Sabtu, 31 Januari 2015

#NKPUM @Azwanbro Saran Kerajaan Perkenal Anugerah Khas Utk Pengeluar Turunkan Harga @NajibRazak @DatoHasanMalek @KhairyKJ @ZambryAbdKadir #KPDNKK


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun kelihatan bersungguh-sungguh mahu pihak pengeluar, pembekal dan pemborong menurunkan harga barangan seiring dengan penurunan harga bahan api.

Hari ini, beliau sekali lagi dilihat memuatnaik status twitter mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan anugerah khas kepada mana-mana pemborong, pembekal dan pengeluar yang bersetuju untuk menurunkan barangan keluaran mereka dengan kadar segera.

“Mungkinkah kerajaan perlu buat anugerah khas untuk pembekal, pemborong dan pengeluar agar mereka turunkan harga segera. #degil, ” katanya di twitter milik beliau.

Anugerah khas tersebut menurut Azwan sebagai satu galakan kepada pembekal, pemborong dan pengeluar yang masih berdegil untuk menurunkan harga.

Cadangan yang dikemukakan oleh Azwan ini juga dilihat seiring dengan saranan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar rakyat negara ini berbelanja dan membeli barangan buatan Malaysia.

"Dengan membeli produk buatan Malaysia, kita dapat mengurangkan aliran wang ke luar negara dan pada masa yang sama merangsang pembangunan industri tempatan," kata Perdana Menteri dalam rakaman siaran audio di laman http://www.najibrazak.com, semalam.

Rakaman audio itu boleh diikuti menerusi http://bit.ly/1ESJmp3.



Semalam, Azwan melalui laman twitter miliknya, telah memuatnaik status menggesa pihak pembekal, pemborong dan pengeluar prihatin dengan penderitaan rakyat dengan menurunkan harga barangan. Baca DI SINI.

Pihak yang terbabit, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu meneliti cadangan Azwan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia ini.

Selain KPDNKK, pihak kerajaan negeri juga boleh memainkan peranan mencari alternatif agar golongan pembekal, pemborong dan pengeluar dapat menurunkan harga bagi membantu meringankan kenaikan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.


Jumaat, 30 Januari 2015

#NKPUM @Azwanbro Gesa Peniaga Prihatin Nasib Rakyat, Turunkan Harga Barangan @NajibRazak @DatoHasanMalek @KhairyKJ


Harga RON 95 dan diesel bagi bulan Februari dijangka akan turun lagi seiring dengan penurunan harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun menggesa para pengeluar, pembekal dan pemborong agar menurunkan harga barangan, berikutan penurunan harga bahan api tersebut.

Gesaan tersebut dinyatakan melalui muatnaik status twitter milik beliau petang tadi.

"Esok, harga runcit minyak dijangka turun lagi. Untuk pemborong, pembekal dan pengeluar bila lagi?

Tambah beliau, pengeluar, pembekal dan pemborong perlu prihatin dengan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Bermula 1 Disember 2014 kerajaan memutuskan untuk menamatkan pemberian subsidi bagi RON 95, RON 97 dan Diesel seterusnya melaksanakan kaedah sistem apungan terurus bagi menentukan harga bahan api tersebut.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada hari terakhir bulan Januari 2015 untuk harga runcit terkini minyak di Malaysia untuk bulan Februari 2015.

Harga bulan Jan 2015.

RON95  - RM1.91 sen seliter
RON97  - RM2.11 sen seliter
Diesel - RM1.93 sen seliter

Isnin, 26 Januari 2015

YTPS Hulur Bantuan Beg Sekolah Kpd 1000 Murid Parlimen #PasirSalak - @Azwanbro @ZainolFadzi @ZambryAbdKadir



Dalam usaha untuk mengurangkan beban ibu bapa dalam mempersiapkan kelengkapan anak-anak memulakan sesi persekolahan baharu, Yayasan Transformasi Pasir Salak telah mengadakan Program Kembali Ke Sekolah 2015 melibatkan 1,000 murid di Parlimen Pasir Salak.

Menerusi program itu, YTPS menyumbangkan 1000 beg sekolah kepada murid-murid mengikut pecahan zon di kawasan Parlimen Pasir Salak.

Sebanyak 300 beg sekolah disumbangkan kepada 2 Zon (Sungai Manik dan Labu Kubong) di DUN Sungai Manik sementara 700 beg lagi disumbangkan kepada murid-murid yang bersekolah di Zon Kampung Gajah dan Anak Sungai bagi DUN Kampung Gajah.

Pengerusi YTPS Khairul Azwan Harun berkata, program itu dilaksanakan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga murid terbabit dalam menampung kos persekolahan anak-anak mereka.

Beliau berkata, program itu sebagai tanda keprihatinan YTPS kepada penduduk di Parlimen Pasir Salak khususnya kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Sesuai dengan matlamat penubuhan YTPS, peranan dan tanggungjawab kami adalah untuk menjadi pelengkap kepada wakil-wakil rakyat dalam membela nasib rakyat di kawasan Parlimen Pasir Salak.

“Kewujudan YTPS bukan untuk menyaingi mana-mana pihak samada wakil rakyat DUN mahupun Parlimen malah YTPS menyokong penuh kepimpinan mereka

Azwan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sedar akan peranan wakil rakyat sedia ada adalah besar, justeru beliau bersama YB Dato' Zainol Fadzi dan Ramelle Ashram Tan Sri Ramli menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan.

Menurutnya lagi, YTPS diilhamkan sendiri penubuhannya oleh ADUN Sg Manik YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin selaku Penasihat dan Penaung YTPS.

Selaku wakil rakyat, Dato' Zainol mengakui yang ada ketikanya, permohonan penduduk di kawasan beliau melebihi peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

"Untuk membantu memenuhi kehendak dan keperluan rakyat khususnya di Parlimen Pasir Salak maka kami menubuhkan sebuah yayasan yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia(ROS) dinamakan Yayasan Transformasi Pasir Salak,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di Dewan Orang Ramai, Sungai Lampam, semalam.

Majlis penyerahan beg sekolah ini merupakan program ketiga diadakan, kerana pada minggu lalu YTPS telah menyempurnakan 2 majlis penyerahan beg kepada 300 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Balun Bidai dan SK Pasir Panjang Ulu, Kg Gajah.

"Program ini adalah program ketiga dianjurkan oleh YTPS bertujuan meringankan beban ibubapa yang kurang berkemampuan terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir dan akan diteruskan pada masa akan datang," ujarnya.

Hadir sama dan turut sama menyampaikan sumbangan kepada pelajar adalah YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin dan Timbalan Pengerusi YTPS Ramelle Ashram Tan Sri Ramli.

Klik SINI untuk foto program di atas.

Jangan Campur Aduk Hak Mendidik Anak Dgn Hak Asasi Manusia - Tegas @Azwanbro @hjhrohanikarim @NajibRazak

 

“Sayangkan anak, tangan-tangankan. Dah tak relevankah kiasan Melayu ini?

Demikian tweet Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun dalam isu penggubalan undang-undang baharu yang dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Dalam twitter yang sama, Azwan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengingatkan pihak tertentu agar tidak mencampur aduk hak mendidik anak-anak dengan hak asasi manusia yang melampau.

"Jangan campur adukkan hak mendidik anak-anak dengan hak asasi manusia yang terlampau," tegas Azwan.

Datuk Seri Rohani dalam satu sidang media selepas menghadiri Santai Kopi O anjuran Komuniti Perhubungan Wanita 1Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, semalam.

Menurut beliau, akta baharu yang dalam proses akhir penggubalan itu akan diteliti oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentang untuk kelulusan sidang Dewan Rakyat, Julai depan.


Jika diluluskan, akta tersebut bakal menggantikan akta sedia ada (Akta Kanak-Kanak 2001) yang akan mengklasifikasikan merotan anak sebagai satu kesalahan JENAYAH.


Akta Kanak-Kanak 2001 sedia ada sebenarnya telah memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda sehingga RM20,000.00 jika disabit kesalahan, dibawah Seksyen 31 dan 33.


Antara alasan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Rohani adalah negara telah menandatangani dan perlu akur dengan perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Sebagai seorang anak dan ayah, YPS juga merasa terpanggil untuk turut mengecam tindakan menteri wanita ini.

YPS tidak melihat isu ini sebagai peluang pembangkang menghentam kerajaan. Itu berkaitan dengan kepentingan politik.


Bagi YPS, isu ini melibatkan kepentingan masa depan negara, generasi muda hari ini bakal mengisi barisan kepimpinan akan datang dan ianya bergantung bagaimana cara kita mendidik mereka.


Perlukah kita tunduk dengan kehendak CRC tanpa mengambilkira tanggungjawab serta peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Rasulullah ï·º bersabda, maksudnya; 

“Perintahkan anak-anakmu supaya mendirikan solat bermula pada usia mereka tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya enggan bersolat setelah berumur 10 tahun” (Riwayat Abu Daud)



Ahad, 25 Januari 2015

TheBosGaurus, #UPSI & #IPG Sertai #TransformasiPascaBanjir #YTPS di Kg Gajah @azwanbro @ZambryAbdKadir @Pafanews


[KEMASKINI] - Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) buat kali keduanya meneruskan program Transformasi Pasca Banjir dengan bertindak menghantar pasukan sukarelawan mereka untuk membantu mangsa-mangsa banjir membersih kesan lumpur di beberapa premis kediaman serta bangunan Masjid, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Surau di Kg Pulau Besar, Kampung Gajah, semalam.



Pengerusinya Khairul Azwan Harun berkata, YTPS bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir dan atas rasa keprihatinan, program Transformasi Pasca Banjir diteruskan bagi meringankan beban mereka.



"Untuk program Transformasi Pasca Banjir kali ini, YTPS bekerjasama dengan pemain-pemain bola sepak Liga Super negeri Perak serta sukarelawan dari UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan IPG (Institut Pendidikan Guru) Kampus Ipoh.

Selain itu, program pasca banjir anjuran YTPS ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Lembaga Air Perak (LAP).



Pihak Bomba menyediakan 2 buah jentera dan anggota mereka, manakala LAP menyediakan 2 tangki air bersih bagi melicinkan kerja-kerja pembersihan.

Sebagai hos program, YTPS memecahkan sukarelawan kepada beberapa kumpulan agar lebih banyak premis dapat dibersihkan untuk program sehari itu.

Selain itu, pihak YTPS turut menyediakan makan tengahari kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.



Hadir sama, Pengerus. Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin, Timbalan Pengerusi YTPS Ramelle Ashram Tan Sri Ramli dan Jurulatih The Bos Gaurus Dato M. Karathu.

Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ramli Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Besar kerana membenarkan YTPS mengadakan program pasca banjir di kampung berkenaan.

"Selaku Pengerusi YTPS, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato M. Karathu serta pemain-pemain bolasepak The Bos Gaurus, sukarelawan UPSI dan IPG, pihak BOMBA dan LAP kerana membantu menjayakan program pasca banjir kali ini," ujar Azwan.

Pada Sabtu minggu lalu, sukarelawan YTPS turun padang membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Ulu yang memulakan penggal pertama persekolahan setelah ditangguhkan selama seminggu akibat banjir.

YTPS turut memberi sumbangan beg sekolah serta set alat tulis kepada 150 murid-murid sekolah tersebut bagi meringankan beban ibubapa mereka. Baca Di SINI.


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..