"Murah sangat jawatan ADUN Kajang. Pengundi mudah dijual dan ditipu. Mana suara rakyat dlm PKR?"
- Twitter @azwanbro.
Demikian kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun ketika mengulas perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh melalui kemaskini twitternya.
YPS bersetuju dengan Azwan kerana dengan peletakan jawatan Lee, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia terpaksa mengadakan pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.
Seperti kita sedia maklum, pilihanraya kecil melibatkan jumlah perbelanjaan kewangan yang besar. Yang pasti, bajet yang akan digunakan adalah wang rakyat.
Selama ini, PKR mendakwa kerajaan Barisan Nasional boros dalam mengurus kewangan negara. Pelbagai fitnah dan dakyah disebarkan oleh pimpinan mereka.
MURAH SANGAT JAWATAN ADUN KAJANG.
Kebiasaannya, Pilihanraya Kecil di Malaysia hanya diadakan atas sebab Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut meninggal dunia.
Tetapi, bagi kes DUN Kajang ini kita menyaksikan peletakan jawatan oleh ADUN tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Spekulasi mengatakan Lee mengosongkan jawatan tersebut hanya untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.
Samada Anwar Ibrahim atau siapa pun, ianya suatu tindakan yang menganiaya rakyat bukan hanya pengundi DUN Kajang malah seluruh rakyat Malaysia apabila wang rakyat terpaksa digunakan bagi mengadakan pilihanraya kecil.
Sepatutnya, bajet bagi mengadakan PRK ini boleh digunakan untuk tujuan lain yang melibatkankesejahteraan rakyat.
Justeru itu, YPS ingin mengulangi semula pertanyaan Azwan, MANA SUARA RAKYAT DALAM PARTI KEADILAN RAKYAT???
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengesahkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh berkuatkuasa hari ini.
“Pada hari ini 27 Januari 2014, saya telah menerima perletakan jawatan daripada Adun Kajang, YB Lee Chin Cheh. Beliau telah datang berjumpa dengan saya dan menyerahkan surat perlepasan keahliannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata Ahli Parlimen DAP Subang Jaya itu, menurut Perkara 68 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor LXVIII, Adun boleh melepaskan jawatan melalui surat yang ditandatanganya kepada Speaker.
“Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kerusi N25 Kajang telah dikosongkan pada hari ini,” katanya lagi.
Katanya lagi, beliau akan memaklumkan hal itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) secara bertulis, selaras dengan Fasal (5) Perkara (70) Undang-undang Tubuh Negeri, yang mengatakan kekosongan luar jangka perlu diisi dalam masa 60 hari. – Roketkini.com
Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Apabila ditanya sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.
The MalaysianInsider melapurkan tujuan peletakan jawatan Lee adalah untuk memberi peluang samada kepada Anwar Ibrahim ataupun Rafizi Ramli bertanding di kawasan tersebut.
Segelintir pemerhati politik mendakwa ini adalah perancangan PKR untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor berikutan pergolakan yang melanda PKR Selangor.
Namun Anwar dalam suatu kenyataannya hari ini, menafikan spekulasi beliau bakal Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Klik 》SINI《.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.