Isnin, 27 Januari 2014

Polis Pulau Pinang Buru Suspek Lontar Molotov Cocktail Di Perkarangan Gereja @PDRMsia

BALIK PULAU: Polis sedang giat memburu suspek yang melontar ‘molotov cocktail’ atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi Isnin.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.
“Kita telah menghantar pasukan forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya siasatan mendapati hanya satu daripada bahan letupan yang diisi dalam dua botol minuman keras itu meletup sehingga menyebabkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.
Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Abdul Rahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menimbulkan kekacauan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menerima sembilan laporan berhubung isu kain rentang berbaur provokasi berkaitan kalimah Allah yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini semalam.
Susulan insiden itu, polis menjalankan rondaan termasuk di 48 gereja di sekitar Daerah Timur Laut bagi memantau perkembangan keadaan, katanya.
Semalam kain rentang bertulis ‘Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.
Sementara itu, Pemuda Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling ‘molotov cocktail’ itu dan menyifatkannya sebagai tindakan biadab dan kurang ajar.
Ketuanya Rafizal Abdul Rahim menggesa kerajaan negeri terutama Exco bertanggungjawab dalam hal agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim supaya mengambil tindakan segera agar perkara itu tidak berlarutan dan menimbulkan ketegangan.
“Semalam, Pemuda Umno Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung isu kain rentang berkenaan dan bersamanya kita turut kepilkan maklumat mengenai kejadian itu yang mana ada orang nampak tiga hingga empat lelaki mengantung kain rentang tersebut.
“Kita harap polis dapat segera menjalankan siasatan serta mengumumkan tindakan penyiasatan mereka bagi memuaskan hati semua pihak dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..