Khamis, 23 Januari 2014

PKR Bergolak: Saifuddin Akui Ahli MPP PKR Desak MB Selangor Dipecat

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan terdapat desakan 'keras' daripada anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP) parti itu supaya Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat.

Namun Saifuddin menegaskan desakan 'keras' itu bukanlah usul dan mesyuarat MPP tidak membuat keputusan memecat Abdul Khalid.

"Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa dalam laporan akhbar Sin Chew petang semalam (Rabu).

"Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir, hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid). Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Saifuddin berkata demikian bagi menafikan laporan yang dibuat akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang Rabu yang mendakwa MPP PKR bersetuju supaya Khalid digugurkan daripada jawatan menteri besar.

"PKR memandang serius isi kandungan dan anggapan yang dibuat laporan tersebut. Walau bagaimanapun, saya perjelaskan di sini bahawa mesyuarat yang dimaksudkan dalam laporan itu tidak membuat keputusan yang bersetuju menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dilaporkan.

"Maka disebabkan MPP tidak membuat keputusan berkenaan isu Menteri Besar, maka tidak timbul isu YB Azmin Ali sebagai pengganti kepada Abdul Khalid," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang Rabu yang bertajuk "MPP PKR mahu Khalid undur, Selangor akan tukar MB".

"PKR memandang serius isi kandungan dan anggapan yang dibuat laporan tersebut. Walau bagaimanapun, saya perjelaskan di sini bahawa mesyuarat yang dimaksudkan dalam laporan itu tidak membuat keputusan yang bersetuju menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dilaporkan.

"Maka disebabkan MPP tidak membuat keputusan berkenaan isu Menteri Besar, maka tidak timbul isu (Mohamed) Azmin (Ali) sebagai pengganti kepada Abdul Khalid," katanya.

Mengulas lanjut Saifuddinmenjelaskan mesyuarat MPP pada 15 Januari lalu yang dipengerusikan Mohamed Azmin sendiri dan Timbalan Presiden PKR itu mengambil pendirian berkecuali.

Malah jelas beliau, ketika mesyuarat membincangkan mengenai isu PKNS, Azmin mengambil keputusan untuk keluar mesyuarat dan Naib Presiden parti itu, Tian Chua mempengerusikan mesyuarat.

"Beliau sebagai pengerusi mesyuarat hanya beri ruang kepada ahli untuk kemukakan pandangan (mengenai kedudukan Abdul Khalid). Bukan Azmin yang kemukakan pandangan itu.

"Mustahil beliau yang pengerusikan mesyuarat dan beliau juga yang buat usul dalam mesyuarat yang dipengerusikannya sendiri...Azmin tidaklah sampai macam tu sekali.

"Ketika mesyuarat membincangkan isu PKNS yang melibatkan dirinya, Azmin ambil keputusan keluar mesyuarat dan Tian Chua pengerusikan (mesyuarat)," katanya.

Selain itu Saifuddin turut mengesahkan Abdul Khalid tidak hadir pada mesyuarat berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..