Rabu, 16 Julai 2014

PAS Tolak MB Wanita, @AzminAli Bakal Ganti @Khalid_Ibrahim???

Kemelut kerusi Menteri Besar Selangor berterusan sehingga kesaat ini. Terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dilaporkan bakal menggantikan Khalid selepas PAS dan DAP memberi persetujuan dalam pertemuan tertutup PR pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, keputusan akhir dijangka diputuskan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut sumber, nama Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hampir pasti digugurkan dari senarai calon Menteri Besar selepas PAS tidak memberi sokongan terhadap Menteri Besar wanita.

"PAS tidak setuju MB wanita, PAS mahu Azmin... DAP pula setuju Azmin, tetapi hormat dan tunggu keputusan Anwar... bagaimanapun Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan akhir sebelum raya.

"Perlantikan akan dibuat selepas hari raya seperti yang dimaklum sebelum ini," katanya.

PR ketika ini juga dikatakan sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk ADUN dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Beberapa hari lalu, Anwar dilaporkan berkata PR tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Abdul Khalid selain menyifatkan perbincangan untuk menyingkirkan Menteri Besar itu dilakukan secara dalaman dan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu.

YPS cuba membayangkan kalau PM Malaysia dari Pakatan Rakyat dan kemelut begini timbul... Haru kome oiiii...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..