Antaranya, Ramesh Rao menyebut beberapa individu dan NGO seperti Rafizi, Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Comango, Jingga 13 serta BERSIH yang dilabelkan sebagai penghasut dan pengacau yang menggugat keamanan dmm keselamatan negara.
Berikut adalah sedikit petikan kata-kata Ramesh;
Apa yang saya nampak hari ini, kenyataan saya simple... Dia nampak sangat macam pembangkang 'barua'kan kerajaan Malaysia. Bagi pandangan mata mereka, kerajaan Malaysia yang sedia ada macam barua.
Kenapa saya kata barua??? Bila dia buat satu-satu hal, kerajaan tidak ambil tindakan. Contohnya yang satu, dia kata macam selepas pilihanraya, dia kata 50 ribu bangla undi. Lepas tu dia nafi, apa tindakan kerajaan Malaysia dah ambil???
Yang kedua, Rafizi kata kerajaan Malaysia dah jual harta, adakah kerajaan Malaysia macam Polis ambil inisiatif untuk siasat kenyataan ini???
Yang paling teruk Nizar kata kerajaan Jepun dah bayar duit pampasan, lepas tu nafi lagi. Apa Kerajaan Malaysia buat? Dia cakap suka-suka hati lepas tu tiada ambil tindakan. So nampak sangat macam dibaruakan. Mana dia moral, mana dia kualiti??? Mana imej kerajaan yang tegas???
Tunjuk ketegasanmu!!! Jangan jadi barua!!! Bila pembangkang cakap jangan diam!!! Jangan jadi pondan la!!!
Bila K. Surendren cakap 300 ribu India tiada IC, dinafikan kewarganegaraan. Mana KDN??? Kenapa tak siasat Surendren??? Panggil dia!!! Tunjuk bukti mana???
Lihat video di bawah untuk mendengar luahan Ramesh. Memang marah betul Ramesh dengan kerajaan.
Ramesh juga mengecam tindakan UMNO menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan dua lagi individu yang mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian pencerobohan Lahad Datu, Sabah adalah merupakan perancangan UMNO.
Selain itu, Ramesh turut mengutuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang menolak cadangan agar ISA dikembalikan. Dengan menyifatkan Khairy sebagai budak hingusan, Ramesh mengaitkan kejatuhan 2 negeri ketangan pembangkang pada PRU ke 12 pada 2008 yang lalu dengan kesilapan pimpinan YBhg Tun Abdullah selaku Perdana Menteri ketika itu.
Turut kelihatan bersama-sama Ramesh adalah Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah.
YPS~ Sampai bila agaknya Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Najib Razak ni nak berlembut hati terhadap puak-puak yang melampau mengancam keselamatan negara.
Rakyat khususnya penyokong-penyokong BN sendiri dah mula menyatakan rasa tidak puashati dengan kerajaan. Kalau Datuk Seri tak percaya, ambik masa buka facebook, twitter dan blog, lihat sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.