Khamis, 7 Mac 2013

KEMENTERIAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM


Hari ini dalam sejarah!!! Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional akan melantik seorang Ahli Parlimen PAS bagi menerajui  Kementerian Hal Ehwal Agama Islam yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf sebagai sebuah kementerian dalam masa yang terdekat. Ahli Parlimen yang diwar-warkan adalahbekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Haji Nasharuddi Mat Isa yang baru-baru ini telah dipecat sebagai Ahli Majlis Syura PAS oleh kepimpinan parti tersebut.


YPS mengucapkan sekalung tahniah buat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan sebuah kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini dimana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.


Keputusan menaiktaraf JAKIM sebagai sebuah Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini seterusnya merealisasikan usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun, bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.


Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara. Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43: Jemaah Menteri dimana; (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya dan tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.


Maknanya, Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun dan ianya tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri akan di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.


Sekiranya Ustaz Nasha tidak dicalonkan oleh PAS dalam PRU13 kelak sekalipun, Najib boleh melantiknya sebagai Senator ke Dewan Negara untuk mendapatkan khidmat beliau memegang jawatan Menteri Pertama Kementerian tersebut.



Sama-sama kita lihat dan dengar, selepas ini para penyokong pembangkang pasti mempunyai pelbagai pandangan buruk yang pasti dilontarkan terhadap YB Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.


YPS ~ Di SELANGOR, PAS cuma pegang portfolio yang langsung tidak mengiktiraf PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. 

OPS DAULAT: KEJAYAAN PASUKAN KESELAMATAN #LahadDatu #OpsDaulat


[Op Daulat] 13 Mayat Pengganas Ditemui

LAHAD DATU — Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu semalam.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

[Op Daulat] 13 Mayat Pengganas Ditemui

Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.

“Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan.

“Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.

“Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu,” katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.

Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu. ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

[Op Daulat] 13 Mayat Pengganas Ditemui


Semalam, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas.


Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu.

Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Feb lepas, lapan orang anggota polis terkorban dan 32 penceroboh terbunuh.

Dua anggota komando polis VAT 69 terkorban Jumaat lepas dalam serangan di Kampung Tanduo manakala enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu malam.

Hishammuddin berkata operasi susulan dan penggeledahan Op Daulat, yang masuk hari kedua hari ini, perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan pasukan keselamatan dan berikutan faktor bentuk muka bumi di kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Hishammuddin dan Ahmad Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada pasukan keselamatan menjalankan tugas mereka bagi memastikan kedaulatan dan keamanan di pantai timur Sabah terjamin. — BERNAMA

Selasa, 15 Januari 2013

REGIME CHANGE: Peranan Anwar Ibrahim

TUN MAHATHIR MENDEDAHKAN 17 RAHSIA ANWAR IBRAHIM


⁠
1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan "regime change", iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan "regime change" ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan "sanction" sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.
⁠


7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan "regime change" supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk "regime change"? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk "regime change" kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendirikan kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan "regime change" di Malaysia.

13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan "regime change" Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan "regime change" di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila "regime change" berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 2 Disember 2012

IKRAR TAAT SETIA BERGEMA DI PWTC!!!

Laungan ikrar taat setia pada perjuangan UMNO yang dilafazkan oleh 2,759 perwakilan bergema penuh semangat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Bacaan ikrar yang diketuai oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi genggaman tangan kanan di dada sebelah kiri setiap perwakilan yang berjanji akan mempertahankan parti demi kesucian Islam dan nasib bangsa Melayu.

"Katakan pada hati dan jiwa kita demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah ini, demi anak cucu kita, kita mesti setia pada perjuangan UMNO demi kedaulatan dan kesucian agama Islam kerana UMNOlah pertahankan Islam.

"Kita mesti taat pada pemimpin UMNO, demi kemenangan parti kerana UMNO pembela rakyat, katakan tuan-tuan, kita mesti bersatu sesama ahli UMNO, jangan bersengketa kerana perpaduan ialah tiang seri kepada perjuangan kita.

"Yakin dan percayalah hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam, hanya UMNO yang mampu bela untung nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain, katakan pada jiwa kita hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, pertahankan UMNO kerana UMNOlah pertahankan Islam," katanya dengan penuh bersemangat.

Bernama melaporkan pada awal ucapannya, Perdana Menteri kelihatan sebak dengan rayuan wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafli semalam yang mahu anggota UMNO melupakan segala sengketa dan memberi gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa.

"Saya tersentuh hati bila wakil Kelab UMNO Luar Negara dengan suara yang sayu merayu 'tolonglah ayahanda, tolonglah bonda' untuk UMNO terus bersuara, berkuasa untuk meneruskan perjuangan demi kepentingan bangsa dan akidah," katanya.

Najib berkata permintaan itu mengingatkan bahawa perjuangan UMNO meliputi masa depan golongan muda dan parti berjanji melakukan yang terbaik untuk mereka.

Di akhir ucapan penggulungannya itu, Najib turut mengajak seluruh perwakilan dan semua anggota UMNO supaya menadah tangan memohon pertolongan Allah S.W.T agar UMNO terus kuat dan Islam terus terpelihara.

"Marilah kita bersama-sama bersumpah dan berikrar dengan nama Allah selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama suci Islam pasti kita daulatkan, bangsa Melayu pasti kita perjuangkan, rakyat Malaysia pasti kita makmurkan, negara tercinta pasti kita pertahankan," katanya.

Beliau kemudian melaungkan 'Hidup UMNO, Hidup Barisan, Hidup Malaysia'.

Credit untuk http://www.agendadaily.com

YPS teringat kepada ucapan perbahasan Wakil Perak bahawa UMNO harus ada "zuriat UMNO" yang taat setia demi kelangsungan masa depan bangsa, Islam dan negara.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 1 Disember 2012

PAU2012: UCAPAN PERBAHASAN KETUA PEMUDA UMNO PERAK



Saudara Khairul Azwan memulakan ucapan dengan membaca petikan ayat Quran dari Surah Al Imran (ayat : 38) yang merupakan doa Nabi Allah Zakaria AS yang membawa maksud, 

"Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhan. Ia berkata: Kurniakanlah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa." 


Beliau yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Perak memaklumkan kepada sidang perwakilan bahawa perbahasan beliau menjurus kepada 2 intipati penting, iaitu;


1. kesinambungan kepimpinan melalui peruntukan zuriat UMNO



2. Istiqomah dalam melaksanakan pelan transformasi politik.


Ayat 38 dari Surah Al Imran yang telah beliau bacakan, membuktikan betapa pentingnya zuriat keturunan yang baik bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan tanahair.



Justeru itu, UMNO harus ada zuriat politik yang berkualiti untuk memastikan kelangsungan kuasa terutama dalam suasana politik semasa yang kian mencabar, kata wakil Perak Khairul Azwan Harun.


Katanya, zuriat berkualiti yang dimaksudkan itu harus memiliki 3 ciri penting.
  1. Taat dan setia
  2. Mesra islah dan
  3. Mensyukuri nikmat.


"Ciri-ciri taat setia ini penting kerana jika kita lihat pihak di sebelah sana, perjuangan yang ditanam bukanlah untuk mengangkat citra agama, bangsa dan negara, sebaliknya membentuk generasi yang patuh membuta tuli kepada pemimpin yang ingin merosakkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara. 

"Dalam konteks parti keramat ini, kita ingin melahirkan zuriat yang sentiasa meletakkan perjuangan serta matlamat parti mengatasi kepentingan lain dan pada sepanjang masa menggalas nama UMNO di bahu mereka".

"Ini sekaligus melenyapkan sifat individualistik mensabotaj perjuangan," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..