Jumaat, 3 Januari 2014

@AZWANBRO SARAN AGENSI PEMANTAUAN & PENGAWALAN HARGA SEGERA BERGERAK AKTIF #KPDNKK #NKPUM


Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun menggesa agensi pemantauan dan pengawalan harga barang dan perkhidmatan segera bergerak aktif bagi memantau sebarang kenaikan harga barangan mahupun perkhidmatan oleh segelintir peniaga dan pengusaha yang mengambil kesempatan keatas pengurangan subsidi seperti yang telah diumumkan kerajaan.

Memetik kemaskini twitter beliau (gambar), Azwan turut menyarankan agar para pengguna umum membantu menyalurkan maklumat kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya pihak kementerian boleh memantau serta mengambil tindakan segera berdasarkan siasatan keatas maklumat yang disalurkan.

Disember tahun lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah berjanji akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan jabatan penguat kuasa lain dalam mempertingkat operasi pemantauan harga barang sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya akan melipatgandakan operasi pemantauan harga untuk memastikan pihak peniaga tidak menaikkan harga dengan sesuka hati.

Katanya, selain itu KPDNKK juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menjalankan operasi bersepadu.

Dengan penglibatan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan seperti yang diumumkan oleh Menteri terbabit, diharapkan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan sehingga membebankan kehidupan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

YPS juga ingin menyarankan agar pihak KPDNKK menyediakan talian hotline ataupun menggunakan media sosial sedia ada beserta pegawai, yang sentiasa bersedia dan bertindak atas segala maklumat yang bakal disalurkan oleh para pengguna.

Jika perlu, pihak kementerian boleh mengambil sukarelawan yang akan membantu tugas-tugas pegawai penguatkuasa kementerian serta agensi-agensi yang terbabit.

Sukarelawan boleh dipilih melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pemuda UMNO Malaysia atau lain-lain NGO yang berminat. Penglibatan NGO ini selain memberi pemahaman terhadap penguatkuasaan yang dijalankan, ianya mampu memperlihatkan ketelusan kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan.

●●●Bagi YPS, gesaan serta saranan Azwan berasas, lahir dari hati pimpinan muda UMNO yang merasakan denyut nadi rakyat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..