Melalui kemaskini twitternya, beliau menyatakan tindakan guru tersebut telah men'jahanam'kan sistem pendidikan negara.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Selain itu, Azwan turut sependapat dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin agar guru tersebut dipecat dari kerjaya perguruan.
Jumaat lalu, media melaporkan kejadian mengenai dua orang murid sekolah jenis kebangsaan di Sungkai telah diarah oleh guru mereka untuk memakai loceng di tengkuk dan mengunyah rumput sebagai hukuman.
Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith, 10 tahun sebagai lembu malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook.
Dalam kejadian sekitar 9 pagi itu, empat orang murid gagal menyiapkan tugasan yang diberi namun guru terbabit hanya memberikan hukuman kepada hanya dua orang murid.
Difahamkan, dua lagi murid lain tidak dikenakan denda kerana berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada doktor.
Daripada empat murid tersebut, dua daripada kaum Cina dan dua lagi murid beragama Islam yang diambil tindakan.
PPD Batang Padang khabarnya sekadar mengambil tindakan menukarkan guru tersebut ke sekolah lain, namun masih di Daerah Batang Padang.
Bagaimanapun, ramai pihak yang tidak berpuashati dengan hukuman tersebut termasuk YPS sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.