Memaparkan catatan dengan label GERAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GERAKAN. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

Letakkan Kesepaduan & Jalur Persefahaman Yg Sama Demi Kekalkan Keharmonian Sedia Ada - @Azwanbro @NajibRazak @MuhyiddinYassin #Gerakan #BarisanNasional


Seorang perwakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dalam Persidangan Perwakilan Nasional ke-43 parti tersebut yang berlangsung semalam telah menimbulkan provokasi dengan menyifatkan Melayu adalah bangsa pendatang seperti juga bangsa Cina dan India.

Tan Sai Loon, perwakilan yang mewakili negeri Johor dalam ucapannya berkata, biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi bumiputera asal.

Sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), adalah penting untuk kita meletakkan kesepaduan dan mempunyai jalur persefahaman yang sama dalam mengekalkan keharmonian sedia ada.

Demikian respon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun yang dipetik melalui kemaskini facebook beliau ketika mengulas isu yang dibangkitkan oleh Tan Sai Loon.

Azwan yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia membidas kenyataan Tan dan mengingatkan agar tiada mana-mana pihak memperkecilkan peranan rakan komponen.

UMNO sebagai parti tunjang BN sentiasa menghargai sumbangan rakan mereka biar sekecil mana pun.

"Jangan merasa hebat dan besar kepala jika sumbangan yang diberikan hanya kurang sekangkang kera. 

Tambah Azwan lagi, sebelum memperkecilkan peranan rakan komponen, wajar untuk kita sukat sejauh mana sumbangan yang kita telah berikan dalam kesepaduan ini.

Rakan-rakan parti komponen perlu mengimbau keputusan Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu, dan menjadikannya iktibar serta tanda aras untuk terus bekerja keras demi memastikan BN terus kekal mentadbir Malaysia.

Azwan juga menggesa agar rakan-rakan parti komponen fokus dalam merencana penambahbaikan institusi masing-masing demi memastikan sokongan rakyat kembali kepada BN.

"Jika tiada apa yang bijak untuk diperkatakan adalah baik untuk mereka fokus dalam merencana penambahbaikan institusi mereka sendiri.

"Keharmonian & toleransi ini adalah hasil kesepakatan yang telah dipupuk sekian lama, dan janganlah kita memandang enteng serta memandang kecil kesepakatan ini," tegas Azwan lagi.

Bagi menjaga keharmonian dan toleransi yang telah dipupuk sekian lama, Azwan mendesak agar Presiden Gerakan, Mah Siew Keong mengambil tindakan tegas terhadap perwakilan Johor tersebut.

"Tiba masa Presiden Parti Gerakan Malaysia mengotakan janji beliau untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli parti seperti Tan Lai Soon, kerana memainkan isu perkauman.

Dan terkini, Tan Lai Soon diberitakan telah digantung keahliannya dan dikehendaki mengeluarkan surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin atau pemecatan dari parti tidak harus diambil terhadap beliau.

Menurut Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, pihaknya turut mengecam kenyataan yang dikeluarkan Tan Lai Soon semalam sambil menegaskan bahawa kenyataan Tan tersebut bukan merupakan pendirian parti Gerakan. 

“Kami turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah tersinggung dengan kenyataan tersebut. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa Gerakan adalah sebuah parti untuk semua bangsa dan kami tidak akan sekali-kali membenarkan kenyataan yang tidak bercirikan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Khamis, 26 Jun 2014

Rombakan Kabinet: Pertubuhan Cina Sedikit Kecewa @NajibRazak #MCA @partiGerakan



Beberapa pemimpin pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina menyuarakan rasa kecewa apabila MCA dan Gerakan tidak diberikan jawatan penting dalam Kabinet.

Kekecewaan mereka diluahkan setelah MCA 'kehilangan' jawatan Timbalan Menteri Pendidikan yang secara tradisinya dipegang parti itu.

Terdapat pula suara yang berpendapat MCA seharusnya mendapat sekurang-kurangnya tiga menteri masing-masing di Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mereka juga mengharapkan Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Wee Ka Siong yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diberi tanggungjawab sewajarnya.

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, pihaknya mengalu-alukan rombakan Kabinet tetapi sedikit kecewa dengan barisan baharu itu.

"Keadaan ini berlaku kerana tiada perwakilan kaum Cina dalam Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Kementerian-kementerian ini mengendalikan isu-isu yang dekat dengan kaum Cina," katanya.

Beliau bagaimanapun berpuas hati apabila wakil MCA dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Sebelum ini kita pernah mencadangkan wakil kaum Cina dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II.

"Sekarang dapat timbalan menteri, ia masih merupakan satu keadaan yang boleh diterima," katanya.

Tambahnya lagi, jawatan dan tanggungjawab Ka Siong dan Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu diperjelaskan.

"Pada ketika isu Islam dan bukan Islam terus berlaku kebelakangan ini, adalah baik jika terdapat bahagian khas yang mengendalikan isu berkaitan di Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Lim Kok Cheong berpendapat, wakil MCA dalam Kabinet perlu berani bersuara menyampaikan pandangan dan suara hati masyarakat Cina.

Beliau berpendapat pelantikan dua menteri daripada MCA adalah boleh diterima walaupun mengharapkan tiga menteri sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Ong Chiaw Chuan pula berkata, pihaknya sedikit sebanyak kecewa apabila wakil MCA tiada dalam Kementerian Pendidikan.

Namun beliau juga percaya dua menteri MCA masih berupaya membangkitkan isu berkaitan untuk dibincangkan dalam Jemaah Menteri.

"Sebelum ini ada wakil MCA dalam Kementerian Pendidikan, ia lebih mudah untuk bangkitkan isu pendidikan Cina," katanya.

Perghhhhh!!! Punya besar permintaan pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina ni. Deme sedar atau tidak, bahawa mereka tidak layak untuk diberikan walaupun satu jawatan kecil didalam kabinet selepas mereka GAGAL memenangi hati pengundi Cina pada PRU ke 13 yang lalu.

Dengan pelantikan seramai 6 orang pemimpin Cina dalam kabinet kerajaan semalam, hari ini mereka boleh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan portfolio yang diberikan kepada 5 pemimpin MCA dan seorang dari parti Gerakan.

Najib yang mengumumkan rombakan kabinet itu, mendapat kritikan dari pelbagai pihak yang menyatakan kekecewaan dengan pertambahan portfolio selain tiada menteri yang digugurkan biarpun ada antara yang dikekalkan gagal menepati KPI yang ditetapkan.

Wakil-wakil pertubuhan Cina patut bersyukur kerana masih diberi peluang biarpun mereka kalah pada PRU ke 13 yang lalu. Yang menang pun, kerana bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Dan perlu diingat, pelantikan 6 orang pemimpin mewakili masyarakat Cina itu oleh YAB Perdana Menteri pasti dengan harapan agar mereka bekerja kuat menarik balik sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.

YPS berpendapat, pelantikan tersebut adalah ihsan UMNO yang menang majoriti sehingga melayakkan Barisan Nasional kekal memerintah negara ini.

Secara peribadi, YPS yakin kita tetap tidak boleh mengharapkan undi kaum Cina pada PRU ke 14 nanti...

#BeriBetisNakPaha

Selasa, 27 Mei 2014

Presiden @partiGerakan Tolak Lantikan Senator Jika Kalah # PRKTelukIntan #BN4TI #MahSiewKeong

Ini satu pertaruhan kepada masyarakat Cina Teluk Intan, jika mereka mahu ada suara dalam kerajaan, pilih calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Semuanya kerana Presiden Gerakan itu sudah menetapkan fikiran, samada jadi menang pilihanraya kecil dan kemudian dilantik jadi Menteri, atau kekal berada di luar Kabinet.

Beliau menolak dakwaan pembangkang bahawa akan dilantik menjadi Senator sekiranya beliau kalah pada PRK kali ini. 

Datuk Mah berkata beliau hanya mahu menjadi ahli parlimen demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan kawasan ini.

Cakap-cakap konon akan dilantik senator itu dakwa beliau merupakan taktik pembangkang mempengaruhi pengundi di Teluk Intan.

"Setiap malam pembangkang sering menyerang saya dengan mengatakan saya akan menjadi senator semasa mereka mengadakan sesi ceramah. Saya mahu menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan supaya saya boleh berkhidmat untuk masyarakat di sini.

"SAYA TEGASKAN JIKA SAYA KALAH SAYA TIDAK AKAN MENJADI SENATOR. SAYA TIDAK AKAN MENGGUNAKAN JALAN BELAKANG UNTUK MENJADI MENTERI. ~ Calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kempen DAP yang mendakwa jika calon DAP menang, penduduk di kawasan Parlimen Teluk Intan tidak akan rugi kerana calon BN boleh dilantik menjadi Senator dan mempunyai suara di Parlimen.

Menurutnya, jawatan bagi seseorang Senator hanya berkuasa di peringkat Persekutuan dan tidak mempunyai kawasan khusus untuk berkhidmat. 

"Jika saya menjadi senator,
bagaimana saya mahu menolong masyarakat di sini? Jawatan senator hanya berkuasa di peringkat persekutuan. Senator tidak mempunyai kawasan khusus untuk berkhidmat.


"Saya mahu menjadi Ahli Parlimen kerana saya boleh melakukan pelbagai perubahan untuk kawasan ini. Saya mahu membantu untuk golongan miskin, ibu tunggal," tegasnya.

Berikutan itu, beliau melahirkan harapan untuk menjadi ahli parlimen bagi memenuhi hasrat beliau untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dan menjaga keharmonian penduduk di kawasan Parlimen itu.

"Saya berhasrat untuk mewujudkan satu dana khas untuk membantu warga miskin, kurang upaya dan ibu tunggal. Itulah harapan saya untuk warga Teluk Intan.

"Saya yakin bahawa saya boleh memimpin Teluk Intan ke satu bandar yang lebih membangun, ke satu bandar di mana golongan miskin dijaga, ke satu bandar di mana kita dapat duduk selesa dan berkerjasama. Itulah harapan saya," katanya.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.-27/5/2014

Khamis, 22 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Wakil Rakyat DAP Gagal, Jasa Dato Mah Ditagih Rakyat @MuhyiddinYassin @KhairyKJ @azwanbro #BN4TIDato

Dato' Mah Siew Keong cukup popular dikalangan penduduk Teluk Intan.
YPS memang sering turut serta dalam setiap sesi turun padang bertemu pengundi oleh calon Barisan Nasional (BN) Dato' Mah Siew Keong sekitar kawasan Teluk Intan.

Dan dalam setiap sesi tersebut, YPS mengambil kesempatan menguji apakah penduduk Teluk Intan benar-benar mengenali Dato' Mah atau tidak.

Pertanyaan YPS ringkas, kenal tak calon BN (Dato Mah) ni??? Pantas mereka menjawab, KENAL.

Patutlah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam twitternya sehari sebelum pengumuman calon oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, beliau memuat naik status berharap pimpinan tertinggi BN mencalonkan Dato' Mah.

Termasuk juga kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang meletakkan 100% keyakinan dan kepercayaan terhadap kredibiliti Dato' Mah sebagai calon BN.

Dan sewajarnyalah Presiden Parti Gerakan Malaysia Dato' Mah dipilih sebagai calon BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan oleh kepimpinan tertinggi BN.

Apa tidaknya... Boleh dikatakan setiap penduduk Teluk Intan tanpa mengira usia dan kaum pasti mengakui cukup mengenali calon BN itu.

Dato Mah tidak kekok beramah mesra bersama rakyat dalam setiap sesi bertemu pengundi.

Dato' Mah bukan muka baru. Mengambilmira sejarah silam pembabitan politiknya, beliau pernah menjadi wakil rakyat paling berkesan dan berjaya mewakili penduduk Teluk Intan, selama dua penggal (1999 dan 2004).

Sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan itu pula, beliau dilantik menduduki kerusi kabinet kerajaan sebagai~

  • Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) [2004-2006],
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [2006-2008] 

Sebelum diletakkan bertanding Ahli Parlimen, Mah pernah bertanding dan menang kerusi ADUN Pasir Bedamar pada tahun 1995.

Banyak jasa disumbang oleh Mah kepada penduduk di Teluk Intan tetapi yang paling besar dan diingati ialah usahanya mendapatkan peruntukan dari kerajaan pusat sejumlah RM30 juta bagi membina benteng dan tembok menahan hakisan di tebing Sungai Perak.

Teluk Intan dilihat dari udara, dikelilingi sungai. Arus sungai tersebut menghakis tebing sungai yang mengakibatkan banjir sebelum tebatan banjir dibina. Kini, tebatan banjir tersebut memerlukan baik pulih. 
Mengenai kejayaan Mah ini, YPS yang ketika itu belum kenal politik telah mendengar kisah ini. Ada cerita yang mengatakan bahawa, Teluk Intan bakal tenggelam kerana hakisan tebing itu.

Bagi mereka yang tinggal di Kg Durian Sebatang, Kg Beca dan kawasan sepanjang pesisir Sungai Perak itu pasti resah apabila air pasang melimpahi tebing sungai itu yang menenggelamkan rumah mereka.

Dan dari mulut orang-orang tua ketika itu, ada spekulasi yang mengatakan bahawa bandar baru Changkat Lada bakal dibangunkan bagi menggantikan Teluk Intan yang dipercayai akan musnah.

Malang dengan jasa yang begitu besar Mah kalah dua kali pada 2008,dan 2013 akibat tiupan tsunami dikalangan pengundi Cina terhadap BN.

Ini gara-gara kempen anti-kerajaan ditiup oleh tokoh-tokoh Cina yang mahukan UMNO tumbang dalam PRU yang ke 12 dan ke 13 sehingga ramai pengundi khususnya kaum Cina ikut terpengaruh.

Hari ini rakyat menagih usahanya semula untuk mengatasi masalah hakisan kerana tambak yang dibina itu perlu dibaiki. Ia memerlukan peruntukan yang secara relatifnya agak besar.

Penduduk Teluk Intan pernah menggantungkan harapan pada wakil DAP terdahulu untuk membantu tapi tidak berhasil.

Penduduk kecewa dengan janji pembangkang yang dibuat sejak 2008 tetapi sehingga 2014 mereka terpaksa berputih mata.

Setengah daripada mereka malu untuk menyatakan penyesalan menggantungkan harapan dengan memilih DAP dulu.

Kini, harapan penduduk Teluk Intan untuk membaikpulih benteng tebing tersebut punyai harapan yang cerah dengan pemilihan semula Mah untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Kenapa YPS katakan begitu??? Sebagai Presiden Parti Gerakan Malaysia, YPS yakin Mah pasti ditawarkan jawatan menteri kabinet oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak seandainya beliau menang PRK Teluk Intan kali ini.

MAH vs DYANA

Sebagai orang lama dalam politik tanahair, YPS melihat Mah berkempen dengan penuh adab dan gentleman.

Beliau sedikit pun tidak kelihatan kekok beramah mesra dan meminta undi daripada penduduk yang diziarahinya.

Apa yang lebih penting, dalam kempennya, beliau tidak memburukkan lawannya, Dyana Sofya Mohd Daud. 

Apabila diminta memberi komen terhadap pencabarnya oleh wartawan dalam setiap sidang media, Mah dengan nada lembut mengakui calon muda DAP itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Komen-komen Mah mengenai Dyana pula sentiasa positif. Biarpun Dyana masih mentah dalam politik, Mah tidak menganggap wanita itu sebagai pencabar yang lemah sebaliknya dia dilihat memiliki kekuatan tersendiri kerana faktor usianya.

"Dia muda dan berpersonaliti menarik, menjadi tarikan kepada golongan muda semua kaum.

"Itu kelebihannya dari segi faktor usia. Persaingan kali ini memang cukup mencabar," katanya.

Bagi YPS, Dyana yang sepatutnya merasa tercabar. Kerana, dari aspek lain sebagai anak jati Teluk Intan, Mah tak perlu diperkenalkan lagi berbanding calon payung terjun DAP ini.

Dyana selain baru berusia 27 tahun dan tidak berpengalaman serta berasal dan menetap di Ipoh sebelum menetap di Kuala Lumpur dan Gelang Patah, tidak ada apa yang mengkagumkan mengenainya.

#PRKTelukIntan: #PemudaUMNO Tidak Anggap @dyanasmd Ancaman, Calon #BN Berkredibiliti - @KhairyKJ @azwanbro @tankengliang @partiGerakan #BN4TI #TelukAnson


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak melihat Dyana Sofya Mohd Daud‎ sebagai ancaman kepada ‎Barisan Nasional (BN) kerana calon DAP bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan itu hanyalah sebilangan kecil Melayu yang menyertai DAP.

"Kami tidak terjejas buat masa ini. Saya tidak lihat ribuan orang Melayu menyertai DAP‎. Dyana hanyalah seorang daripada bilangan yang sangat sedikit golongan muda Melayu sertai DAP,” tegas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa sesi ‘Walkabout’ bertemu pengundi di Medan Selera dan Pasar Malam berhadapan Menara Condong Teluk Intan, malam tadi.

“BN tidak sesekali berasa tergugat dengan Dyana kerana Dato' Mah Siew Kong adalah orang tempatan yang mampu memenangi PRK ini.

"Ini tidak mengancam kami dan apa yang penting di Teluk Intan, kami membawa calon berkredibiliti dari parti kami.

“Okay tak???" YB Khairy bergurau dengan Kohilan ketika mencuba cermin mata yang dijual di Pasar Malam Pekan Teluk Intan, malam tadi.
Khairy berkata, walaupun DAP menampilkan calon muda untuk berdepan dengan Mah, tetapi presiden parti Gerakan itu dapat memberikan apa yang diperlukan oleh penduduk Teluk Intan.

Katanya, pengundi muda pada hari ini lebih bijak membuat pertandingan dan tahu siapakah yang lebih layak untul dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Apa yang dia (Dyana) buat, itu masalah dia. Saya fikir kami ada calon yang boleh menang dan calon yang diyakini oleh orang di Teluk Intan mampu membawa perubahan di kawasan ini.

“Tak semestinya calon muda akan mendapat sokongan orang muda. Itu cuma andaian sahaja. Saya percaya anak muda di Teluk Intan akan melihat kepada kedudukan keseluruhan,” katanya.

Dato' Mah turut menyertai YB Khairy turun padang bertemu pengundi terdiri dari para peniaga dan pengunjung Medan Selera dan Pasar Malam tersebut.


Turut sama, Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda BN Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, Pengerusi MCA Perak Dato' Dr Mah Hang Soon dan Naib Presiden Gerakan Mr A. Kohilan Pillay.

Apa yang YPS perhatikan, setiap mereka yang ditemui dengan ikhlas menyatakan kesediaan untuk memberi undi kepada Dato' Mah pada hari pengundian yang akan diadakan pada 31hb Mei nanti.

Sabtu, 17 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Dijangka Saingan Tiga Penjuru, #BN, #DAP & #BEBAS @MuhyiddinYassin @azwanbro #Gerakan #BN4TelukIntan


Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan ribuan penyokong BN di perkarangan Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, keputusan itu diputuskan sendiri oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pemilihan Siew Keong sebagai calon adalah yang terbaik kerana beliau calon berpengalaman yang pernah memberikan perkhidmatannya di kawasan itu sebelum ini.

"Walaupun pada pilihan raya yang lalu beliau menghadapi kekalahan..namun calon kita dikenali dan tahu apa isu dan masalah yang timbul, " katanya kepada pemberita.

Muhyiddin berkata, Siew Keong juga sudah lama berkecimpung dalam politik, banyak berjasa dan cukup mengenali selok belok serta dekat dengan pengundi di Teluk Intan.

Manakala, DAP bakal diwakili oleh Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon parti itu.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di depan Bilik Operasi DAP untuk PRK Teluk Intan di sini hari ini.

Lim berkata pemilihan Dyana Sofya berdasarkan tiga faktor iaitu untuk mewakili golongan muda, memberi peluang kepada wanita serta mahu menonjolkan kepelbagaian kaum dalam DAP.

Rabu lalu, bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad, turut mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas.

Syed Araniri, 40, yang menjalankan perniagaan Perubatan Islam di Alor Setar, berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas anggota DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Selepas keluar daripada DAP Mei tahun lalu, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik, jadi saya akan bertanding atas tiket Bebas. Saya yakin keputusan bertanding atas tiket Bebas ini akan mendapat sokongan padu pengundi Melayu Islam dan pengundi lain yang 'tidak berselera' dengan mainan politik DAP dan Gerakan," katanya dalam sidang akhbar di Alor Setar.

Syed Araniri berkata antara faktor utama membuatkannya mahu bertanding di Teluk Intan adalah bagi mendedahkan agenda DAP dalam politik Malaysia yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat Melayu dan Islam.

Syed Araniri merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling Islam, Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Teluk Intan pada 19 Mei dan pengundian pada 31 Mei.

Selasa, 6 Mei 2014

#HUDUD: Jangan Sampai Hina Islam - DS @ReezalMerican

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta semua pihak termasuk komponen Barisan Nasional agar berhati-hati dalam mengulas persoalan hudud supaya jangan melampau sehingga menghina Islam dan menimbulkan kemarahan umat Islam.

Katanya, perbincangan, diskusi dan komen mengenai hudud mestilah berasaskan pedoman dan landasan ilmu dan bukannya berdasarkan sentimen sempit.

"Apa yang berlaku mutakhir ini, perbahasan mengenai hudud sudah menjadi alat politik kepada orang tertentu untuk mendapatkan markah politik dan bukannya di atas dasar keilmuan dan keikhlasan," katanya dalam satu kenyataan media.

Reezal merujuk secara khusus kepada kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe baru-baru ini bahawa hudud mendiskriminasi kaum wanita dan menjadikan wanita serta kanak-kanak terdedah kepada jenayah rogol.



Dalam sidang media pada 29 April lalu, Lian Hoe berkata mangsa rogol sukar mendapat pembelaan kerana jenayah itu sukar dibuktikan tanpa keterangan empat saksi lelaki Muslim.

Reezal berpendapat kenyataan ketua sayap parti komponen Barisan Nasional itu adalah satu contoh bagaimana ia boleh dianggap sebagai menghina hudud dan Islam itu sendiri.

"Tan Lian Hoe dan mana-mana pimpinan komponen BN mesti sedar, komen yang melampau mengenai Hudud mungkin sahaja menimbulkan kemarahan kalangan umat Islam secara keseluruhannya.

"Komen kononnya hudud akan membela perogol, sebagai contoh, adalah satu ulasan yang sangat kasar dan tidak berasaskan kepada fakta yang sebenar.

"Hudud mestilah dilihat secara keseluruhan dan bukan melalui perspektif hukuman semata-mata seperti yang diberikan ulasan oleh Tan Lian Hoe," katanya.

Jelas Reezal, komen mengenai hudud "yang tidak berlapik, bersifat semberono dan singkat ilmu" akan menyulitkan masyarakat untuk berbincang mengenai hudud.

Beliau merujuk kepada usaha membawa perbincangan mengenai undang-undang jenayah syariah itu pada peringkat panel pakar yang akan diwujudkan dengan kerjasama antara Putrajaya dengan kerajaan negeri Kelantan dan PAS.

Reezal mengingatkan semua pihak supaya memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal itu "yang arif dan faham dengan pelaksanaan hudud" untuk memperhalusi persoalan undang-undang jenayah syariah berkenaan.

"Batas di antara memberi komen mengenai hudud sekaligus menghina Islam itu jangan sesekali dilanggar dan diambil sambil lewa.

"Sebagai pemimpin, kita perlu sensitif dengan banyak perkara dan hal. Jika asas ini pun gagal difahami oleh pemimpin parti komponen, kita akan menempuh jalan yang sukar," katanya.

Inisiatif penubuhan jawatankuasa teknikal bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas satu perbincangan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kota Bharu pada 2 Mei lalu.

“Penubuhan jawatankuasa ini untuk memastikan pelaksanaan jenayah syariah Islam ini dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kebijaksanaan dan juga keadilan bagi umat Islam,” kata Jamil Khir.

Jawatankuasa teknikal yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu juga akan meneliti peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan hak rakyat bukan Islam dilindungi.

Polemik mengenai hudud berbangkit semula apabila kerajaan negeri Kelantan mengumumkan hasrat membawa usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri itu.

#HUDUD: Kenyataan BODOH SOMBONG @TanLianHoe, Hina Islam @partigerakan @promelayu

BODOH SOMBONG!!! Itu sikap Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe berikutan kenyataan beliau yang jelas menghina Islam apabila mengatakan sesuatu mengenai undang-undang hudud.

Menurut Tan, wanita dengan mudah bakal menjadi mangsa rogol oleh lelaki Muslim jika Hudud dilaksanakan di negara ini.

Tan menulis komen di laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata; "Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being raped by a muslim man. Then they will cry!"

(Andy, tunggu hingga di suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang lelaki muslim. Baru mereka menangis!).

Apa yang diperkatakan oleh Tan itu bersifat provokasi melampau terhadap agama Islam khususnya lelaki Muslim.

Membesar di Malaysia, rasanya Tan tahu bahawa Islam merupakan agama rasmi seperti yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia selain agama lain bebas diamalkan. 

Tan seharusnya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan berkaitan Islam. Jangan berlagak pandai apabila mengatakan sesuatu yang dia tidak tahu. 

Adalah lebih baik Tan membuat kajian mendalam atau merujuk kepada pakar agama Islam sebelum mengeluarkan sebarang komen mahupun kenyataan.

UMNO sendiri telah bersetuju untuk bertemu kesemua parti komponen BN termasuk Gerakan bagi memberikan penerangan berkaitan undang-undang Hudud ini.

Agaknya, Ah Sow tua ini cuba menjadi juara. Menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang dilihat BERANI sebagai Ketua Wanita Gerakan. 

YPS mahu tanya, “Lu mahu tunjuk berani sama siapa Ah Sow??? Sama lu punya ahli Gerakan ka? Atau sama DAP??? 

Bagi gua, lu bukan berani tetapi lu BODOH. Lu lupa ka Ah Sow??? Kalau lu lupa, gua mahu kasitau sama lu...

Bermula PRU ke 12, Gerakan telah kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya. BN kehilangan Penang apabila semua ahli-ahli Gerakan berpaling menyokong DAP.

PRU ke 13 tahun lepas, lagi jelas memperlihatkan yang ahli-ahli Gerakan lari menyokong Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Gerakan cuma menang 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN. Itu pun di kawasan pengundi majoriti Melayu. 

Andai lu fikir tindakan BODOH lu ini mampu menarik kaum Cina kembali menyokong Gerakan, lu memang BODOH la.

Lu sama pemimpin DAP sudah sama sahaja BODOH!!! Sohaiiii!!!

Gerakan pada 3hb Mei lalu, telah melancarkan halaman Facebook ‘Save Malaysia, No Hudud’ sebagai tanda tidak bersetuju perancangan PAS untuk membawa usul Rang Undang-undang (RUU) Hudud di Parlimen.

Ketua Wanita Gerakan itu turut hadir pada majlis pelancaran tersebut seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Gerakan sedia bersama-sama PKR dan DAP bagi membantah usul yang akan dibawa oleh PAS nanti.

Anggota Parlimen PAS merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian tersebut di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

Selepas ini, pasti ada penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS akan berkata, “Pemimpin BN menolak Hudud dan UMNO tidak mampu berbuat apa-apa.”

Macam ni la... YPS tidak pelik jika Tan atau mana-mana non-muslim menentang perlaksanaan hudud. Biarpun individu tersebut terdiri dari kalangan pimpinan mahupun ahli parti komponen Barisan Nasional.


Ini bukan lagi soal parti. Ini soal agama. YPS yakin mereka bercakap bukan atas kapasiti mereka ahli kepada mana-mana parti. 


Apa yang mereka lakukan sesuai dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah Ayat 120 yang bermaksud, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.



*BODOH SOMBONG - seseorang yang tidak pandai tetapi berlagak pandai serta tidak mahu membuat kajian. Sama macam Tan Lian Hoe ni laaa...

Khamis, 30 Januari 2014

Perutusan Tahun Baru Cina Naib Ketua Pemuda UMNO Msia @Azwanbro @NajibRazak @tankengliang #MCA #Gerakan #pemudaUMNO


Sempena kehadiran Tahun Baru Cina 2014 ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun melalui kemaskini facebook miliknya, merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia.

Berikut adalah petikan dari perutusan beliau.


"Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan facebook yang menyambutnya.Kekalkan keharmonian negara dan saya pasti perpaduan yang kita kecapi ini akan menjadi lebih erat lagi untuk masa yang mendatang.

Beliau menyeru rakyat supaya jangan mudah terpengaruh dengan sebarang propaganda yang berbaur perkauman, dan provokasi yang mampu menimbulkan ancaman kepada keamanan negara.

Rapatkanlah barisan, perbaiki segala kelemahan dan eratkan kerjasama agar perpaduan ini dapat dikekalkan" - @azwanbro

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..