Isnin, 27 Januari 2014

Insiden Pulau Pinang: PM Minta Rakyat Bertenang @NajibRazak

Datuk Seri Najib Tun Razak mohon semua pihak bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyelesaikan insiden yang berlaku di Pulau Pinang.

Perdana Menteri pada masa sama meminta semua pihak tidak melatah dan mengeruhkan lagi keadaan demi menjaga keharmonian negara.

Awal pagi tadi, Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang dua biji bom buatan sendiri.

Ketua Polis Pulau Pinang, SDCP Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata dua bom buatan sendiri itu dibaling ke kawasan lapang gereja tersebut kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.

"Bagaimanapun hanya satu yang meletup, lagi satu jatuh di atas rumput.

"Siasatan awal mendapati dua pemuda bermotosikal telah melakukan jenayah tersebut," katanya dipetik The Star Online.

Kejadian ini berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang  mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) digantung di luar gereja tersebut.

Difahamkan wakil gereja tersebut dan beberapa gereja lain di sekitar kawasan tersebut membuat laporan polis susulan kain rentang kontroversi tersebut yang dipasang di hadapan pintu masuk gereja tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..