Sabtu, 14 Disember 2013

ZAHID HAMIDI: KDN PERHALUSI CADANGAN TUBUH 'POLIS SYARIAH'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bertujuan untuk membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

Antara yang dimasukkan dalam cadangan tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.

Perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan diadakan.

"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya ketika menjadi tetamu sebuah rancangan bual bicara di Bernama TV kelmarin.

Dalam temubual itu juga Ahmad Zahid menjelaskan kelulusan Jemaah Menteri perlu diperolehi bagi membolehkan PDRM yang mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan JAKIM untuk membendung penularan ajaran sesat.

Ketika ditanya mengenai pengamal ajaran Syiah yang diwarisi dari keturunan, mereka disarankan supaya melapurkan aktiviti keagamaan mereka kepada pihak JAKIM.

Golongan penganut ajaran Syiah secara keturunan diminta tidak menyebarkan fahaman itu kepada umat Islam yang lain.

"Ada pecahan dalam Syiah termasuk kumpulan Buhra... mereka lakukan amalan dalam kumpulan itu tanpa sebarkan kepada kumpulan lain.

"Saya tak kata ia (amalan Syiah) dibolehkan kerana itu bidang kuasa Jakim, tapi saya fikir elok jika kumpulan berkenaan dapat beritahu kepada Jakim bahawa mereka bergiat di sekitar ahli-ahli mereka dan tidak berhajat melakukan aktiviti penyebaran mengikut anutan mereka," katanya lagi.

Terdahulu, dalam program itu beliau berkata kementerian akan terus meningkatkan usaha membendung penularan ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman masyarakat Malaysia.

Tegas Ahmad Zahid, beliau khuatir perkara itu akan memecah-belahkan umat Islam di negara ini dan mendorong kepada perang saudara seperti yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

YPS pernah membaca berita tentang peranan Polis Syariah di Aceh, Indonesia. Skop tugas mereka bukan sekadar membanteras ajaran sesat. Malah melibatkan penguatkuasaan undang-undang syariah sepenuhnya.
Seorang anggota polis penguatkuasa Syariah Aceh sedang memberi nasihat kepada beberapa gadis Aceh semasa membuat pemeriksaan cara berpakaian bagi wanita Islam di sebatang jalan di Banda Aceh pada 1 Disember 2009.
Antara kisah yang YPS baca, bagaimana Polis Syariah di Aceh berdepan dengan pelbagai kes termasuk menahan dan menasihati wanita Islam yang memakai pakaian ketat serta tidak menutup aurat. 
Polis Syariah Aceh menggunting rambut remaja yang ditahan menggayakan rambut ala - punk.
Selain itu, tersebar juga kisah beberapa orang remaja ditahan dan dihukum kerana menggayakan rambut ala punk. Memang penubuhan unit Polis Syariah ini patut disokong memandangkan negara kita dikategorikan sebagai sebuah negara Islam di dalam perlembagaan negara.

Merujuk kepada pengamal ajaran Syiah keturunan pula, YPS rasa sedikit musykil apabila Datuk Zahid sekadar memberi amaran agar mereka tidak mengembangkan ajaran mereka. 

Melihat kepada definisi 'dilarang mengembangkan', bagi teman larangan tersebut termasuk 'dilarang menurunkan' ajaran tersebut kepada setiap zuriat mereka. Tak gitu?

Selain itu, Datuk Zahid juga turut menyarankan agar pengamal Syiah keturunan ini melapurkan aktiviti keagamaan mereka kepada pihak JAKIM. 

Perkara ini juga mengelirukan YPS kerana jika kita telah mengharamkan ajaran tersebut tetapi dalam masa yang sama, mereka masih dibenarkan meneruskan aktiviti yang jelas bercanggah dengan amalan Ahli Sunnah wal Jamaah yang diiktiraf oleh negara kita sebagai ajaran Islam yang sebenar.

Pada pendangan YPS, apabila tertubuhnya unit Polis Syariah nanti, mereka yang mengaku Islam tetapi mengamalkan ajaran Syiah perlu ditahan serta dibimbing untuk kembali kejalan Islam yang sebenar.

Apapun, keme tetap menyokong segala tindakan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri yang sentiasa tegas dan berani, demi menjaga kesucian agama Islam serta mengekalkan keamanan negara tercinta. Teruskan Yop!!!

والله أعلم




THE NELSON MANDELA REMEMBERED: @AZWANBRO BERUCAP MEWAKILI UMNO MALAYSIA


5hb Disember yang lalu, dunia dikejutkan dengan berita kematian bekas Presiden Afrika Selatan, Dr Nelson Mandela akibat jangkitan paru-paru.

Pemergian beliau pada usia 95 tahun itu merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja bagi rakyat Afrika Selatan, malah turut dirasakan oleh pemimpin-pemimpin seluruh dunia.

Dilahirkan pada 18 Julai 1918 di sebuah perkampungan kecil di timur Cape, Mandela dipanggil Madiba dalam kalangan masyarakatnya.

Antara jasa terbesar beliau adalah mengetuai perjuangan mengubah dasar aparteid yang menindas hak masyarakat kulit hitam di Afrika Selatan dan mengubahnya kepada demokrasi berbilang bangsa.

Malaysia turut sama berkongsi kesedihan pemergian tokoh tersebut dengan mengadakan satu acara memperingati beliau bertajuk "The Nelson Mandela Remembered: Tribute to and Celebration of Madiba's Life"  di Planery Theatre, Kuala Lumpur City Centre, semalam.

YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO Malaysia telah memberi kepercayaan kepada Khairul Azwan Harun untuk berucap mewakili UMNO Malaysia pada acara tersebut.

Acara yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut dihadiri oleh pegawai-pegawai diplomatik, pegawai kerajaan serta beberapa pimpinan tertinggi parti-parti politik di Malaysia.









Sekalung TAHNIAH dari YPS buat anak muda dari Pasir Salak ini kerana dipilih serta diberi peluang oleh YAB Presiden UMNO, untuk berucap mewakili UMNO Malaysia dalam sebuah acara memperingati seorang ikon dunia. 

Jumaat, 13 Disember 2013

#SayNoToSyiah: HIMPUNAN HADIS BERKAITAN KESESATAN SYIAH



1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56)

2. Diriwayatkan dari Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein dan bapa saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau". Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata "Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid berkata "Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan al-Himyari, al-Huuru al-Ain, hal. 185)

3. Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah SAW bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad, j.1, hal.103)

4. Imam az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Haithami bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah SAW bersabda "Akan muncul didalam umatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadis ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw berkata kepada Ali "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. Ali berkata "Aku bertanya Rasulullah SAW "Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu Hajar al-Haithami, as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102)
5. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama" (al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya.

6. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi SAW bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal 324). Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis yang lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga mereka dimurkai Allah)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Pernah aku berada disamping Nabi SAW bersamanya ada Ali. Nabi SAW bersabda (kepada Ali) "Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam umatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Hafiz Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa Manba'u al-Fawaid, j.10 hal 22)

8. Hafiz Ibnu Hajar dalam "Ta'jilu al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut (lihat Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, j.2 hal 806)

9. Imam ad-Daraqutni, Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu Taimiyyah juga telah mengemukakan hadis diatas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat "as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan "as-Sharimu al-Maslul (hal 582-583)

Sumber : Syiah Rafidhah Diantara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah oleh Muhammad Asri Yusof halaman 36-39

LAMPU ISYARAT BERKABEL PERTAMA DI MALAYSIA @zainolfadzi

Selama beberapa minggu sebelum ini, pasti pengguna lebuhraya Ipoh - Lumut perasan dengan lampu isyarat yang berkelip-kelip kuning dan tergantung tanpa tiang di persimpangan masuk Felcra Nasaruddin di Bota. Dan memang lampu isyarat tersebut dipasang agak ganjil sedikit iaitu digantung dengan menggunakan kabel.

Dan petang semalam, sewaktu teman memandu pulang, lampu isyarat tersebut sudah berfungsi. Rupa-rupanya, lampu isyarat tersebut adalah merupakan lampu isyarat berkabel pertama yang dipasang di Negeri Perak. 

Kini, pengguna lalu lintas khususnya dari Felcra Nasaruddin, boleh menarik nafas lega apabila persimpangan keluar masuk ke kawasan itu dilengkapi dengan kemudahan lampu isyarat berkabel pertama tersebut.
       .
Menurut Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, kemudahan lampu isyarat itu sekaligus melakar sejarah dan kejayaan tersendiri bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana ia tidak membabitkan sebarang pemasangan tiang.

“Difahamkan, kemudahan ini adalah yang pertama dipraktikkan di Perak iaitu di persimpangan keluar masuk ke Felda Nasaruddin, dekat Bota, sekaligus menjadi rujukan kepada kawasan dan negeri lain untuk menyediakan kemudahan sama di masa akan datang.

“Bagi saya, ia juga satu pencapaian yang membanggakan dan paling penting, kerajaan negeri dan pemimpin tempatan berjaya membawa perubahan infrastruktur kepada penduduk tempatan yang sebelum ini berhadapan masalah lalu lintas yang boleh mengancam keselamatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kemudahan Lampu Isyarat Berkabel di persimpangan Felda Nasaruddin, dekat Bota, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim dan Pengarah JKR negeri, Datuk Dr Ir Safri Kamal Ahmad.

Mengulas lanjut, Zainol Fadzi memberitahu kos pemasangan lampu isyarat berkabel itu sekitar RM178,000 dan kemudahan berkenaan juga lebih mesra pengguna berbanding dengan sistem lampu isyarat yang bertiang.

“Memandangkan semua kabel berada di atas, maka kerja penyelenggaraan adalah lebih mudah tanpa perlu mengorek jalan, sekaligus melancarkan perjalanan lalu lintas.

“Selain itu, kemudahan ini juga lebih menjimatkan dari segi kos dan saya yakin JKR sedia menimbang untuk menyediakan kemudahan lampu isyarat berkabel di kawasan lain pula selepas ini,” tegasnya lagi.

Dari segi keselamatan pula, kabel yang digunakan katanya, berupaya menampung berat mencecah 50 tan dan agak sukar bergoyang.

Tambahnya, kajian berkaitan keselamatan jalan raya turut dijalankan oleh JKR sebelum memasang kemudahan itu bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap pengguna.

PROTON: PENGELUAR KERETA ATAU PUNCHING BAG - Engr Hj Norzafry

Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa noktah berikut:-

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi  jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda,  mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama 4 minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak $600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman.

Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.
Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden PEMBINA


Norzafry merupakan seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat minyak dan gas di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bagi tahun 2011/2012.

YPS~ guna Wira 1.6XLi, terbaik!!! Peduli apa orang nak kata. Nak buat macam mane kome, udah mentaliti rakyat Malaysia. Disebalik kritikan deme tu, masih ramai rakyat yg menggunakan kereta keluaran Proton. 
Apa yg penting, Proton terus melakukan R&D, dalam menghasilkan produk yg bertaraf dunia serta mampu milik.
Orang yang mampu membeli kereta mewah, memang le kondem kereta Proton. 

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..