Sabtu, 6 Ogos 2016

#PemudaUMNO Teguh Pertahan PM, Gerak Usaha Perkukuh Keyakinan Akar Umbi - @Azwanbro @KhairykJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


TAPAH - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakan usaha memberi penerangan kepada jentera mereka di peringkat akar umbi berkenaan cubaan pihak-pihak tertentu merosakkan sistem demokrasi dan kedaulatan negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata beberapa kaedah penerangan akan digerakkan antaranya menggunakan aplikasi media sosial termasuk kaedah melalui ketua-ketua Pemuda UMNO negeri, exco-exco Pemuda UMNO Malaysia serta ketua pemuda bahagian di seluruh negara.

"Pertamanya, saya ingin memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakan penerangan menjelaskan bahawa kita berhadapan dengan satu cabaran yang amat besar yang ingin merosakkan sistem demokrasi dan kedaulatan negara.

【Pemuda UMNO berdiri teguh mepertahankan YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional yang sah dipilih secara demokratik melalui sistem demokrasi negara】- Khairul Azwan Harun.

"Untuk itu saya memberi peringatan, jangan ada mana-mana individu atau mana-mana NGO, atau pun mana-mana usaha yang bersekongkol dengan kuasa asing yang menggerakkan satu gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan negara sedia ada dan kerajaan Malaysia yang sah," tegas Azwan dalam satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tapah, di sini, JUMAAT.

Beliau yakin dan percaya, melalui usaha penerangan ini nanti kesetiaan ahli UMNO akan diperkukuhkan dikalangan ahli khususnya dikalangan ahli pemuda.

Dalam sidang media yang sama, Azwan sekali lagi mempertahankan tindakan laporan polis yang dibuat keatas tiga individu ternama negara 26 Julai 2016 lalu bukan berasaskan andaian semata-mata.

Malah menurutnya, beliau telah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak polis dengan hadir sendiri ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan selain kenyataan bertulis bagi menyokong dakwaannya.

"Saya telah  membuat kenyataan dalam sidang media saya 2 hari yang lalu, bahawa itu bukan andaian.

"Saya mempunyai sebab-sebab berdasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan saya, saya juga telah bekerjasama dengan pihak polis," tegasnya.

Azwan turut mengulangi keyakinannya bahawa laporan polis yang dibuatnya telah berjaya mematahkan cubaan menggulingkan Perdana Menteri.

"Yang penting, kami telah membuktikan bahawa kami mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dari mana-mana usaha yang mahu menggulingkan beliau.

Beliau bersama ketuanya, YB Khairy Jamaluddin akan terus komited untuk mempertahankan Perdana Menteri seperti yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan.

"Saya percaya dan yakin, hasil dari gerakan penerangan ini UMNO akan akan terus diperkukuhkan diperingkat akar umbi dalam langkah memenangkan Barisan Nasional pada pilihanraya ke 14 nanti, In Sha Allah," katanya lagi.

Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato' Shamsuddin Abu Hassan turut hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian tersebut.

Khamis, 4 Ogos 2016

#PemudaUMNO, #PemudaNasDem & Pemuda #PDIPerjuangan Jalin Kerjasama Serantau Tangani Ideologi Radikal - @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


JAKARTA (2 OGOS 2016) - Pergerakan Pemuda UMNO MALAYSIA bersama dengan rakan pimpinan pemuda dua buah parti Indonesia telah bersetuju menjalin kerjasama untuk menangani gejala ideologi radikal yang makin marak dikalangan golongan muda kedua- dua buah negara.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, sebuah forum akan dianjurkan bagi membincangkan segala usaha yang perlu untuk menghalang dan menghapuskan ideologi radikal, terrorisme dan ISIS dari terus berkembang bukan hanya di kedua-dua negara tetapi diseluruh rantau ASEAN.

KUNJUNGAN BALAS BERTEMU PEMUDA PARTAI NasDem


Membalas kunjungan Pemuda NasDem ke ke Kuala Lumpur pada Mac lalu, Azwan dalam rangka lawatan kerja ke Indonesia bersama delegasi Pemuda UMNO singgah ke ibupejabat Pemuda NasDem bagi mengeratkan lagi hubungan diantara sayap pemuda kedua negara itu.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam itu memfokuskan isu besar dalam mencari mekanisma terbaik bagi menangani gejala radikalisme yang menjadi ancaman baru melibatkan golongan muda dikedua-dua negara.

"Peranan pemuda di Malaysia dan Indonesia sangat besar terutama dalam usaha memerangi gejala ideologi radikalisme dan terorisme. Kita perlu ada tanggung jawab untuk menyelesaikan hal itu.

"Terutama dalam soal pendidikan, anak muda mesti dididik dan diperkenalkan dengan bahaya ideologi ini.

Kami merancang untuk merencanakan sebuah forum yang melibatkan pemuda Ansor dan parpol yang ada di Indonesia," ujarnya lagi.

"Ini akan kita laksanakan dalam masa ter dekat, In Sha Allah tahun ini," tambah Azwan kepada wartawan dalam satu sidang media di Hotel J.W Marriot, Mega Kuningan, Jakarta Selatan, Selasa.

Ketua Pemuda NasDem, Prananda Paloh berharap kesepakatan Pemuda NasDem dan Pemuda UMNO memerangi radikalisme, terorisme dan ISIS ini akan menjadi contoh buat pimpinan pemuda di Asia.

"Pemuda NasDem dan Pemuda UMNO sepakat memerangi radikalisme, terorisme, dan ISIS di kedua negara. Gerakan ini diharapkan jadi contoh buat anak muda di Asia.

"Radikalisme yang tengah berkembang utamanya di anak muda harus dihapus. Salah satunya bisa dengan menggandeng gerakan pemuda terbesar di Indonesia, GP Ansor.

 "Masalah radikalisme saya rasa karena kita semua ini cukup baik dan bisa untuk melakukan komunikasi yang lebih intens, saya akan melakukan komunikasi dengan NU untuk melakukan konfrensi lebih bagus," ujar Prananda lagi.

Nantinya konfrensi ini akan dibuat dengan skala besar. Tak hanya Malaysia dan Indonesia, anak muda dari negara lain juga diundang.

Selain membicarakan masalah radikalisme dan terorisme, Prananda juga meminta bantuan dari pemuda Malaysia berkenaan pertukaran pelajar Malaysia ke Indonesia.

Pertemuan Bersama DPP PDI Perjuangan


Selain mengadakan pertemuan bersama pimpinan Pemuda NasDem, delegasi Pemuda UMNO terlebih dahulu mengunjungi DPP PDI Perjuangan bagi bertemu pimpinan pemuda parti tersebut.

Delegasi Azwan disambut mesra oleh Ketua DPP PDI Perjuangan Bidang Kepemudaan dan Olahraga, Sukur H Nababan serta jawatankuasanya.

Hasil pertemuan tersebut, kedua-dua pimpinan bersetuju bahwa dalam usaha membangunkan negara, kesedaran bahawa ideologi radikal itu tidak baik perlu dipupuk dikalangan pemuda yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara.

“Pemuda dituntut lebih kreatif dan mempunyai jatidiri untuk berhadapan dengan cabaran masa depan," ujar Sukur.

Pihaknya juga meminta Pemuda UMNO menjadi fasilitator dalam melindungi warga negara Indonesia yang berada di Malaysia,” ujarnya.

“Kami akan membangun komunikasi yang lebih intensif untuk memberikan rasa aman kepada WNI sekaligus menangkal paham radikalisme.

Bercakap kepada wartawan dalam sidang media selepas pertemuan tersebut, Azwan melahirkan rasa gembira atas hubungan dan kerjasama yang terjalin dengan PDI Perjuangan selama ini, terutama berkaitan dengan kesepakatan memerangi gejala radikalisme dan terorisme di kalangan pemuda.

Tambahnya, Malaysia memiliki keupayaan dan pengalaman bagaimana mendidik para pemuda untuk mencegah bahaya ideologi radikal.

"Pemuda UMNO bertekad menguatkan hubungan baik Indonesia-Malaysia, setelah sebelumnya dikuatkan antara Presiden Joko Widodo dan Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Razak,"

Pertemuan dan hasil perbincangan Pemuda UMNO bersama Pemuda PDI Perjuangan dan Pemuda NasDem akan disampaikan pada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri ketika itu turut berada di Indonesia untuk satu acara.

Turut sama dalam delegasi tersebut adalah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, YBhg Dato' Mohamad Sahfri Ab Aziz dan Pengerusi Media Baru Pemuda UMNO, Saudara Ibdillah Ishak.


Laporan Polis Untuk Halang Komplot Guling PM - @Azwanbro @NajibRazak


"Laporan polis yang dibuat adalah kerana tanggungjawab untuk mempertahankan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia.

Demikian tegas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media khas beliau di Kelana Jaya, petang semalam.



Dalam laporannya, Azwan mempercayai wujud konspirasi melibatkan tiga individu ternama di negara ini untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

3 individu yang dinamakan dalam laporan polis bertarikh 26 Julai 2016 itu adalah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau juga percaya, hasil laporan polis tersebut, cubaan terancang pihak tertentu untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia telah berjaya dipatahkan.

“Kami membuat laporan polis dengan harapan untuk menghalang perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku, dan Alhamdulillah ianya tidak berlaku,” kata beliau lagi.

“Kami berasa bersyukur dan gembira kerana berjaya mematahkan satu cubaan untuk menggulingkan beliau dan kami komited untuk terus melaksanakan tanggungjawab kami ini dan saya ingin memesan kalau kamu menyerang Najib, bermakna kamu menyerang UMNO dan Barisan Nasional.

Polis bagaimanapun menutup kertas siasatan selepas merakam keterangan Azwan yang hadir sendiri ke Ibupejabat Polis Bukit Aman, 29 Julai yang lalu.

Pihak polis berpendapat laporan polis yang dibuat oleh Azwan bersandarkan kepada andaian dan mereka tidak akan memanggil 3 individu yang dinamakan untuk diambil keterangan.

Penutupan kertas siasatan dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ditanya mengenai perkara berikut oleh pemberita, Azwan tegas mempertahankan maklumat yang beliau miliki bukan sekadar andaian.

“Laporan saya bukan andaian, ianya satu laporan polis yang saya buat. Saya telah buat laporan polis dan saya difahamkan IGP tidak akan meneruskan siasatan dan tiada tindakan diambil terhadap saya.

“Laporan saya adalah berdasarkan keyakinan dan kepercayaan saya, saya melakukan perkara tersebut untuk meminta polis menyiasat, saya sendiri mahu buat laporan polis,” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata tidak menyesal dengan laporan yang dibuat dan tidak akan meminta maaf kerana membuat laporan polis berkenaan.

Tambahnya laporan polis tersebut tidak akan terhenti setakat laporan polis sahaja dan pihaknya akan memastikan tangungjawab yang diamanahkan untuk mempertahankan Perdana Menteri yang sah.


Isnin, 1 Ogos 2016

#MajlisAidilfitriYTPS: @Azwanbro Ajak Rakyat Tolak Anasir Gugat Keamanan & Keharmonian Negara - @NajibRazak @Zahid_Hamidi @ZambryOfficial #YayasanTransformasiPasirSalak


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) yang diadakan di Pasir Salak, semalam berlangsung meriah dalam suasana harmoni hari raya seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun ketika berucap dimajlis tersebut mangajak rakyat Malaysia untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara agar generasi akan datang dapat merayakan perayaan ini dalam suasana yang dikecapi hari ini.

"Kerana keamanan dan kestabilan tanahair, setiap tahun rakyat negara ini dapat merayakan hari kebesaran agama masing-masing dalam suasana aman dan tenteram.


Menurutnya, bagi mengekalkan situasi aman ini, rakyat perlu menolak sebarang anasir atau usaha mana-mana pihak yang dilihat cuba menanamkan kebencian kepada pemimpin dan kerajaan hari ini.


Tindakan mereka ini, bukan hanya akan menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat berbilang kaum malah mampu menggugat keamanan dan keharmonian negara.

"Lebih membimbangkan kita, mereka yang terbabit dilihat mula bersekongkol dengan pihak asing apabila usaha mereka mempengaruhi minda rakyat untuk bersama mereka gagal.

"Kita wajar mempertahankan kerajaan yang telah kita pilih pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu dan kita juga perlu mengecam tindakan mana-mana individu atau kumpulan yang bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri (PM) YAB Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan kerajaan yang sah dan rakyat perlu memberi ruang kepada beliau untuk mentadbir negara seperti yang telah dilakukan oleh 5 orang Perdana Menteri sebelum beliau.

"Campurtangan pihak luar akan mengkucar-kacirkan negara dan menghancurkan keamanan yang kita kecapi hari ini, seperti yang telah terjadi di beberapa negara lain di dunia.

"Sebagai rakyat kepada sebuah negara berdaulat dan merdeka, menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan kesejahteraan ini dengan menolak sebarang cubaan pihak-pihak tertentu yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara," ujar Azwan yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Dalam majlis yang sama, YTPS turut menyerahkan bantuan kewangan bulanan kepada 30 orang anak-anak angkat YTPS terdiri dari pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini.

Penyerahan bantuan disempurnakan oleh YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang juga Penaung YTPS sejak ianya ditubuhkan sehingga kini.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS, Ramelle Ashram Tan Sri Ramli, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Khairul Sharil Mohamed dan Pengetua SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak Cik Hajjah Aishah,


Ahad, 17 Julai 2016

#PemudaUMNO Gesa Penjenamaan Semula #AADK & #PEMADAM - @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairyKJ #PelanStrategikMemerangiDadahKebangsaan


Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu dijenamakan semula sebagai salah satu langkah drastik yang mesti diambil kerajaan dalam merangka Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan agar selari dengan keseriusan ancaman dadah semasa.

Selain AADK, Persatu­an Men­cegah Dadah Malaysia (Pema­dam) juga perlu dirombak secara menyeluruh kerana kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak begitu dirasai oleh masyarakat terutama golongan muda selaku kumpulan penagih terbesar di negara ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, langkah-langkah drastik itu perlu diambil dengan kadar segera oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri bertanggungjawab berhubung hal ehwal dalam negeri.

“Pemuda UMNO menyokong penuh agenda Timbalan Perdana Menteri ini kerana sudah sampai masanya pelan strategik menyeluruh yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilaksanakan, jika kita benar-benar serius mahu memerangi dadah.


“Tetapi usaha ini mesti bersifat drastik dan langkah pertama ialah menjenamakan semula AADK dan Pemadam. Pemuda melihat kedua-dua agensi ini ketinggalan dalam konteks arus perdana ge­nerasi muda dan kewujudannya tidak begitu dirasai,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan itu adalah langkah susulan kepada pengisytiharan Ahmad Zahid bahawa 2016 merupakan tahun meme­rangi dadah serta pengumuman jihad beliau untuk memastikan ancaman dadah di negara ini diperangi secara habis-habisan.

Pengumuman mengenainya di­buat selepas Utusan Malaysia dalam laporan bersirinya bermula 15 Mei lalu mendedahkan mengenai barah tersebut dengan menjadikan masalah dadah ne­geri pantai timur dan utara tanah air sebagai persampelan bahaya sebenar dadah.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, pelan strategik itu nanti juga perlu mengatasi kelopongan dan kelemahan sistem sedia ada yang menjurus kepada kegagalan usaha kerajaan memerangi dadah walaupun sudah mengisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara sejak 1983.

“Pemuda juga mahu dalam pelan strategik ini mesti ada elemen dan komponen pendidikan menyeluruh seawal prasekolah hingga ke peringkat paling tinggi serta skopnya pula harus merentasi semua bahagian dalam komuniti kerana dadah adalah musuh bersama,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..