Ahad, 7 September 2014

#KemelutSelangor: @DrWanAzizah Tak Layak, Tidak Berkebolehan - Tegas @AbdulHadiAwang #PAS #PKR

Kemelut dan krisis Negeri Selangor makin menarik.
Pada 3 September lalu, PAS telah menghantar 3 nama seperti yang diminta oleh pihak istana bagi dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Apa yang mengejutkan, nama Presiden PKR Wan Azizah dan Timbalannya Azmin Ali tiada didalam senarai tersebut.


Mat Sabu serta beberapa jawatankuasa PAS Pusat melalui beberapa kenyataan merasa terkilan kerana pemilihan nama tersebut tidak dibincangkan terlebih dahulu dikalangan jawatankuasa PAS sebelum dihantar kepada pihak istana.


Bagi menjawab perkara tersebut, jom kita baca dan dengar penjelasan Presiden PAS sendiri.



Mengikut perlembagaan parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS mempunyai kuasa dalam beberapa perkara termasuk melantik menteri besar dan beberapa perkara yang berkait dengan parti.


Hadi berkata keputusan yang dibuat oleh beliau mengikut perlembagaan perlu didukung oleh timbalan dan naib-naib presiden.

Katanya, perkara melantik menteri besar mengikut amalan parti sejak 1959 tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.


"Kita dalam Parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden.


"Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian. Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya ketika menjawab soalan peserta yang mengikuti sesi dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang, pada Jumaat.


Abdul Hadi berkata ketika melantik menteri besar Kelantan pada 1990, Presiden PAS waktu itu, Fadzil Nor membuat keputusan tanpa melalui Jawatankuasa PAS Pusat.


"Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya lagi.


Mengulas mengenai pelantikan menteri besar Selangor yang baharu, Abdul Hadi berkata PAS tidak terikat dengan PKR dan DAP dalam menghantar nama calon kepada pihak istana.


Katanya, PAS memutuskan untuk menghantar nama kepada pihak istana setelah nama yang dicadangkan oleh partinya kepada PKR dan DAP ditolak.


"Bila kita bubuh nama yang lain, PKR dengan DAP tolak hak cadangan kita ni. Bila dia tolak cadangan kita, maka terpulang kepada kita sendirilah.


"Dia tak boleh nak ikat kita kerana Sultan hantar surat kepada masing-masing, dia tak hantar secara kumpulan, tidak. Maka masing-masing partilah jawab dan kita ada hak kita sendiri untuk jawab.


"Siapa yang ada dalam nama tu Tuhan yang tahu dan Sultan yang terima surat tu yang tahu," katanya.


Abdul Hadi juga menjelaskan Pakatan Rakyat yang menjunjung kepada asas-asas yang tertulis dalam Perlembagaan Negara seharusnya tidak dilihat seperti tidak menghormati raja-raja.


Beliau juga kesal bila ada pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan raja-raja seperti tidak mempunyai peranan.


"Kita tak boleh jadi Raja macam tunggul kayu, tidak boleh, peranan Raja ada. Tapi ada kalangan puak-puak kita ni nak buat Raja macam tunggul kayu, itu tidak boleh, tak boleh, tak izin sekali-kali.


"Kita tak boleh letak Raja ni, huduh macam mana pun, nak buat dia macam tunggul kayu tak boleh, tidak boleh, ini mesti ada peranan dia. Bukan kerana saya fanatik, taksub, tidak.


"Akhlak kena begitu, terutamanya akhlak kita orang Melayu sebagai orang Islam. Ini kita kena faham.” katanya.





Wan Azizah Tidak Berkebolehan.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Wan Azizah ditolak bukan disebabkan gender tetapi syarat melantik pemimpin mestilah seorang yang mempunyai kebolehan.


"Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia. Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.


"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.


"Jadi syarat-syarat ni dah tidak lepas, bila tidak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki.


"Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu," katanya ketika soal jawab dalam sesi dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang pada Jumaat.


Haji Hadi turut menjelaskan PAS menghantar tiga nama calon menteri besar Selangor yang baharu kerana pihak istana mahu lebih dari dua nama.


"Nak suruh Sultan pilih, hantar satu nama, nak pilih macam mana? Kemudian kita terima surat daripada istana.


"Istana tulis surat kepada saya, semua parti hendaklah menghantar lebih daripada dua nama. Sultan suruh hantar lebih daripada dua nama, bila suruh hantar lebih daripada dua nama, lebih daripada dua nama ni berapa? Tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, boleh hantar berapa banyak," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..