Khamis, 30 Januari 2014

Khalid Samad Akui Krisis Dalaman PKR, Terpaksa Heret Rakyat Selesaikan Masalah @NajibRazak

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).




Beliau berkata tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.

"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya, Khamis.

Khalid berkata perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.

"Usaha untuk membawa masuk Anwar ke dalam pentadbiran Selangor juga dibuat kerana PKR percaya hanya Ketua Umum parti itu yang mampu meredakan keadaan tegang berikutan isu dalaman parti," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, bakal dipilih sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi pilihan raya kecil itu, Khalid berkata isu itu tidak timbul kerana pemilihan jawatan perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP.

Sekiranya ada pertukaran jawatan Menteri Besar, katanya PAS juga akan menyerahkan nama calon bagi mengisi jawatan itu.

"Soal jawatan MB (Menteri Besar) tidak timbul kerana jawatan itu tidak boleh ditentukan oleh mana-mana parti sama ada PAS, PKR dan DAP di negeri ini. PAS secara sendirian pun tidak boleh tentukan jawatan MB kerana ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat) tidak mempunyai kerusi majoriti.

"Jika ada perubahan jawatan MB, ia perlu persetujuan daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Kalau ada yang nak tukarkan MB (Menteri Besar), PAS juga akan serahkan nama calon...tapi kalau tidak ada, tidak ada la (serahkan nama)," katanya.

Persoalannya, kalau benarlah PKR hadapi masalah , apakah perlu mengheret rakyat kekancah masalah dalaman mereka? 

Apakah ADUN Kajang yang meletakkan jawatan tersebut yang mempunyai masalah hingga diarahkan meletakkan jawatan?

Atau Khalid Ibrahim? Atau Azmin Ali sendiri? Jika mereka berdua menimbulkan masalah, kenapa Lee Chin Cheh yang perlu mengosongkan kerusinya?

Tidak cukup mengheret rakyat, hari ini Azmin Ali mengeluarkan kenyataan paling bodoh bagi seorang pimpinan tertinggi PKR dengan melibatkan dan mengheret Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak.

Azmin dalam satu kenyataan mencabar Datuk Seri Najib untuk menjadi calon BN pada PRK DUN Kajang yang akan diadakan nanti.

Bukan ke gila deme semua ni. Banyak lagi jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dalaman parti mereka. Tak perlu libatkan semua orang....

YPS~ Puuuiiiiihhhhhh!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..