Jumaat, 24 Januari 2014

RON 95 Bakal Dijual Kepada Yang Layak Sahaja - Tengku Adnan

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

YPS ~ setelah sekian lama kerajaan menghadapi kemelut pengagihan subsidi ini timbul, apakah ini sahaja idea yang pak menteri kita ada??? Idea Ku Nan ke atau penasihat-penasihat kerajaan??? 

Sebagai sebuah negara yang diagung-agungkan bakal mencapai taraf sebuah negara maju menjelang tahun 2020, apakah kerajaan Barisan Nasional tiada terfikir untuk melantik pakar yang benar-benar dapat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi setiap tindakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani satu-satu isu???

Rakyat dah jemu dengan idea-idea yang timbul (mungkin) sewaktu pak menteri tengah buang air besar. Yang pastinya idea-idea tersebut belum lagi dilaksanakan pun sudah menjadi isu yang diperlekehkan oleh rakyat khususnya pembangkang. Dan yang menjadi mangsa apabila diutarakan oleh bapak menteri ini adalah UMNO.

Ketika itu juga, tak tidur malam para blogger dan facebooker pro kerajaan menjawab bagi pihak kerajaan. Sedangkan menteri-menteri semuanya diam menyepi... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..