Rabu, 29 Januari 2014

#DUNKajang: Nasrudin Kecewa, Pemuda PAS Selangor Ugut Pulau Kempen... Salahuddin Setuju #ManaSatuBetul??? #RajaDrama @Tantawi100 @AnwarIbrahim

Kita sedia maklum dengan kenyataan media beberapa orang pimpinan PAS Pusat dan Negeri Selangor yang mengutuk tindakan ADUN Kajang meletak jawatan bagi memberi laluan Anwar Ibrahim bertanding di kawasan berkenaan.

Nasrudin Hassan selaku AJK Pas Pusat dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman media sosial semalam, beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin PKR mengkhianati amanah pengundi DUN Kajang.

Begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS Selangor, melalui kenyataan media Ketua Pemudanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim menuntut penjelasan bertulis daripada Parti Keadilan Rakyat berkenaan dengan peletakan jawatan Lee Chin Cheh. 

Mereka mengugut untuk memulau dan memboikot kempen PRK Dun Kajang nanti jika PKR tidak menyatakan dengan jelas mengenai tindakan tidak bertanggungjawab PKR itu. Baca di SINI.

Berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Salahuddin menyatakan PAS memberi sokongan penuh terhadap keputusan PKR Selangor meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Salahuddin turut berkata sokongan akan diberikan kepada Anwar dalam memastikan kejayaan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Sebagaimana semangat dalam Pakatan Rakyat, PAS juga akan memberikan sokongan penuh terhadap calon dan kerusi yang dipertandingkan dalam memastikan kejayaan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat."

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Anwar dinamakan sebagai calon bertanding kerusi DUN Kajang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain Anwar, hadir sama Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang ditemui di luar sidang media berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai pengumuman tersebut.

Katanya, beliau hanya akan memberi kenyataan selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan PKR negeri.

Beliau turut ditanya sama ada beliau gembira, menyokong atau menghormati keputusan yang telah dibuat.

"Saya selalu gembira. Keputusan sudah dibuat..." katanya.

Mengenai jawatan menteri besar, beliau berharap perkara itu tidak dispekulasikan kerana apa yang penting pada masa ini ialah untuk menang pada pilihan raya kecil Kajang.

"Bila kita (PKR) sudah menang baru kita duduk balik dan berbincang," katanya.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Inilah dia sikap sebenar Pakatan Rakyat yang terdiri dari tiga buah parti yang berbeza ideologi dan matlamat perjuangan. 

Jika pagi mereka mengeluarkan kenyataan, kenyataan mereka tidak boleh lagi dipercayai selepas tengahari.

Kenyataan mereka akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak situasi yang mereka hadapi.

Akhirnya, mereka akan mengeluarkan kenyataan dengan alasan kononnya, demi kepentingan parti. 

Kalau dah semua kepentingan parti, dimanakah letaknya kepentingan rakyat??? Opssss!!! Rakyat mungkin terlalu umum.

YPS minta ahli-ahli PKR tanya pimpinan mereka, dimana letaknya kepentingan ahli dan penyokong mereka selama ini???


Jom kita berhibur dengan lagu Meet Uncle Husin ni...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..