Ahad, 4 Januari 2015

#BanjirMove: @azwanbro #RedahBanjir Edar 200 Beg Bahan Asas Makanan & 3000 Buah Epal Sumbangan #YTPS #DUNKgGajah @ZainolFadzi #AidDrop





Seperti yang kita sedia maklum, banjir yang melanda negeri Perak kali ini merupakan banjir yang paling buruk dan menjejaskan banyak penempatan penduduk di sepanjang tebing Sungai Perak termasuk Kampung Gajah.

Ribuan mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan oleh kerajaan dibawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun, disebalik jumlah besar mereka yang dipindahkan, masih ramai mangsa banjir yang menolak tawaran untuk berpindah ke pusat-pusat pemindahan khususnya mereka yang memiliki kediaman tingkat atas yang tidak dinaiki air.

Mereka yang berdegil untuk menginap di rumah masing-masing di kawasan terjejas banjir ini terpaksa menanggung pelbagai risiko, samada kehabisan bekalan makanan mahupun rawatan kesihatan apabila kawasan tersebut terputus hubungan akibat jalanraya ditenggelami arus deras serta tiada liputan rangkaian telefon.

Prihatin dan bimbang dengan nasib mereka, Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) melancarkan misi bantuan banjir khusus untuk mangsa banjir yang tidak berpindah sekitar DUn Kg Gajah, Khamis lalu.

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun bersama sukarelawan Squad Banjir YTPS sanggup meredah air untuk mengunjungi rumah mangsa dengan tujuan memastikan mereka berada didalam keadaan baik dan sihat seterusnya menyampaikan bantuan bekalan makanan.

Antara kampung yang sempat dikunjungi adalah Teluk Memali, Pulau Besar, Pulau Juar, Pulau gajah, Kampung Teluk, Bendang Besar dan Selat Pulau.

YTPS memperuntukan 200 beg berisi beras, gula, minyak masak, biskut, teh, kopi, sardin, lilin dan susu. Selain itu, 3000 buah epal untuk diberi kepada mangsa banjir termasuk mereka yang menginap di pusat pemindahan.

Azwan yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama sukarelawan YTPS turut berkesempatan menziarahi 2 pusat pemindahan iaitu PPS SK Dato' Yahaya Subban dan PPS Pusat Latihan UiTM Sg Galah, Kampung Gajah.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Yahaya Subban, Chenderong Balai menempatkan 222 orang dari 56 keluarga mangsa banjir terdiri dari penduduk Kampung Permatang Pelanduk dan Pulau Besar.

Manakala PPS Pusat Latihan UiTM, Sungai Galah menempatkan 954 orang dari 240 keluarga mangsa banjir sekitar kawasan Kampung Gajah.

Dalam kunjungan kedua-dua pusat pemindahan tersebut, selain menyantuni mangsa-mangsa banjir beliau turut menyerahkan selimut dan buah epal sumbangan YTPS kepada pihak penyelaras untuk diagihkan kepada mangsa di pusat berkenaan.

Sebelum ini, Penaung YTPS YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin dan Timbalan Pengerusinya Ramelle Ashram Tan Sri Ramli secara berasingan turut mengedarkan bantuan kepada mangsa banjir kepada penduduk Kg Pulau Tiga Kanan serta Kg Pasir Salak. Baca di SINI.


Jumaat, 2 Januari 2015

Perutusan Tahun Baru 2015 #NKPUM @Azwanbro #PemudaUMNO #YTPS #NewYear2015


Mengimbau perjalanan 2014,

Kita diduga dengan pelbagai bentuk cabaran yang menduga keharmonian negara tercinta ini.

Hari demi hari hadir individu yang tidak bertanggungjawab semakin lantang meninggalkan pegangan Rukun Negara dan secara terang-terangan menyuarakan tentangan terhadap kepimpinan kerajaan & Sistem Beraja di Negara ini tanpa asas serta bermotifkan hasutan.

Sorotan kisah Ali Abd Jalil, Alvin Tan & beberapa ahli politik yang disabitkan bawah akta hasutan secara tidak langsung mencemarkan perjalanan politik demokrasi di negara ini. Ini bukan budaya progressif & membina.

Sebagai barisan kepimpinan, tidak kira dari mana pihak sekalipun seharusnya melaksanakan tugas kepimpinan kepada rakyat dan bukannya hanya lantang memprovokasi tanpa usul periksa. Kita seharusnya membina kendiri budaya keharmonian melalui kepimpinan & bukannya memecah-belahkan keadaan.

Tanggungjawab sebagai seorang rakyat juga, wajib berlandaskan agama & rukun negara, jangan ditinggalkan pegangan ini kerana ia dibina di atas landasan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang hanya mahu melihat masa depan negaranya yang lebih harmoni.

Mari kita mulakan 2015 dengan doa untuk kesejahteraan negeri-negeri yang ditimpa bencana, keluarga-keluarga yang kehilangan orang tersayang dan untuk kesejahteraan negara kita yang tercinta.

Kurang provokasi & imarahkan keharmonian.

Selamat Tahun Baru 2015  

Rabu, 31 Disember 2014

Pemuda Lemas Ketika Menjala Ikan Di Pulau Tiga #Banjir2014 #TohPadukaRaja



Hasrat empat orang anak muda untuk menjala ikan di satu saliran air di Ladang Sawit FELCRA Toh Paduka Raja terbantut apabila salah seorang dari mereka tergelincir dan tenggelam ketika cuba menyeberangi arus deras saliran tersebut.

Menurut rakan-rakan yang menyaksikan kejadian tersebut, Md Haris Johari, 20, cuba berenang untuk ke seberang saliran, namun gagal melawan arus yang mengalir deras lalu terjatuh dan dipercayai lemas pada jam 10 pagi tadi.


Arus deras yang mengalir melimpahi jalan ladang ini kesan dari limpahan air sungai yang membanjiri kawasan Kampung Pulau Tiga.
"Saya dah halang dia dari berenang ke seberang kerana air laju, tapi dia tidak hiraukan pesanan saya malah dia hulurkan tangan untuk mengajak saya berenang bersamanya.

Rakan mangsa, Hakim, 17 tahun.
Tiba di tengah saliran, saya lihat dia gagal melawan arus lalu terjatuh dan beliau timbul sekali sebelum tenggelam terus, " kata Hakim Yahya, 17 tahun.

Beliau berkejar ke rumah bapa mangsa di Padang Gertak untuk melapurkan kejadian tersebut.

Bapa mangsa, Johari Basir berkata, sebelum kejadian beliau cuba menghalang hasrat anaknya untuk menjala ikan di kawasan tersebut memandangkan air sedang naik dan mengalir deras.

Bagaimanapun, beliau menerima kejadian tersebut dengan redha dan berharap agar anaknya segera ditemui.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPD Perak Tengah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Seri Iskandar bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima laporan kejadian tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, mangsa masih belum ditemui namun pihak JBPM dan penduduk kampung masih menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Selasa, 30 Disember 2014

#QZ8501: Anggota SAR Temui Mayat Membengkak Terapung Di Selat Karamita


Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.

Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.

"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Tri di sini, sebentar tadi. - Kompas.com

Ucapan TAKZIAH dari YPS buat keluarga mangsa. 

Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Moga mereka ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

#YayasanTransformasiPasirSalak Turut Hulur Bantuan Kpd Mangsa Banjir @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Azwanbro @zainolfadzi #YTPS #Pray4KgGajah



Kampung Gajah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak Khamis minggu lalu. 

Hampir 2000 mangsa telah dipindahkan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di DUN Kampung Gajah, dan terbaru sebuah PPS turut dibuka di SK Datuk Yahya Suban bagi menampung mangsa banjir di DUN Sungai Manik.

Selain Pusat Latihan UiTM Sg Galah dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak, mangsa-mangsa banjir ditempatkan di Pusat Latihan FELCRA, Seberang Perak.

Kesemua mangsa yang berada di PPS Dewan Millenium dan SK Dato' Sagor telah dipindahkan ke Pusat Latihan UiTM dan MRSM akibat kedua-dua PPS telah dinaiki air.

Pihak Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir yang dianggap paling buruk pernah melanda Kampung Gajah.

Penaung YTPS, Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin bersama dengan Squad Banjir YTPS melawat kawasan-kawasan yang terjejas sekitar DUN Kampung Gajah sambil manyampaikan bantuan kepada ketua-ketua kampung bagi diagihkan kepada penduduk yang tidak berpindah ke PPS, selepas solat Maghrib malam semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan orangramai yang berjaya dikumpulkan oleh Kelab Belia Langkap kepada Pusat Pemindahan Sementara yang memerlukan.

Dato' Zainol yang juga ADUN Kawasan Sungai Manik sentiasa memantau keadaan mangsa-mangsa PPS Datuk Yahya Suban yang menempatkan penduduk Kg Permatang Pelanduk yang turut dinaiki air. 

Pada keesokan harinya, Timbalan Pengerusi YTPS Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli bersama dengan Squad Banjir YTPS menaiki bot serta meredah air banjir bagi menyampaikan bantuan makanan dari rumah ke rumah.

Squad Banjir YTPS dengan kerjasama NMC Transportation & Towing Services juga menyediakan perkhidmatan pindah barang dan menunda kenderaan penduduk yang rosak akibat bencana ini.

Selain menyampaikan bantuan makanan, pihak YTPS turut merangka beberapa bantuan yang perlu bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir khususnya di Parlimen Pasir Salak.

Sehingga kesaat artikel ini ditulis, limpahan air Sungai Perak yang menjadi punca banjir masih kekal melebihi paras bahaya iaitu 7.00m.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..