Selasa, 21 Januari 2014

Malaysia Bukan Negara Sekular - Prof. Madya Dr Shamrahayu


Pensyarah Kuliah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz membidas kenyataan Peguam Edmund Bon yang disifatkannya sebagai tidak bermoral apabila mengatakan Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam sehingga tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Kenyataan dia (Edmund) itu tidak bermoral dalam konteks perbahasan undang-undang.

“Mana mungkin Malaysia negara sekular. Jika benar, sila nyatakan nama-nama kes yang menyatakan Malaysia adalah negara sekular.

“Jika mereka melihat kepada kes Che Omar Che Soh, saya nasihatkan peguam-peguam ini membaca kes tersebut dengan teliti terlebih dahulu,” tegasnya ketika ditemui wartawan ISMA.

Beliau berkata, sememangnya  tidak dinafikan pengamal undang-undang sering mengemukakan kes Che’ Omar Che’Soh ini untuk mengatakan bahawa Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia adalah negara sekular. 

Jelasnya lebih lanjut, dalam kes tersebut bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas tidak pernah sama sekali memutuskan Malaysia adalah negara sekular. Beliau hanya mengatakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa adalah undang-undang sekular dan bukannya negara ini negara sekular.

“Jadi cukup jelas, keputusan itu menyebut mengenai sistem sekular, bukannya negara sekular. Dan jika Edmund tetap mehu mengatakan negara ini sekular, sila berikan bukti kes,” katanya tegas kepada wartawan ISMA.

Ujar Prof Shamrahayu lagi, di Malaysia tidak berlaku pemisahan antara agama dan negara secara keseluruhan. Jadi ciri penting negara sekular ini tidak pernah wujud di Malaysia sama sekali.

Dan apa yang penting dalam kandungan Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa undang-undang tertinggi negara kita tidak berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.

Ini jelas apabila Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan, Raja-raja Melayu dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara menjadi Ketua Agama Islam.

Bahkan YDPA sendiri terikat dengan sumpah seperti yang diperuntukkan secara nyata dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mesti bersumpah atas nama Allah dengan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada semua masa.

“Tetapi sehingga hari ini, mengapa masih ada pihak yang beria-ia ingin mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular?,” soalnya.
Peguam Edmund Bon dalam satu kenyataan  menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Sehubungan itu beliau menyifatkan titah dan fatwa yang dikeluarkan tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..