Selasa, 22 Oktober 2013

#PemilihanUMNO2013: JAWATANKUASA PEMILIHAN PERLU JELASKAN KEPERLUAN ADAKAN PENGUNDIAN SEMULA

imageLembaga Disiplin UMNO sering memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota parti itu yang melanggar tataetika UMNO dalam pemilihan kali ini.
Kelihatan amaran itu memberi mesej yang jelas betapa parti itu benar-benar mahu memastikan pemilihan kali ini telus dan mencerminkan semangat transfromasi politik yang diperjuangkan.
Namun, apabila kita menjengah beberapa perisitiwa dan kemelut berkaitan Pemilihan UMNO tahun ini, timbul beberapa persoalan mengenai sejauh mana proses pemilihan kali ini benar-benar berwibawa dan menggambarkan kehendak sebenar akar umbi.
Tumpuan pastinya terarah kepada pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO antara Khairul Azwan Haron dan Jamawi Jaafar yang menempuh proses paling ‘janggal’ dalam pemilihan kali ini.
Mereka dilaporkan terikat dengan jumlah undi sama iaitu sebanyak 73 undi daripada 189 bahagian sebelum timbul pula cerita ‘magic’ mengenai undi daripada UMNO Bahagian Gelang Patah ditolak manakala Pemuda UMNO Bahagian Pensiangan didakwa tidak mengundi sesiapa bagi jawatan pusat.
Jumaat lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan pemilihan semula akan dijalankan di  tiga bahagian sayap parti iaitu Sabak Bernam, Gelang Patah dan Bachok pada Rabu ini – sesuatu yang dianggap ‘gila’ oleh sesetengah pihak.
Timbul persoalan apa pula masalah yang berlaku di Bachok dan Sabak Bernam sehingga memerlukan pegundian semula dijalankan?
“Pertama, jawatankuasa pemilihan mengambil masa terlalu lama untuk buat keputusan. Tindak-tanduk mereka pula seolah-olah tidak cukup bersedia untuk berdepan kemungkinan seperti ini (undi terikat). Keputusan mengadakan pengundian semula sudah cukup meragukan, tetapi apabila hanya tiga kawasan saja terlibat, ia sudah dianggap sesuatu yang memalukan,” kata seorang penganalisis politik ketika dihubungi.
Realitinya, keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya para 70,000 perwakilan pemuda.
Keraguan mula timbul pada hari pengundian apabila keputusan yang dipaparkan di umno-online tiba-tiba hilang sekitar jam 1.00 tengah hari di mana tertera proses pengiraan akhir undi sedang dijalankan.
Paparan skrin laman Umno-online sekitar jam 1pm 13hb Oktober
Jika laporan-laporan media mahu dijadikan sandaran, Khairul Azwan dikatakan sudah mendahului dengan 76 undi bahagian, tetapi selepas beberapa ketika, keputusan bagi bahagian Bachok dan Kampar dikatakan dimenangi oleh Jamawi maka keputusan yang dikeluarkan adalah 76 – 2 = 74.
Malah, dari awal keputusan yang berakhir 2.30 pagi kebanyakkan media melaporkan Khairul Azwan mendahului Jamawi Jaafar.
Bagaimanapun, ‘kejutan’ terbaru muncul keesokan harinya apabila tiba-tiba media dimaklumkan proses pengiraan semula dijalankan kerana beberapa masalah teknikal sebelum diumumkan kedua-dua calon menerima undi yang sama iaitu 73.
Keputusan ini bukan sahaja mengelirukan perwakilan Pemuda, malah pihak media yang membuat liputan semalaman dengan mengikuti secara dekat setiap perkembangan baru proses pemilihan.
Difahamkan, media turut menerima salinan keputusan awal pengiraan yang menunjukkan Khairul Azwan Harun memperolehi undi dari 74 bahagian manakala Jamawi Jaafar hanya mendapat undi dari 71 bahagian.

Ironinya, pihak jawatankuasa dalam sidang media Jumaat lalu pula gagal menjelaskan satu persatu keraguan yang timbul sehingga jawatankuasa itu dibayangi pelbagai spekulasi berhubung kredibiliti mereka menjelang pengiraaan semula Rabu ini.
Sepatutnya sebelum proses pengiraan semula dibuat, jawatankuasa perlu menjawab semua persoalan yang timbul. Ini bukan sahaja soal siapa menang siapa kalah, ini soal integriti dan kredibiliti jawatankuasa pemilihan.

Turut menjadi persoalan, apakah mesyuarat ketiga-ketiga bahagian yang akan diadakan semula esok turut melibatkan pengundian semula bagi seluruh jawatankuasa sayap pemuda pusat dan bahagian terbabit.

Bagi YPS dan seluruh ahli-ahli UMNO, jawatankuasa perlu memberi penjelasan menyeluruh berkaitan isu ini demi menjaga nama baik UMNO itu sendiri.
Apapun, pemilihan jawatan Naib Ketua Pemuda setidak-tidaknya membuka perspektif menjangkaui isu pokok iaitu sejauh mana kepimpinan UMNO serius mahu melakukan transformasi bagi memastikan barisan yang terpilih dalam pemilihan kali ini bukan sahaja segar dan bebas dari amalan politik wang, tetapi juga bebas dari unsur-unsur sabotaj dan khianat.
Justeru jika Lembaga Disiplin UMNO benar-benar ikhlas mahu memastikan pemilihan kali ini telus, mereka juga patut memastikan Jawatankuasa Pemilihan yang ditubuhkan juga benar-benar telus.
Jika tidak, kenyataan yang dikeluarkan oleh lembaga tersebut – mahu bertindak ke atas mereka yang melanggar etika parti – akan menjadi sesuatu yang sangat melucukan.

Baca lagi di sini

YPS~ nampak usaha menjatuhkan seorang pemimpin muda yang banyak membantu BN merampas kembali Perak pada PRU13 yang lalu.

Ahad, 20 Oktober 2013

#PemilihanUMNO2013: AZWANBRO UTAMAKAN KEPENTINGAN PARTI


Petikan kenyataan AzwanBro selepas bersetuju agar ketiga2 bahagian (yang mengundi beliau pd 12 Okt lalu) mengadakan mesyuarat semula.


“Kita dalam pertandingan yang bersifat kekeluargaan. Jadi saya rasa TIDAK PERLU ADA SEBARANG TINDAKAN YANG MENJEJASKAN IMEJ PARTI. 

Saya sendiri meletakkan jauh kepentingan peribadi dan meletakkan kepentingan parti itu mengatasi kepentingan peribadi,” jelasnya. 

Inilah sikap Azwan yang teman kenal. Biarpun hakikatnya, Jamawi telah bersetuju menerima keputusan 'KIRAAN SEMULA' pada perbincangan bersama JPU dan AzwanBro yang telah diadakan pada pada 17hb Okt (Khamis) yang lalu.

Dan selepas kiraan semula dibuat dihadapan kedua-dua calon di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, keputusan tetap menyebelahi Azwan. Azwan memperolehi 77 undi dan Jamawi 74 undian.

Selesai proses pengiraan tersebut, pihak Jawatankuasa Pemilihan UMNO meminta tempoh sehingga jam 11 pagi keesokan harinya untuk membuat pengumuman seterusnya menobatkan Azwan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kami seluruh ahli-ahli UMNO merasa lega kerana kemelut Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mencemarkan imej parti telah selesai. Kedua-dua calon keluar dari bilik kiraan semula dan bergambar bersama dan melaungkan UMNO MENANG!!! Rujuk sini

credit : Double Y

Dan pada pagi Jumaat, 18hb Oktober, sekitar jam 10 pagi sebuah portal yakni AgendaDailyNews telah mengeluarkan kenyataan melalui laman twitter mereka  bahawa Azwan telah menang sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sah mengikut kiraan semula undian yang dilakukan semalam.


Namun sehingga jam 1 tengahari, tiada pengumuman rasmi seperti yang dijanjikan semalam. Rakan-rakan teman yang berkesempatan hadir ke Ibu Pejabat UMNO pada pagi Jumaat tersebut memaklumkan bahawa masih ada lagi protes setelah keputusan KIRAAN SEMULA semalam berpihak kepada Azwan.

JPU dan kedua-dua calon terpaksa mengadakan semula perbincangan. Akhirnya, pada jam 5.00 petang, kelihatan pihak media mula mendaftar di tingkat 38, Menara Dato Onn bagi liputan keputusan rasmi siapakah diantara Azwan dan Jamawi yang akan diumumkan oleh pihak JPU.

Berita TV3 jam 8 malam, Tan Sri Tajol Rosli memaklumkan bahawa keputusan siapa bakal menduduki kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan ditentukan selepas mendapat keputusan undian dari tiga bahagian pemuda yang diarahkan untuk bermesyuarat semula.

Ketiga-tiga bahagian tersebut adalah;
  1. Pemuda UMNO Bahagian Bachok, Kelantan
  2. Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah, Johor dan,
  3. Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam, Selangor.

Untuk makluman pembaca, ketiga-tiga bahagian ini telah mengundi Khairul Azwan Harun bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian yang telah diadakan serentak diseluruh negara 12 Oktober lalu. 

Tajol Rosli pada sidang media tersebut tidak menyatakan kenapa pergerakan pemuda ketiga-tiga bahagian tersebut perlu mengadakan semula mesyuarat?

Khabarnya, Ketua Pemantau serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian terlibat telah dipanggil bagi mengesahkan keputusan sebenar (berpihak kepada Azwan) di hadapan calon-calon dan pihak JPU.

Tetapi ada pihak yang mendesak agar Mesyuarat Semula diadakan juga. Azwan atas semangat cintakan UMNO, menerima desakan tersebut dengan baik. Seperti yang teman kata diawal penulisan, inilah sikap Azwan yang sebenar.

Senarai 76 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian seluruh Malaysia yang telah mengundi Khairul Azwan Harun bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Banyak persoalan timbul berkaitan kemelut ini. 
■Kenapa ini berlaku?
■Apa yang berlaku?
■Siapa yang lakukan?
■Siapa yang protes?

Sama-sama kita siasat... 


B e r s a m b u n g . . . . .

Isnin, 14 Oktober 2013

#PemilihanUMNO2013: WAKIL AZWAN KEMUKA BANTAHAN KEPUTUSAN JAWATANKUASA PEMILIHAN.



Kem Khairul Azwan Harun membantah pengumuman Jawatankuasa Pemilihan UMNO bahawa undi beliau seri 73 undi sama dengan Jamawi Jaafar untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Mereka mendakwa undi Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak lebih dan bukan seri.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur petang tadi, wakil Azwan, Anuar Ariffin memberitahu bahawa surat bantahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Jawatankuasa itu diminta  'melihat semula' untuk membetulkan keputusan berkenaan.

Difahamkan mereka mendakwa dari penjumlahan menerusi wakil-wakil calon Khairul Azwan didapati undi beliau lebih dari 73.

Ekoran pengumuman keputusan seri pada Ahad malam itu Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan mengadakan penjumlahan ' undi popular' selepas Hari raya Aidil Adha.

Ia  bagi menentukan siapa yang perolehi undi paling banyak dari perwakilan Pemuda bahagian di seluruh negara.Siapa yang lebih dia dikira menang.

Sementara itu Jamawi telah menyuarakan keyakinan menerusi facebooknya undi popular itu akan memihak padanya sekalipun kehilangan 6 undi bahagian di negerinya,Sabah.

"Walaupun seri 73 undi, saya yakin dan percaya undi popular berpihak kepada saya. Terima kasih kepada semua perwakilan Pemuda UMNO yang mengundi saya,"katanya. 

Apapun, YPS yakin AzwanBro telah disabotaj. Baca di sini.



Ahad, 13 Oktober 2013

#PemilihanUMNO2013: BEBERAPA NAMA BERPENGARUH TEWAS MEREBUT JAWATAN KETUA WANITA BAHAGIAN


Pemilihan peringkat bahagian bagi jawatan Ketua Wanita UMNO semalam menyaksikan kejutan dengan tewasnya beberapa nama berpengaruh.

Perak:
Ketua Penerangan Wanita UMNO yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kanan, Datuk Hamidah Osman, gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng.

Hamidah tewas kepada bekas Ketua Puteri bahagian, Juliliyana Mohd Junid dalam persaingan tiga penjuru itu.

Hamidah mendapat 143 undi berbanding Juliliyana yang meraih 163 undi daripada 328 perwakilan yang mengundi. Seorang pesaing lagi, Wan Razita Wan Razak, mendapat 20 undi.

Hamidah yang juga Pengerusi TEKUN Nasional, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat selama dua penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Datuk Abidah @ Abaidah Zainuddin juga gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Bagan Datoh yang disandang sejak 30 tahun lalu.

Beliau hanya mendapat 39 undi, manakala lawannya, Aminah Abdul Manaf memperoleh 239 undi.


Percubaan Timbalan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Nor Rizan Subehi, selaku pemangku Ketua Wanita UMNO gagal dalam pertembungan empat penjuru yang dimenangi bekas Penolong Setiausaha Wanita bahagian, Aishah Halid.

Kerusi berkenaan disandang Datuk Kamilia Ibrahim sebelum beliau dipecat daripada parti kerana bertanding calon Bebas pada PRU-13 yang lalu

Negeri Sembilan:
Bekas EXCO, Datuk Zainab Nasir, 65, juga gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tampin yang disandang sejak tiga penggal lalu selepas tewas kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan Sri Repah, Zuredah Muhamad, 51.

Zuredah, Penyelia Kanan KEMAS Tampin, memperoleh 188 undi daripada 316 perwakilan mengatasi Siti Aisyah Seman, 40, yang mendapat 90 undi dan Zainab, 38 undi.

Sabah:
Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Fatimah Asiah Ibrahim, kalah tipis kepada Minah Aching bagi jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian.

Awalnya, Fatimah menyangka memenangi kerusi yang sebelum ini disandang Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun, sebaik selesai kiraan peti undi pertama tanpa menyedari ada satu peti belum dikira jawatan kuasa pemilihan.

#PemilihanUMNO2013: PERSIDANGAN PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR SALAK LANCAR.


Perjalanan pemilihan Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak penggal 2013-2016 yang berlangsung semalam berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Ketua Pemuda Umno Pasir Salak, Khairul Azwan Harun yang meninjau perjalanan proses tersebut berkata,  pemilihan juga berjalan dengan penuh sistematik.

Kerusi Ketua Pemuda Bahagian Pasir Salak kosong selepas Azwan  mengisi borang pencalonan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak yang juga dikosongkan oleh YB Dato' Zainol yang mengambil keputusan bertanding Ketua UMNO Bahagian.

Azwan juga turut menawarkan diri bagi mengisi kekosongan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dimana pengundian berjalan serentak diseluruh negara semalam.

Pertandingan dua penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda Pasir Salak menyaksikan pertandingan diantara Mohd Nazari Sabran dan Dr Faizal Tajuddin.

Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Mohd Razali Yahya dan Abd Halim Samion.

Menurutnya, perwakilan perlu menunjukkan kematangan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada parti.

"Barisan yang terpilih ini adalah mereka yang bakal menggalas tanggungjawab parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 14 nanti," katanya dalam sidang media di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap hari ini.

Katanya, barisan yang terpilih juga harus mampu membawa agenda pembaharuan dalam parti.

Taklimat pengundian bermula jam 9.30 pagi dan pengundian bermula 10 pagi.

Seramai 49 calon bertanding merebut ahli jawatan kuasa Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

YPS ~ keputusan penuh esok2 le.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..