini permulaan bagi beliau mempersiapkan peradaban baru Pemuda BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.


Ahad, 3 November 2013

#PRKSgLimau: TAKLIMAT KHAS FASA TERAKHIR KEMPEN PEMUDA BN OLEH @AzwanBro #BeraniHijrah

Menjelang tarikh pembuangan undi Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau yang telah ditetapkan esok, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian tengahari tadi di bilik gerakan pemuda UMNO Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut, Azwan menyampaikan taklimat khas berkaitan fasa terakhir kempen Jentera Pemuda BN di DUN Sungai Limau sehingga tamat tempoh berkempen pada jam 12 tengah malam ini.

Azwan yang telah berada di DUN Sungai Limau sejak seminggu yang lalu sentiasa turun padang selain menganjurkan beberapa program dalam usaha membantu kempen calon Barisan Nasional, Prof Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Pengalaman beliau sewaktu memimpin Jentera Pemuda BN Negeri Perak pada PRU ke 13 yang lalu digunakan sepenuhnya di medan Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau. 

Beberapa jam terakhir sebelum kempen tamat pada tengah malam ini, Azwan bersama Jentera Pemuda BN dilihat masih berusaha bertemu pengundi dan merayu sokongan mereka.

Azwan turut mengingatkan para pengundi DUN Sungai Limau agar keluar mengundi seawal mungkin dan jangan lupa membawa kad pengenalan diri. 

Sabtu, 2 November 2013

#PRKSgLimau: KENALI CALON BARISAN NASIONAL DUN N20 SUNGAI LIMAU #UndiBN #BeraniHijrah

Kurang dari 24jam lagi untuk kita berkempen di DUN Sungai Limau sebelum 27,222 ribu pengundi di 19 buah PDM menentukan siapakah yang yang akan diberi mandat untuk mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Buat pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, buatlah pilihan terbaik demi masa depan, kemajuan dan pembangunan di kawasan anda.

Berilah mandat kepada Barisan Nasional melalui calon terbaik yang ditampilkan oleh BN. Berikut adalah sedikit biodata calon BN, Prof Dr Ahmad Sohaimi Bin Lazim.

Position:
Bekas Pensyarah Kanan UPSI

Faculty/Centre:
Fakulti Sains Kemanusiaan
Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan

Qualification:
Ijazah Doktor Falsafah – Pengajian Malaysia
Tamadun Asia (Jepun)
Universiti Sains Malaysia (2008)
Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban)
Pengajian Peradaban (Tamadun Islam dan Asia Timur)
Universiti Malaya (2000)
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian
Sains Politik ( – )
Universiti Sains Malaysia (1998)

Field Of Specialization
TITAS
Research Interest
1. Hubungan Malaysia-Jepun pasca merdeka
2. Politik Malaysia kontemporari

Professional Affiliation:
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER
1. Ahli Jawatankuasa Perancangan Akademik Fakulti
UPSI ( 20/08/2010 to 20/07/2012 )
2. Ahli jawatankuasa pengajian siswazah fakulti
UPSI ( 20/08/2010 to 20/07/2012 )
3. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Fakulti Sains Kemanusiaan
UPSI ( 20/08/2010 to 20/08/2011 )
4. Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan
Fakulti Sains Kemanusiaan
UPSI ( 20/08/2010 to 20/08/2011 )
5. Ahli Jawatankuasa Teknikal (Kewangan)
Fakulti Sains Kemanusiaan.
UPSI ( 20/08/2010 to 20/08/2011 )
6. Semakan Kurikulum Pengajian Majlis Amanah Rakyat
MARA ( 18/10/2011 to 21/10/2011 )

AHLI / MEMBER:
Persatuan Sains Sosial
( 13/09/2011 to 13/09/2012 )

PENGERUSI / CHAIRMAN:
Penilai Manuskrip
Dewan Bahasa dan Pustaka
( 09/03/2012 to 08/04/2012 )

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER
Seminar Kebangsaan Perpaduan Nasional
Majlis Profesor Negara
( 08/12/2011 to 14/11/2012 )

Selected Research:
Registered Research with Research Management Centre (RMC)
1. BIOGRAFI TOKOH UPSI DARI PERAK
1922 – 1960-AN
2. Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu
1941-1945

Unregistered Research:
1. Dasar Ekonomi Baru 1970-1990:
Perspektif Sejarah
2. Dasar dan kesan pendidikan Jepun di Tanah Melayu
1941-1945.

Seorang calon berpendidikan tinggi. YPS yakin, Dr Sohaimi akan membawa perubahan besar untuk rakyat DUN Sungai Limau.

Jumaat, 1 November 2013

#PRKSgLimau: @azwanbro YAKIN BN PUNYAI PELUANG BESAR MENANG DUN SUNGAI LIMAU #BeraniBerhijrah #undiBN

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun menganggap calon BN untuk Pilihanraya Kecil Sungai Limau mempunyai harapan besar untuk menang walaupun kawasan berkenaan merupakan kubu kuat PAS.

Menurut Azwan, berdasarkan latar belakang pendidikan kedua-dua calon, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, dilihat memberi harapan baru kepada pengundi terutama dikalangan golongan muda.


"Bagi pilihan raya kecil kali ini, BN menampilkan calon yang merupakan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, manakala Pas memilih bekas Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Agama An-Nadzah, Mohd Azam Abd Samat, 37, sebagai calon.


"Kedua-dua calon mempunyai latar belakang sebagai pendidik, namun BN mengetengahkan seorang bekas pensyarah kanan yang mempunyai kelayakan peringkat doktor falsafah, disokong pula dengan pengalaman yang begitu lama dalam bidang pendidikan.


"Jiwa pendidik biasanya sentiasa mempunyai kecenderungan untuk berinteraksi lebih dengan masyarakat dan ini pasti memberikan kelebihan untuk beliau memimpin masyarakat setempat.


Azwan menambah, walaupun ramai antara pemerhati politik meramalkan BN tidak punya peluang untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau yang merupakan kubu kuat Pas, namun beliau masih meletakkan harapan tinggi terhadap Sohaimi.


Peluang BN untuk menang tetap ada kerana Pas menghadapi masalah untuk mencari pengganti seperti Allahyarham Tan Sri Azizan.

Katanya, pengundi di DUN Sungai Limau perlu memikirkan adakah Pas mampu membawa kesejahteraan kepada mereka melalui pembangunan.


"Mereka perlu fikirkan bagaimana pula dengan golongan muda, mereka harus bertanya kepada diri sendiri adakah mereka sudah berpuas hati dengan kemajuan DUN Sungai Limau sejak 18 tahun di bawah pimpinan Pas.

"Pengundi muda harus berfikir adakah adil untuk melihat kawasan tersebut yang didiami sebilangan besar warga emas serta generasi baharu, untuk terus mundur tanpa pembangunan?"


Azwan menambah, dari pemerhatiannya,secara peribadi, Sohaimi dilihat lebih fokus ke arah agenda pembangunan berbanding dengan taktik menyerang keperibadian lawan yang beliau sifatkan sebagai politik agresif.

Jelasnya, di samping agenda pembangunan, calon BN itu masih tidak mengabaikan satu daripada identiti Sungai Limau iaitu sekolah pondok.


"Dr. Ahmad Sohaimi sendiri menyatakan komitmennya untuk melihat sekolah pondok berteraskan pembelajaran sains dibina di DUN Sungai Limau sebagai sebahagian daripada manifesto beliau.


"Masyarakat, khususnya pengundi akan melihat pendekatan yang dibawa oleh Dr. Ahmad Sohaimi, iaitu memastikan pembangunan disuntik tanpa mengabaikan elemen yang sudah menjadi sebahagian daripada penduduk di sini sebagai satu kelebihan untuk memungkinkan beliau dipilih.


"Inilah peluang kepada orang muda di Sungai Limau, mahupun mereka yang sudah sekian lama berhijrah ke bandar untuk bersama-sama kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional supaya dasar baharu DUN Sungai Limau boleh dilaksanakan.


"Memang benar, apa pun keputusan ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri atau kedudukan Pas dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi BN bertanding bukan semata-mata kerana mahu merebut kerusi Sungai Limau tetapi kita ikhlas mahu menawarkan khidmat bakti kepada penduduk Sungai Limau.


"Kalau BN memikirkan soal kerusi semata-mata sudah pasti kita tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ia tidak mengubah apa-apa tetapi ini soal tanggungjawab kepada rakyat," katanya lagi.

#PRKSgLimau: INFO DUN SG LIMAU, FAKTA DAN ANGKA #BeraniHijrah





Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau pada 4 Nov ini menemukan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan Mohd Azam Abd Samat daripada PAS. 

Pengundi - 27,222 orang
Melayu - 93.03 %
Cina - 6.76 %
India - 0.06 %
Lain-lain - 0.15% 

Terdapat 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Sungai Limau;

1) PDM Matang Buloh 
Jumlah Pengundi - 1949 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 260 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 379 undi

2) PDM Sungai Dedap
Jumlah Pengundi - 2005 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 461 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 548 undi

3) PDM Gelam Tiga 
Jumlah Pengundi - 1096 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 358 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 388 undi

4) PDM Bukit Choras
Jumlah Pengundi - 988 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 601 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 647 undi

5) PDM Bukit Besar
Jumlah Pengundi - 988 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 1199 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 1247 undi

6) PDM Simpang Tiga Luar
Jumlah Pengundi - 1548 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 225 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 248 undi

7) PDM Simpang Tiga
Jumlah Pengundi - 1432 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 46 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 265 undi

8) PDM Selengkoh
Jumlah Pengundi - 1432 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 119 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 22 undi

9) PDM Sungai Daun 
Jumlah Pengundi - 1826 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 137 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 32 undi

10) PDM Sungai Limau
Jumlah Pengundi - 1305 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 12 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 55 undi

11) PDM Kabu Sepuloh
Jumlah Pengundi - 1950 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 87 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 45 undi

12) PDM Sungai Kering
Jumlah Pengundi - 358 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 178 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 153 undi

13) PDM Sedaka
Jumlah Pengundi - 1469 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 86 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 22 undi

14) PDM Ulu Sedaka
Jumlah Pengundi - 1546 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 245 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 283 undi

15) PDM Padang Lumat 
Jumlah Pengundi - 843 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 5 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 56 undi

16) PDM Batu Enam Belas
Jumlah Pengundi - 1143 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 194 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 202 undi

17) PDM Kampung Titi Batu
Jumlah Pengundi - 1143 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 276 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 164 undi

18) PDM Dulang Kecil 
Jumlah Pengundi - 1814 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 506 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 338 undi

19) PDM Dulang Besar
Jumlah Pengundi - 989 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 187 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 141 undi

PRU 13 - Pas menang 13 PDM dan BN menang 6 PDM
PRU 12 - Pas menang 12 PDM dan BN menang 7 PDM

Sejak Hari Penamaan Calon pada 23hb Oktober yang lalu, Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata PDRM menerima sebanyak 58 permohonan daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS untuk tujuan ceramah, di mana 56 permit telah diluluskan manakala dua permohonan ditolak.

Dua permohonan yang ditolak adalah kerana tempat yang dimohon untuk membuat ceramah tidak sesuai dan ia berdekatan dengan tempat parti politik yang lain bagi mengelakkan pertembungan dan risiko berlakunya perkara yang tidak diingini.

Berdasarkan fakta dan angka hasil keputusan pilihanraya yang lepas-lepas di DUN Sungai Limau, nampaknya bukan satu perkara yang mudah untuk BN merampas kerusi berkenaan daripada PAS. 

Sejak tahun 1955, sejarah pilihanraya kawasan berkenaan menunjukkan PAS menguasainya sebanyak 9 kali dan BN sebanyak 4 kali. 

Arwah Ustaz Azizan mula memegang kerusi berkenaan sejak 1995 yang pada ketika itu dikenali dengan nama Dun Sala. Beliau menewaskan calon BN, Bahador Bin Omar dengan majoriti 196 undi. 

Tahun 1999 juga semasa Dun berkenaan dikenali sebagai Dun Sala, Ustaz Azizan sekali lagi menewaskan calon BN, Hidzir Bin Alias dengan majoriti 2621 undi. 

Tahun 2004 DUN berkenaan mula dikenali dengan nama DUN Kawasan Sungai Limau. Ustaz Azizan mencatatkan hatrick dengan menewaskan calon BN, Mohd Suhaimi Bin Abdullah dengan majoriti 1080 undi.

Tahun 2008 pula Ustaz Azizan menewaskan Basorri Bin Abu Hassan dengan majoriti 3212 undi. Manakala pada tahun 2013 Ustaz Azizan menewaskan calon BN yang juga sepupunya, Fazillah Bin Mohd Ali dengan majoriti 2774 undi. 

Jika diperhatikan keputusan diatas, undi majoriti yang dimenangi Ustaz Azizan tidak konsisten setiap tahun. Bermula dengan kemenangan kecil pada 1995, kemudian meningkat pada 1999, turun balik pada 2004, naik balik pada 2008, dan turun balik pada 2013. 

Atas kertas mungkin sukar untuk BN menang. Namun...

Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya....

Isnin, 28 Oktober 2013

#PRKSgLimau: NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA GEMPUR DUN SG LIMAU @azwanbro




Beberapa hari setelah disahkan memenangi Pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan panggilan AzwanBro turun bersama Jentera Gerak Gempur Pemuda UMNO Malaysia bagi membantu kempen Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil N20 DUN Kawasan Sungai Limau.

Seperti kita sedia maklum, Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Tan Sri Azizan Razak yang merupakan penyandang bagi kerusi itu sejak 1995.


Kehadiran AzwanBro selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru membangkitkan semangat Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Malaysia yang telah sedia berada di DUN Sg Limau sejak dari hari penamaan calon pada 23 Oktober lalu.

Setibanya di DUN Sg Limau, Azwanbro terus memulakan kempen dengan mengunjungi setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi bertemu pengundi-pengundi khususnya pengundi muda.
Dalam setiap pertemuan, beliau turut membuka ruang sesi soal jawab bagi mengenalpasti isu-isu berkaitan gerak kerja kempen.

Kehadiran pengundi-pengundi yang memberangsangkan serta semangat yang ditunjukkan, Azwan yakin kemenangan akan berpihak kepada calon Barisan Nasional.

DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS selepas DUN Tokai. Terletak di bawah Parlimen Jerai dan mempunyai 27,222 pemilih berdaftar dengan 30 peratus daripadanya adalah pengundi muda.

BN diwakili bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Shuhaimi Lazim, 52 tahun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Jerai.

Manakala PAS diwakili Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, berusia 37 tahun yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..