Rabu, 6 Oktober 2010

REPOT POLIS RAHIMI OSMAN

Tarikh 6/10/2010
Masa 3.30 petang
Lokasi : Restoran Lotus Klang

Jam 3.00 petang Rahimi bin Osman selesai membuat laporan polis di IPD Klang Selangor. Repot Polis no 7818/10 .

Kandungan Repot seperti berikut;

1) Rahimi Osman dipaksa menandatangani 2 akuan bersumpah pada JUN 08 mengenai Anwar dan Saiful Bukhari di di Hotel Quality Shah Alam.

2)akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28 JUN 2008 dan akuan bersumpah kedua ditandatangani selepas dipinda kandungannya di hadapan pesuruhjaya sumpah yang tidak dikenali di Old Town Petaling Jaya dengan mencatatkan nama Najib dan Rosmah dalam konspirasi kes liwat terbaru Anwar dengan Saiful.

3) Rahimi telah ditahan di Hotel Quality Shah Alam selama beberapa hari oleh Anwar,Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

4) Rahimi membuat sidang media ini untuk mendedahkan bahawa akuan bersumpah itu TIDAK BENAR (untuk mengaitkan Najib/Rosmah dalam konspirasi liwat )

5) Beberapa bulan yang lalu Rahimi telah dihubungi oleh Latheefa Koya untuk melakukan akuan bersumpah yang baru namun tidak dilayan oleh Rahimi.

6) Sidang media Rahimi ini ditemani oleh peguamnya Ramachandran a/l Subramaniam dan seorang lelaki Melayu.

Rabu, 25 Ogos 2010

:: ISU HUDUD ::

#1#

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar.

- Bernama


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di Kota Baharu hari ini.

Nik Abdul Aziz (kiri) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.

"Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal.

Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar.

"Nak mengelak tu memang tak boleh...tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya.

--Bernama

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau, yang juga menteri besar Kelantan, menganggap kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Nik Abdul Aziz berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir dari pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat PAS itu, ia merupakan pendapat peribadi masing-masing.

"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar PAS itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri, bukannya dari DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS itu salah, kata Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, setakat ini Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Mengenai pengeluaran lesen minuman keras di negeri ini, beliau mengakui kerajaan negeri ada mengeluarkan lesen premis perniagaan untuk menjual minunam keras di kalangan bukan Islam di negeri ini.

"Kerajaan hanya mengurus atur lesen premis penjualan minuman arak kepada bukan Islam, tetapi tetap tidak membenarkan orang Islam minum minuman keras itu.

"Kita juga tetap tidak mengeluarkan lesen untuk premis perjudian, kerana judi diharamkan oleh semua agama," katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti pembangkang mahu kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan membuktikan tidak mengeluarkan lesen judi dan arak di negeri itu.

- Bernama

#4#

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut Dzulkefly sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka. Kali terakhir, kejadian seumpama itu berlaku pada 2001 apabila DAP meninggalkan pakatan Barisan Alternatif .

Katanya, pemimpin Pakatan sepatutnya menggunakan rangka kerja polisi umum (CPF) yang digubal pada Disember lalu sebagai panduan.

"Pakatan harus faham apa yang perlu mereka dilakukan dalam politik campuran kerana setiap parti mesti mendukung polisi dan objektif umum yang sama,” kata Dzulkefly, yang juga adalah anggota urusetia kepimpinan Pakatan ketika dihubungi.

"Dalam Pakatan, kita mempunyai alasan yang lebih daripada mencukupi untuk merangka polisi umum yang dapat diterima semua pihak.”

Sejarah mungkin berulang?

Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.

Dzulkefly berkata pemimpin Pakatan mesti belajar dari sejarah dan mengelakkan pergeseran yang mungkin memecah-belahkan mereka sekali lagi.

Katanya, sekutu Pakatan - PAS, DAP dan PKR perlu fokus terhadap rangka polisi umum (CPF) dan matlamat mereka untuk pilihan raya umum akan datang, di samping menghormati ideologi masing-masing.

Dzulkefly menggesa rakan-rakan parti lain supaya menerima hakikat bahawa PAS adalah “parti Islam demokratik” yang beroperasi dalam rangka kerja demokrasi.

"PAS pula mesti fahami bahawa apa yang kami lakukan, kita mesti lakukan dengan mandat orang ramai. Kita tidak boleh paksa orang ramai terima Islam. Ini akan timbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan bukan Islam dan ada kalanya orang Islam sendiri.”

Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan.

Bertelagah sampai kiamat

"Bagi pilihan raya ke-13, agenda ini bukannya relevan kerana kita bukan berlawan sesama sendiri. Selagi BN mengeksploitasi dikotomi ini, ia menjadi tumit Achilles bagi Pakatan.

"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.”

Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, baru-baru ini sekali lagi bertikam lidah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan jika ditakdirkan Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan.

Menurut Nik Aziz undang-undang Islam diperlukan bagi membanteras gejala sosial, tetapi Karpal dan Lim bertegas, perlembagaan Malaysia menentukan bahawa negara ini akan ditadbir oleh undang-undang dan konvensyen sekular.

#########################################################

Inilah pertelingkahan yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Kita semua maklum bahawa DAP sering mengeluarkan kenyataan membantah Malaysia sebagai sebuah negara Islam. PAS jelas diperbodoh-bodohkan oleh rakan mereka didalam Pakatan Rakyat.

Malangnya, PAS seakan merelakan perjuangan mereka dipersendakan. Mursyidul Am PAS, Nik Aziz patut menyedari perjuangan mereka tidak direstui oleh DAP maupun PKR. PAS sepatutnya berjuang bersama UMNO dalam memartabatkan Islam di Malaysia. Namun setiap kali perpaduan antara PAS & UMNO dibangkitkan, Nik Aziz adalah individu pertama yang bangun menentang. Beliau mengeluarkan pelbagai kenyataan menghina UMNO dan beliau lebih rela bersama-sama DAP demi perjuangan politik yang akhirnya memecahbelahkan Melayu serta Islam.


Isnin, 28 Jun 2010

27 JUN 2010: SEHARIAN BERSAMA PROGRAM KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR SALAK

Hari ini YPS seharian mengikuti aktiviti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak seperti yang telah dijadualkan.

:: PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SERI MAHARAJA LELA Kg GAJAH ::

Bersama warga PIBG ber'aerobikthon' di hadapan Dewan Sekolah SMKDSML.


Bermula jam 9.00 pagi Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun akan menggantikan YB Dato' Zainol Fadzi B. Paharuddin, ADUN SUNGAI MANIK merasmikan Program Perasmian Penutup Perkhemahan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela Kg Gajah.

Ketibaan Saudara Khairul Azwan dinantikan bagi memulakan Program Aerobikthon yang berlangsung selama 1jam tanpa henti bersama-sama warga PIBG dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan perkhemahan sehingga jam 10 pagi. Setelah selesai program Aerobikthon, Saudara Khairul Azwan diiringi masuk ke dalam Dewan Besar bagi menyempurnakan acara Perasmian Penutup Perkhemahan SMKDSML.

Dalam ucapan beliau, Saudara Khairul Azwan memberi suntikan semangat kepada para pelajar betapa pentingnya pendidikan bagi menjamin kerjaya dan kehidupan masa depan. Bahasa Inggeris antara subjek penting yang perlu diberi penekanan terutamanya apabila pelajar menjejak kaki ke universiti tempatan mahupun di luar negara.

Ibubapa turut memainkan peranan penting supaya anak-anak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mereka boleh menyediakan atau membeli surat khabar dan majalah pendidikan berbahasa Inggeris di rumah. Pelajar boleh meminta ibubapa membelikan mereka surat khabar seperti The Star sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ucapan Perasmian Penutup Program Perkhemahan SMKDSML.

Saudara Khairul Azwan akan memberi RM1000.00 bagi pelajar yang berjaya mendapat 'straight A' samada mereka yang mengambil peperiksaan PMR ataupun SPM. Imbuhan ini sebagai inisiatif bagi pelajar meningkatkan usaha mencapai keputusan yang cemerlang serta membanggakan. Segalanya tidak mustahil seandainya pelajar berusaha bersungguh-sungguh disamping memanjat doa terhadap Yang Maha Kuasa.

Dalam ucapan penutup, beliau meluluskan sedikit peruntukan dari Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak bagi membiayai baju batik Kumpulan Rebana SMKDSML. Permohonan baikpulih serta naiktaraf akan beliau panjangkan kepada YB Dato' Zainol Padzi B. Paharuddin untuk perhatian YB.
Menyampaikan hadiah serta sijil kepada peserta perkhemahan yang berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan.

Puan Pengetua menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih bagi pihak PIBG SMKDSML.



:: MENGHADIRI KENDURI KAHWIN DI CAWANGAN LADANG BAHARU ::

Selesai program di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, YPS bersama Saudara Zulkipli Zakaria mengiringi Khairul Azwan menghadiri Majlis Kenduri Kahwin anak Ketua UMNO Cawangan Ladang Baharu di Zon Anak Sungai.

:: MAKAN TENGAHARI BERSAMA KETUA_KETUA PEMUDA CAWANGAN ZON ANAK SUNGAI di GULAM RASUL SG RANGGAM ::

Khairul Azwan tiba di Restoran Gulam Rasul Sg Ranggam jam 1.30 petang. Ramai yang tidak dapat hadir kerana ada yang terpaksa menghadiri kenduri kahwin serta sibuk berada di luar kawasan atas urusan kerja. Berada di Gulam Rasul sehingga jam 3.30 ptg.

:: MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA PIALA KETUA UMNO BHGN PASIR SALAK DI PADANG KG GAJAH ::

Jam 5.00 petang perlawanan bolasepak Liga Piala Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dimulakan. Pasukan WIRA dari Zon Kg Gajah Kanan menentang Pasukan EXORA dari Zon Kg Gajah Kanan. Perlawanan berlangsung sehingga jam 6.45 petang dengan keputusan Pasukan EXORA mengalahkan Pasukan WIRA dengan jaringan 2 berbalas 1. 


Rabu, 23 Jun 2010

ISU BIASISWA JPA

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong yang mempertikai dan menyentuh soal pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Bumiputera berikutan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menghentikan secara berperingkat-peringkat pemberian biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara mulai tahun depan merupakan kenyataan biadap.

Jelas beliau tidak menghormati hak-hak bumiputera dan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui oleh semua kaum. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan jaminan pelajar-pelajar Melayu mendapat biasiswa berdasarkan kedudukan ekonomi orang Melayu pada hari ini amat menuntut kerajaan meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar Melayu. Biasiswa MARA juga melibatkan soal hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara

YPS menuntut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan Malaysia meneruskan pemberian biasiswa JPA bagi memastikan pelajar-pelajar khususnya pelajar Melayu mendapat pendidikan berkualiti dari universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia. Pemberhentian tersebut akan menambah jurang perbezaan cerdik pandai kaum Melayu berbanding dengan kaum lain.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..