Ahad, 31 Ogos 2014

#Merdeka57: Perutusan Naib Ketua #PemudaUMNO Msia @azwanbro #Malaysia


Salam Merdeka, buat yang ke 57 .

Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta,

Mengenang perit jerih pngorbanan pejuang kemerdekaan, Ilmuan, serta pemimpin lepas, adalah wajar untuk kita menzahirkan rasa syukur meraikan apa yang negara kita telah kecapi dalam ulangtahun 57 kemerdekaannya.

Selaku anak Malaysia yang lahir dalam suasana kedamaian dan dalam suasana pembangunan yang progressif, kita hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai patriotik agar ketrampilan sebagai anak Malaysia itu lebih jati. 

Memupuk semangat patriotik juga harus selaras dengan memupuk keupayaan diri untuk menjamin kualiti hidup yang berjaya agar kita dapat sama-sama mengambil tempat dalam menjana kemajuan negara Malaysia yang tercinta ini.

Dalam kesederhanaan sambutan merdeka kali ini, harus dikenang kepada ujian yang menimpa dan menguji kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia dalam menghadapi tragedi MH370 & MH17. Harus dipuji usaha mereka yang terlibat dalam menyelesaikan konflik ini yang menjadi perhatian dunia.

Merdeka itu jangan sampai kita alpa dan lupa jati diri sebagai seorang rakyat yang seharusnya sentiasa menjaga keharmonian hidup pelbagai masayarakat di Malaysia.

Merdeka itu juga seharusnya menjadikan kita satu masyarakat yang lebih berbudi bahasa dan cintakan perpaduan kaum.

Merdeka itu sebaiknya menjadikan kita lebih menghargai ibu-bapa, keluarga dan keharmonian persekitaran yang sedia ada.

Salam Merdeka.

Seperti yang disiarkan di facebook beliau.

#PRKPengkalanKubor: Pemuda mahu BN Tampilkan Calon Muda @MuhyiddinYassin @azwanbro #peremajaanparti #transformasipolitik #pemudaBN

Azwan berucap dalam satu pertemuan bersama kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Kelantan di Tumpat kelmarin.
Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) berharap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamarudin diberi peluang untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, bulan hadapan.

Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda BN, Khairul Azwan Harun berkata, Rosidi yang telah dua penggal menjadi Ketua Pemuda Bahagian itu merupakan anak tempatan di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Azam Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Tumpat, Rosidi menyambut kunjungan Azwan ke Tumpat.
"Berdasarkan senarai pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kira-kira 43 peratus pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor merupakan mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Sehubungan itu, Azwan berpendapat sekiranya BN meletakkan calon muda, lebih mudah untuk mereka menarik sokongan pengundi muda di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin (berbaju hitam).
"Saudara Rosidi merupakan anak tempatan dan sudah tentu beliau tahu kehendak masyarakat di situ, tambahan lagi beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang baik," katanya.

"Pemuda UMNO Malaysia pada Mesyuarat EXCO Rabu lalu telah bersepakat untuk mencadangkan nama Rosidi sebagai calon PRK Pengkalan Kubor dan ianya telah diserahkan kepada pihak pengurusan tertinggi parti.

Azwan berkata, beberapa isu kebelakangan ini, seperti pergolakan di Selangor serba sedikit memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Azwan yang juga Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun dijemput merasmi dan menyampaikan hadiah kecemerlangan sekolah berkenaan Jumaat lalu.
"Saya harap pengundi di DUN Pengkalan Kubor dapat melihat betapa rapuhnya ikatan Pakatan Rakyat dalam banyak isu sejak kebelakangan ini," ujar beliau selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum di SMK Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada Jumaat yang lalu.

Beliau menambah, legasi yang ditinggalkan oleh wakil rakyat terdahulu juga menjadi antara faktor penyumbang kerana rakyat di Pengkalan Kubor sudah serasi dengan wakil rakyat BN.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong apabila penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu ketika menjalani rawatan penyakit barah yang dihadapinya di Guangzhou, China.

SPR telah mengumumkan bahawa 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala 25 September sebagai hari mengundi.

Selasa, 26 Ogos 2014

#KemelutSelangor: DYMM Sultan Selangor Tangguh Peletakan Jawatan Khalid, Titah PR Cadang Lebih Dari 2 Nama


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hari ini memperkenankan peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Sultan Selangor bagaimanapun menitahkan Khalid kekal di jawatan itu sehingga menteri besar baru dilantik.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

“Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baru selesai,” tulisnya.


Sultan Selangor turut menitahkan agar Pakatan Rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baru, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan SUK, di sini, sebentar tadi.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Isnin, 25 Ogos 2014

#KemelutSelangor: 13 ADUN PAS Tidak Tandatangan SD Sokong Azizah - Mustafa Ali

PAS nafi 13 ADUN PAS sokong Azizah sebagai MB Selangor, serah kepada DYMM Sultan Selangor pilih calun baru.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, 13 Adun tersebut tidak menandatangani sebarang SD menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah seperti yang dilakukan oleh Adun PKR dan DAP.

"Tidak, perkara itu tidak berbangkit," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas ditanya mengenai SD tersebut.

Mengenai jawatan menteri besar, Mustafa berkata pihak partinya menyerahkan kepada Sultan Selangor untuk menggunakan kebijaksanaannya bagi memilih calon yang baru.

"PAS bersetuju untuk serahkan kepada perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menentukan siapa pengganti bagi jawatan MB Selangor," katanya.

Pengesahan Mustafa tersebut mengesahkan hanya dua Adun PAS sahaja menandatangani SD ‎menyokong Dr Wan Azizah, iaitu Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin.

Malah, kedua-dua Adun tersebut juga masih berdepan dengan tindakan disiplin kerana membuat tindakan awal yang membelakangi keputusan parti Islam tersebut.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos memutuskan untuk mencalonkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut menyebabkan wujudnya pertikaian di kalangan parti dalam Pakatan memandangkan PKR bertegas untuk kekal dengan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB.

Mesyuarat majlis pimpinan PR yang bermesyuarat kemudian petang itu memutuskan untuk menghantar hanya nama Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan istana.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari mengesahkan Pakatan sudah menghantar nama isterinya, Dr Wan Azizah kepada pihak Istana untuk diputuskan Sultan Selangor sebagai MB baru.

Anwar berkata tidak timbul isu dua nama dihantar ke istana.

"Jadi hanya satu calon dan surat itu ditandatangani pemimpin PR, Guan Eng, Mat Sabu dan saya sendiri, dan itu mencukupi," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

ESOK, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi memberi penjelasan tentang krisis yang berlaku di negeri itu.

Abdul Khalid dipercayai akan menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 2 petang Selasa. Beliau akan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang bagi memaklumkan perkembangan pertemuan dengan Sultan kepada umum.

Sama-sama kita nantikan, apa kesudahannya krisis yang melanda Selangor yang bermula sejak sebulan yang lalu.

Sabtu, 23 Ogos 2014

#MalaysiaBerkabung: 11 Jenazah Tragedi #MH17 Selamat Disemadikan

Krew kabin MH17 Allahyarhamah Hamfazlin Sham Mohd Arifin (gambar) berasal dari Kg Teluk Sareh, Mukim Pulau Tiga, Perak selamat dikebumikan di Gombak.






























Jenazah 11 daripada 20 warga Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam semalam, telah selamat disemadikan setakat jam 7 malam tadi.
    
Mereka ialah enam anak kapal MH17 iaitu Mastura Mustafa, Ahmad Hakimi Hanapi, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, Nur Shazana Mohamed Salleh, Dora Shahila Kassim dan Azrina Yakob.



Lima penumpang pesawat malang itu, yang juga selamat disemadikan ialah Ariza Ghazalee, Muhammad Afif Tambi, Mohd Ali Md Salim, Hasni Hardi Parlan dan Noor Rahimmah Mohd Noor.


    Video ini memperlihatkan Allahyarhamah Hamfazlin sedang menutup ruangan bagasi di dalam pesawat.

Jenazah Mastura dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Paroi manakala Ahmad Hakimi dan Nur Shazana di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya.     

Tanah Perkuburan Islam Batu Muda di Gombak menjadi tempat persemadian Allahyarham Hamfazlin Sham; Allahyarham Dora Shahila di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara manakala Allahyarham Azrina di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Hidayah di Taiping.
    
Jenazah Ariza dan anak lelakinya, Muhammad Afif pula dikebumi dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petrajaya, Kuching manakala Mohd Ali dan Hasni Hardi masing-masing di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Muar serta Tanah Perkuburan Batu 8, Segamat di Johor.
    
Jenazah Noor Rahimmah pula dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid Lama, Tambun.
    
Dalam perkembangan berkaitan, upacara pembakaran mayat dua penumpang bukan Islam iaitu Foo Ming Lee dan Ng Qing Zheng akan berlangsung di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam pada Ahad.
    
Abu mayat anak kapal MH17 Lee Hui Pin pula dibawa ke kediaman keluarganya di Subang Jaya bagi membolehkan sanak saudara dan sahabat handai mendiang memberi penghormatan terakhir sebelum upacara pengebumian di Taman Peringatan Nilai pada Ahad.
    
Jenazah seorang lagi anak kapal MH17, Chong Yee Pheng, akan disemadi di Taman Peringatan Paradise, Tanjung Rambutan, Perak, juga pada Ahad ini.
    
Esok, abu mayat Karamjit Singh Karnail Singh akan ditabur di kawasan laut di Pelabuhan Klang.
    
Sementara itu, abu mayat Elisabeth Ng Lyeti akan disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras sementara menunggu dua lagi jenazah anggota keluarganya yang turut terbunuh dibawa pulang ke tanah air.
    
Mereka ialah kakak mendiang, Ng Shi Ing, seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah dan anak saudara lelakinya, yang berusia setahun.
    
Dalam pada itu, Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi menjadi tempat persinggahan jenazah Paul Rajasingam Sivagnanam dan isterinya, Mabel Anthony Samy, sebelum dibawa ke rumah mereka di Bangsar, Sabtu.
    
Manakala pengurusan abu mayat pramugari Angeline Premila Rajandaran dirahsiakan keluarganya.

Dalam perkembangan lain, dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 warga Malaysia - satu beragama Islam dan satu lagi Buddha - dijangka tiba di tanah air esok.

Kedua-dua jenazah akan dibawa oleh pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pada 12 tengah hari Sabtu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Ahad.

Difahamkan kedua-dua jenazah, yang identitinya belum boleh diumum itu, sudah diletak di dalam keranda dan bekas abu mayat serta dipindah ke Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol.

Pihak Kedutaan Malaysia di sini mengesahkan maklumat itu namun enggan mengulas lanjut.
    
Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat Boeing 777-200 milik syarikat penerbangan Malaysia itu.

Al Fatihah buat saudara seagama YPS yang terlibat dalam tragedi menyayat hati ini. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat keampunanNya serta menempatkan mereka di kalangan mujahidin dan hambaNya yang beriman.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..