Memaparkan catatan dengan label azwanbro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azwanbro. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Ogos 2016

#PemudaUMNO Teguh Pertahan PM, Gerak Usaha Perkukuh Keyakinan Akar Umbi - @Azwanbro @KhairykJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


TAPAHPergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakan usaha memberi penerangan kepada jentera mereka di peringkat akar umbi berkenaan cubaan pihak-pihak tertentu merosakkan sistem demokrasi dan kedaulatan negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata beberapa kaedah penerangan akan digerakkan antaranya menggunakan aplikasi media sosial termasuk kaedah melalui ketua-ketua Pemuda UMNO negeri, exco-exco Pemuda UMNO Malaysia serta ketua pemuda bahagian di seluruh negara.

"Pertamanya, saya ingin memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakan penerangan menjelaskan bahawa kita berhadapan dengan satu cabaran yang amat besar yang ingin merosakkan sistem demokrasi dan kedaulatan negara.

Pemuda UMNO berdiri teguh mepertahankan YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional yang sah dipilih secara demokratik melalui sistem demokrasi negara】- Khairul Azwan Harun.

"Untuk itu saya memberi peringatan, jangan ada mana-mana individu atau mana-mana NGO, atau pun mana-mana usaha yang bersekongkol dengan kuasa asing yang menggerakkan satu gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan negara sedia ada dan kerajaan Malaysia yang sah," tegas Azwan dalam satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tapah, di sini, JUMAAT.

Beliau yakin dan percaya, melalui usaha penerangan ini nanti kesetiaan ahli UMNO akan diperkukuhkan dikalangan ahli khususnya dikalangan ahli pemuda.

Dalam sidang media yang sama, Azwan sekali lagi mempertahankan tindakan laporan polis yang dibuat keatas tiga individu ternama negara 26 Julai 2016 lalu bukan berasaskan andaian semata-mata.

Malah menurutnya, beliau telah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak polis dengan hadir sendiri ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan selain kenyataan bertulis bagi menyokong dakwaannya.

"Saya telah  membuat kenyataan dalam sidang media saya 2 hari yang lalu, bahawa itu bukan andaian.

"Saya mempunyai sebab-sebab berdasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan saya, saya juga telah bekerjasama dengan pihak polis," tegasnya.

Azwan turut mengulangi keyakinannya bahawa laporan polis yang dibuatnya telah berjaya mematahkan cubaan menggulingkan Perdana Menteri.

"Yang penting, kami telah membuktikan bahawa kami mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dari mana-mana usaha yang mahu menggulingkan beliau.

Beliau bersama ketuanya, YB Khairy Jamaluddin akan terus komited untuk mempertahankan Perdana Menteri seperti yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan.

"Saya percaya dan yakin, hasil dari gerakan penerangan ini UMNO akan akan terus diperkukuhkan diperingkat akar umbi dalam langkah memenangkan Barisan Nasional pada pilihanraya ke 14 nanti, In Sha Allah," katanya lagi.

Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato' Shamsuddin Abu Hassan turut hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian tersebut.

Isnin, 18 April 2016

Ekspo #OutreachDanaBumiputera: Inisiatif #PemudaUMNO Merakyatkan Agensi Dana Bumiputera - @Azwanbro @KhairyKJ @Zahid_Hamidi @NajibRazak @ZambryOfficial #Teraju #Superb


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan Ekspo Outreach Dana Bumiputera @ Perak bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada 17hb April 2016 (semalam).
Penganjuran sulung Ekspo Outreach Dana Bumiputera tersebut membabitkan 10 kementerian serta agensi-agensi di bawahnya yang menyediakan geran dan pinjaman buat usahawan bumiputera.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata idea penganjuran ekspo ini bermula selepas sayap itu menganjurkan Konvensyen Dana Bumiputera pada November tahun lalu dan melalui program tersebut PPUM menerima pelbagai aduan individu serta kumpulan yang ingin memulakan perniagaan mereka.

Tambah Azwan lagi, antara masalah yang diutarakan mereka adalah melibatkan kesukaran mendapatkan pinjaman atau geran melalui peruntukan dana kewangan bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan bajet tahunan samada untuk  modal memulakan atau mengembangkan perniagaan.

"Pemuda UMNO telah mengenalpasti pelbagai faktor termasuk masalah memadankan model perniagaan dengan dana kementerian atau agensi yang dipohon serta karenah birokrasi," ujarnya.

Susulan itu, PPUM  telah mengambil inisiatif menubuhkan Unit Dana Bumiputera (UDB) yang berperanan sebagai pemudahcara antara rakyat dan agensi-agensi kerajaan serta kementerian terbabit.

“Usaha kami adalah untuk merakyatkan agensi kerajaan yakni mendekatkan perhubungan serta saluran dana kepada mereka yang layak.

“Pemuda UMNO melalui penganjuran Expo Outreach Dana Bumiputera ini akan menjelajah seluruh negara bagi merealisasikan hasrat merakyatkan agensi dana bumiputera," tegas Azwan yang juga merupakan pengarah program tersebut.

“Kami dari PPUM merasa amat berbangga dan pada masa yang sama sangat berterima kasih kepada kesemua kementerian serta agensi penyedia dana perniagaan atas kerjasama rapat dengan PPUM,” ujar beliau lagi.

Berucap merasmikan program tersebut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan yang diberikan untuk menghasilkan usahawan perlu diterjemahkan dengan keberhasilan jumlah usahawan yang telah dan dapat diwujudkan.

Expo yang berjaya menarik lebih 5000 pengunjung semalam telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ekspo sehari turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Husni Salleh.

Sejak dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Disember tahun lalu, UDB telah berjaya mengurangkan masalah yang timbul apabila hampir RM30 juta dana dalam bentuk pinjaman mikro kredit dan geran kepada bakal usahawan yang layak.

Ianya dilaksanakan melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) serta Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) TERAJU (Jabatan Perdana Menteri) dan telah diserahkan kepada para bakal usahawan oleh Dato' Seri Zahid selepas upacara perasmian semalam.

Selasa, 29 Oktober 2013

TUNTUTAN #COMANGO: AGENDA TERANCANG GUGAT KEDUDUKAN ISLAM @AzwanBro

Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensitiviti umat Islam kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai mencabar Perlembagaan.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan Comango itu yang secara terang-terangan mempertikai undang-undang negara dilihat tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Menurut beliau, tindakan tersebut jelas menunjukkan Comango tidak menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang merupakan tunjang Rukun Negara.
“Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian agenda terancang bertujuan melemahkan atau mencabar kedudukan agama Islam di Malaysia yang dijamin dan termaktub dalam Perlembagaan bertopengkan hak asasi manusia dan mempromosi anti diskriminasi.
“Melihat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendukung Comango ini, kami musykil dengan kenyataan kononnya tujuan mereka ikhlas, sebaliknya berkemungkinan mempunyai agenda politik tidak sihat,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Sebelum ini, beberapa negara memberi tekanan kepada Malaysia supaya menandatangani Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak-Hak Awam dan Politik (ICCPR) berkaitan hak kebebasan beragama yang perlu dibaca dengan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR) iaitu mentakrifkan seseorang individu bebas meninggalkan agamanya.
Meneliti lagi isi kandungan laporan COMANGO ini jelas beliau lagi, Pemuda UMNO semakin yakin bahawa memang ada agenda politik di sebalik tuntutan COMANGO.
Justeru tegasnya lagi Pemuda UMNO ingin menasihatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang perkara ini supaya tidak menyalahgunakan proses UN untuk memburukkan imej Negara, dan menyebarkan fakta-fakta yang tidak tepat dan tidak benar yang sengaja diolah untuk kepentingan pihak-pihak tertentu,”
Sementara itu, Khairul Azwan mengucapkan syabas kepada semua pihak yang berusaha menjelaskan perkara sebenar kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB khususnya Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimPro) berhubung tuntutan Comango tersebut.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan semua pihak mengelak mengambil pendekatan yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.
“Walaupun Pemuda UMNO menerima keperluan perbincangan di peringkat antarabangsa bagi tujuan pendedahan dan pembukaan minda, namun yang demikian perlu ditekankan bahawa tidak kira apa yang telah diusulkan atau dicadangkan di gelanggang antarabangsa, Pemuda UMNO tidak akan sekali-kali berganjak daripada perjuangan tradisi UMNO iaitu mempertahankan dan memperjuangkan Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Akhir-akhir ini terdapat banyak pihak yang menyeru supaya setiap rakyat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang menimbulkan ketegangan. Pemuda UMNO bersetuju dengan pendekatan ini dan menganggap bahawa laporan dan tuduhan COMANGO yang boleh dibaca dalam laporan mereka merupakan satu bentuk provokasi yang hebat yang berpotensi menimbulkan ketegangan dan kekeliruan kepada masyarakat,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Isnin, 28 Oktober 2013

#PRKSgLimau: NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA GEMPUR DUN SG LIMAU @azwanbro




Beberapa hari setelah disahkan memenangi Pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan panggilan AzwanBro turun bersama Jentera Gerak Gempur Pemuda UMNO Malaysia bagi membantu kempen Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil N20 DUN Kawasan Sungai Limau.

Seperti kita sedia maklum, Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Tan Sri Azizan Razak yang merupakan penyandang bagi kerusi itu sejak 1995.


Kehadiran AzwanBro selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru membangkitkan semangat Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Malaysia yang telah sedia berada di DUN Sg Limau sejak dari hari penamaan calon pada 23 Oktober lalu.

Setibanya di DUN Sg Limau, Azwanbro terus memulakan kempen dengan mengunjungi setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi bertemu pengundi-pengundi khususnya pengundi muda.
Dalam setiap pertemuan, beliau turut membuka ruang sesi soal jawab bagi mengenalpasti isu-isu berkaitan gerak kerja kempen.

Kehadiran pengundi-pengundi yang memberangsangkan serta semangat yang ditunjukkan, Azwan yakin kemenangan akan berpihak kepada calon Barisan Nasional.

DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS selepas DUN Tokai. Terletak di bawah Parlimen Jerai dan mempunyai 27,222 pemilih berdaftar dengan 30 peratus daripadanya adalah pengundi muda.

BN diwakili bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Shuhaimi Lazim, 52 tahun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Jerai.

Manakala PAS diwakili Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, berusia 37 tahun yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah.

Khamis, 10 Oktober 2013

#PemilihanUMNO2013: APA KATA MEREKA TENTANG CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA @azwanbro #AzwanBro4NKPUM #ZuriatUMNO



Mereka semua adalah merupakan individu yang mengenali secara peribadi siapa sebenarnya Saudara Tuan Haji Khairul Azwan Bin Dato Harun. Ada diantara mereka mengenali beliau sejak sebelum dari Tuan Haji Khairul Azwan menceburi bidang politik. 

Jom sama-sama kita dengar apa yang mereka katakan. Semoga ianya menjadi panduan untuk perwakilan pemuda UMNO seluruh Malaysia memilih siapakah calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang benar-benar layak untuk membawa obor perjuangan memartabatkan AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR kita tercinta.



























________________AzwanBro4NKPUM________________





Haji Khairul Azwan sentiasa mendekati dan berada di setiap hati rakyat. Beliau bukan hanya disayangi oleh rakan, malah disegani pihak lawan.


Sebagai tokoh pimpinan muda yang menjadi harapan rakyat, semoga beliau bersedia bukan sahaja untuk memimpin malah mengizinkan diri beliau untuk dipimpin oleh rakyat.





KENALI @azwanbro: MISI & VISI CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA #PemilihanUMNO2013 #AzwanBro4NKPUM #ZuriatUMNO


Tinggal beberapa hari lagi, perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia akan memilih Jawatankuasa Sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru. 

Seramai 3 orang calon  menawarkan diri untuk bertanding jawatan Pengerusi Tetap, 5 orang calon bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, 5 calon Ketua Pemuda, 4 orang calon Naib Ketua Pemuda serta 77 orang calon bagi Ahli Jawatankuasa Pemuda.

Salah seorang calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah Saudara Tuan Haji Khairul Azwan Bin Dato Harun. Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak. 

Apakah misi dan visi beliau? Jom kita dengar...







Credit: WartaRakyat.my


Good Luck Bro... 

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..