Sabtu, 4 Oktober 2014

AL FATIHAH: Bonda @HishammuddinH2O Kembali Ke Rahmatullah


Bonda kepada Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tun Suhailah Mohamed Noah, 82, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Damansara pada pukul 12.30 pagi tadi.

Allahyarhamah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediaman Hishammuddin di Changkat Tuanku di sini sebelum disolat dan dikebumikan di Masjid Negara tengah hari nanti.

Admin mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yg beriman. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..