Selasa, 14 Januari 2014

Perutusan Maulidur Rasul Naib Ketua Pemuda UMNO Msia @azwanbro #pemudaUMNO


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435H, marilah kita bersama-sama menghayati tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

Wasatiyyah yang bermaksud kesederhanaan bukan lah terhad kepada perbuatan yang tidak melebih-lebih sahaja, namun wasatiyyah juga turut membawa maksud tidak mengambil mudah dalam melakukan sesuatu perkara.

Jika diadaptasikan dengan keadaan semasa, tema kali ini lebih menyeru kita sebagai rakyat untuk tidak bertindak dengan terlalu ekstrem dalam berhadapan sesuatu, namun pada masa yang sama untuk mengambil pendekatan lebih komited dan bersungguh-sunguh.

Sebagai Umat Islam di zaman serba mencabar ini, kita sering menerima cabaran dari semua sudut namun seharusnya kita tidak menjadikan cabaran-cabaran ini sebagai satu bebanan yang akan merencatkan usaha kita dalam menuju kesatuan ummah.

Semoga pada Maulidur Rasul kali ini kita akan lebih progressif dan rasional dalam menepis segala cabaran dan seterusnya menjadi lebih fokus ke arah penyatuan ummah yang gemilang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..