Isnin, 27 Januari 2014

NGO ISLAM & KRISTIAN DIMINTA BERTENANG - MENTERI #KDN @Zahid_Hamidi

PUTRAJAYA 27 Jan. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili agama Islam dan Kristian supaya bertenang berhubung kejadian pemasangan kain rentang provokasi di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kejadian itu harus diserah kepada polis untuk melakukan siasatan selain mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Yang penting kita harus mewujudkan keharmonian dan kita kena hormati agama lain seperti mana agama kita dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian pihak-pihak tertentu di Pulau Pinang yang cuba mencetuskan ketegangan antara penganut Islam dan Kristian apabila melakukan provokasi dengan memasang kain rentang tertera kalimah Allah di beberapa tempat.

Pihak polis telah menafikan penglibatan pihak gereja dalam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..