Memaparkan catatan dengan label Tian Chua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tian Chua. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2014

Tian Chua Tetap Hasut Rakyat Jatuhkan @NajibRazak, Jika @AnwarIbrahim Dipenjara @PDRMsia #kembalikanISA


Nampak gayanya, Ahli Parlimen Batu tidak merasa takut atau risau diambil tindakan oleh pihak berkuasa apabila beliau masih lagi mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti.

Biarpun sedang disiasat polis berhubung kes menghasut rakyat untuk turun ke jalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya sebelum ini, namun Tian Chua seolah-olah terus mencabar kewibawaan undang-undang negara.

"Ini janji saya. Kalau Najib berani penjarakan Anwar, kita akan bangkit jatuhkan Najib.

"Kita pernah menunjukkan rekod sebelum ini. Saya sendiri pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting selama dua tahun, pernah kena gas pemedih mata tetapi semua ini tidak memberi kesan," katanya dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi.

Sebelum ini, beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Tian Chua dalam akaun Twitternya (@tianchua) pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.

Naib Presiden PKR itu juga dilihat cuba menimbulkan kebencian penyokong Pakatan Rakyat terhadap Najib dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang.

Dengan nada angkuh, Tian Chua mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meletakkan jawatan atas desakan dan tindakan bantahan rakyat melalui reformasi.

"Kita kena tunjukkan kuasa rakyat seperti yang pernah ditunjukkan sebelum ini kepada Najib pula. Jangan ingat dia akan terus berkuasa. Kita akan bangkit menunjukkan kuasa kita kepada mereka nanti," katanya.

Bagi YPS, keberanian pemimpin Pakatan Rakyat ini makin menjadi- jadi sejak Internal Security Act (ISA) dihapuskan. Menghapuskan ISA merupakan satu kesilapan besar kerajaan.

Bila rakyat mendesak agar kerajaan mengembalikan satu-satunya akta yang mampu menyekat kegiatan atau hasutan pemimpin yang sengaja ingin menimbulkan keadaan huru hara, ada suara-suara dari pihak kerajaan sendiri mengatakan ianya tidak perlu.

Selasa, 15 April 2014

Tian Chua Ditahan Polis, Hasut Rakyat Guling Kerajaan

AKHIRNYA Tian Chua telah ditahan polis pada jam 7.45 malam tadi di lobi Hotel Armada kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan.

Naib Presiden PKR itu sering mengeluarkan kenyataan berbau hasutan mengajak rakyat menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri DS Najib Razak dalam tempoh lima bulan sejurus Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman atas kesalahan meliwat.


Ekoran kenyataan biadap tersebut, satu laporan polis dibuat oleh bekas ADUN Batu Kawan, Huan Chen Guan pada 7 Mac yang lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Harapan YPS, jangan ada pemimpin UMNO atau mana-mana peguam bertindak memaafkan kebiadapan Tian Chua.

Khamis, 23 Januari 2014

Tarik Saman Tian Chua Bukan Bererti UMNO Beralah - Ku Nan


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak andaian bahawa tindakan menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua yang lain bermakna UMNO beralah dengan pihak yang berniat jahat terhadap parti itu.

Beliau sebaliknya mendedahkan keputusan itu diambil setelah Tian Chua membuat tawaran untuk menyelesaikan saman fitnah itu di luar mahkamah berhubung penyiaran artikel mengenai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata Tian Chua membuat tawaran itu kepada UMNO menerusi peguam parti Datuk Mohd Hafarizam Harun dengan kehadiran Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

"UMNO tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat, tetapi dalam kes itu, pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan," tegasnya dalam kenyataan media, Rabu.

Tengku Adnan turut mengemukakan dokumen Perintah Penghakiman Persetujuan antara UMNO dan Tian Chua bersama dua lagi individu, yang menyatakan Tian Chua jelas kesal terhadap artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO' telah dirujuk kepada UMNO.

Sementara Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga dalam saman fitnah itu telah dengan serta-merta mengeluarkan artikel terbabit daripada laman web mereka.

Tengku Adnan turut menegaskan bahawa walaupun saman fitnah itu selesai, Tian Chua masih lagi berhadapan dengan tuduhan jenayah iaitu hasutan di Mahkamah Sesyen di sini, ekoran laporan polis yang dibuat rakyat berhubung insiden tersebut. 

Pada 11 April 2013, Ab Rauf memfailkan saman terhadap Tian Chua, Fazallah Pit dan Aisha Geoffrey berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac tahun lepas yang mengaitkan UMBO  dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Bagaimanapun, UMNO menarik semula saman itu pada 13 Jan lalu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan tuntuan saman itu berdasarkan terma yang dipersetujui.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop.

Apa kata blogger Double Y??? Klik SINI.

YPS ~ Whatever laaaa Ku Nan. Buatla UMNO ni macam korang punya... 

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..