Rabu, 14 Mei 2014

ADUN Jabi Ikrar Kekal Bersama BN @KhairyKJ @azwanbro #PemudaUMNO


ADUN Kawasan Jabi, Mohd Iskandar Jaafar meminta agar kemelut yang melanda politik Terengganu  dapat diselesaikan dengan baik manakala rakyat serta penyokong-penyokong UMNO bersabar supaya krisis tidak berpanjangan.  

Beliau yang dihubungi Sinar Harian melahirkan pendiriannya, tidak akan keluar parti dan setia kepada kepimpinan UMNO.

“Demi ALLAH, Insya-ALLAH saya kekal bersama UMNO/BN.  Tidak akan keluar parti dan setia kepada UMNO. Akur kepada pucuk pimpinan.  Namun, pada masa yang sama, saya sangat berharap agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Rakyat serta penyokong UMNO perlu bersabar,” katanya yang juga Exco Pemuda Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..