Rabu, 22 Januari 2014

Anwar Kecam Tindakan Bodoh AMK Bakar Bendera Jepun

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam perbuatan bodoh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang antara lain bertindak memijak dan membakar bendera Jepun ketika melakukan demonstrasi bantahan di Kedutaan Jepun pada Selasa.

Anwar berkata tindakan itu sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka.

Walau bagaimanapun, Anwar berkata beliau bersetuju dengan bantahan AMK terhadap keputusan kerajaan Jepun yang menghalangnya daripada memasuki negara berkenaan.

"Saya setuju dengan hak ketua AMK yang membantah keputusan kerajaan Jepun. Tetapi saya tidak setuju dengan beberapa tindakan termasuk tindakan memijak bendera Jepun yang saya fikir tidak perlu," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS.

AMK mengadakan demonstrasi berkenaan berikutan tindakan Jepun menghalang Anwar daripada memasuki negara itu.

Semasa demonstrasi tersebut, sepanduk yang dilukis dengan bendera Jepun telah dibakar dan dipijak.

AMK turut menghantar memorandum menuntut Kedutaan Jepun segera memberi penjelasan serta memohon maaf atas insiden yang seharusnya tidak berlaku itu kerana bercanggah dengan Artikel 13 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Pada Ahad lepas Anwar dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan diarah berpatah balik dengan segera atau diusir keluar.

Beliau ke negara matahari terbit itu atas undangan Pengerusi Yayasan Nippon untuk menyampaikan satu kertas kerja Diplomatik Islam.

YPS mencabar Anwar mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang dipercayai ahli PKR yang mencemarkan nama baik negara. 

Sebenarnya, bantahan tersebut juga tidak perlu dilakukan kerana perkara tersebut berpunca dari kesilapan Anwar sendiri yang tidak memenuhi syarat bagi pihak Imigresen Jepun membenarkan beliau memasuki negara itu.
YPS gelak baca facebook Sam Ketot. Dia boleh nafikan tindakan pendekar-pendekar dia membakar dan memijak bendera Jepun. Adoiiiii Sam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..