Isnin, 26 November 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Berikut adalah aturcara dan program sepanjang persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2012.

TAKLIMAT PRESIDEN 
Majlis Taklimat Presiden Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66) 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pendaftaran Perwakilan 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu Perempuan : Baju Kurung 
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC 

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN 
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 
Anjung Merdeka 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

SOLAT JUMAAT
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat) 
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC 

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam 
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC 

GERAI JUALAN 
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu) 
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam 
Tempat :  Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC

YPS" mengucapkan SELAMAT BERSIDANG kepada semua pejuang-pejuang. Demi Agama Bangsa dan Tanahair.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 2 November 2012

Antara Islam & Kuasa dari kacamata Nasharudin

Ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu. Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'. Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di kacamata PAS ini. Ini kalau kita singkap balik kisah tahun 2009 bilamana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'meletop' memintanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS.

Menteri Besar Kelantan itu yang diketahui umum menyimpan dendam kesumat terhadap UMNO langsung tidak dapat menerima idea yang diketengahkan oleh tokoh moderate PAS ini. Tok Guru PAS itu sanggup tenggelam timbul dengan DAP sekalipun satu dunia tahu pendirian parti itu terhadap perjuangan asal PAS. Meneliti kata-katanya itu jelas Nasharudin nampaknya sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya.

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan PAS dan golongan Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP. Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam. Nasharudin mempersoalkan dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam." Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?" Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya. Beliau juga bertanya "jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi?

Beliau mengingatkan agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. Katanya dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Beliau pergi lebih jauh lagi dengan mempersoalkan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi". "Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?,"

Katanya jika benar begitu, takdirnya dalam PRU13 nanti, kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen, apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah, Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan."

Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang. Amat dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri,"katanya.

Serentak dengan itu Nasharudin secara terbuka di seminar itu menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak tubuh negara Islam sebagai satu dakwah. Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman, beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud. Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian bila mendakwa satu majlis kesyukuran telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar Malaysia menjadi negara Kristian. Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.

Bercakap kepada wartawan selepas itu Nasharudin berkata beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS kerana bersuara begini.
"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya.

Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 11 September 2012

JAMUAN TERBUKA AIDILFITRI 2012

Assalamualaikum, Salam 1MALAYSIA & Salam Aidil Fitri.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak akan mengadakan Jamuan Terbuka sempena Aidil Fitri 1433H. Bagi tahun ini, majlis tersebut akan diadakan pada;

Tarikh : 15HB SEPT 2012 (SABTU)
Masa : 11.00AM - 1.00PM
Venue : Perkarangan Dewan Serbaguna Parit 9, Labu Kubong.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 14 Julai 2012

ALLAH SAMSENG???

1.)  Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa  yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan. Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?-Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.

2.) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh - Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.

3.) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. - Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.

4.) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. - Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.

5.) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul. - Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.

6.) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.. - Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.

7.) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku. - Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.

8.) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT. -Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.

9.) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja,- Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.

10.) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.- Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.

11.) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab ini adalah satu dosa besar. - Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.

12.) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim, lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.- Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.

13.) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah samseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. Jadi memang patut dia bertaubat.-
Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.

14.) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng. Apa yang Tok Guru saya ajar ialah Allah itu Maha Kaya, Maha Penyayang, Maha Pengasih, dan Maha Pengampun.
Haji Wan Ismail Yaakob , 70 tahun Guru Al-Quran ,Ketereh Kelantan

YPS™ ~ Ya Allah, selamatkanlah kami. Tetapkan iman kami. Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Amin...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 10 Julai 2012

KEMEWAHAN ITU MELALAIKAN

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)" [44]

Subhanallah. Kadang-kadang kita ini diulit dengan terlalu banyak kesenangan sehingga kita menjadi alpa dan leka tentang hakikat kehidupan kita. Bukan begitu? Kesenangan hidup yang bertalu talu datang ni kadang-kadang bukan sesuatu yang baik untuk kita. Boleh jadi ia adalah ISTIDRAJ. Tahu apa itu istidraj? Sesuatu nikmat yang Allah berikan bertujuan untuk membuat kita lebih alpa dan leka. Cuba tengok orang-orang kafir tu. Bukankah ramai diantara mereka yang hidup mewah dalam syurga dunia ini? Kadang-kadang kita terfikir, "Kenapalah Allah asyik bagi kesenangan kepada mereka".. Jawapannya sebab Allah nak memesongkan lagi mereka. Biar mereka sesat lebih jauh dari jalan yang lurus.

Jadi, jika kekadang tu kita ditimpa dengan kesusahan seperti ditipu, barang kita dicurike, barang berharga hilang, atau apa saja kesusahan yang menimpa, yakinlah bahawa Allah masih lagi memberi perhartian kepada kita. Allah masih lagi memberi ruang pintu keampunan untuk kita. Kerana, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:


"Tidak ditimpa kepada seorang mukmin itu kepenatan, kesakitan, kebimbangan, kesedihan, kecederaan, kekecewaan malahan jua duri yang lekat dikaki melainkan Allah ingin menghapuskan dosa hamba hambaNya didunia" - HR Bukhari.

Selain itu, ada satu hadith riwayat Bukhari dari Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah suatu kebaikan (keuntungan), maka diberinya ia penderitaan."

Jadi, jika kita perhatikan, Ayat 44 dari Surah Al-An'am tadi boleh diharmonikan dengan hadith-hadith yang disebut diatas tadi. Jika kesenangan saja yang kita dapat, dikhuatiri kita akan alpa dan terleka seterusnya ia akan membuatkan kita terus bergelumang dengan maksiat.

Contohnya mengata orang, menfitnah, menyakiti hati orang dengan kata-kata sindiran dan macam macam lagi. Ingatlah, jika seorang muslim tidak redho dengan kita, dia akan tuntut pahala kita diakhirat kelak.

Hakikatnya, Tidak Salah untuk mencapai kesenangan hidup. Cuma kita harus sentiasa beringat, janganlah kerana kemewahan dan kesenangan itu mengalpakan kita, menjadikan kita sombong dan bongkak serta membuatkan kita lupa kepada Allah.

" Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya, nescaya Dia mempercepat siksa (penderitaan) kepadanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki kebinasaan kepada hambaNya, nescaya Dia akan menahan pembalasan dosa daripadanya hingga akan dilakukan kelak pada hari kiamat. " [Dari Anas b Malik]

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..