Ahad, 12 Oktober 2014

#YayasanTransformasiPasirSalak Doa Kejayaan Calon-Calon #PT3 Seluruh Tanahair @ZainolFadzi @Azwanbro #JustDoIt #GoodLuck4PT3 #TryYourBest


YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin, Khairul Azwan Harun serta Ramelle Ashram Tan Sri Ramli selaku kepimpinan muda yang menerajui Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) telah memainkan peranan yg baik dalam usaha memberi suntikan semangat kpd 1,123 calon-calon #PT32014 di Parlimen Pasir Salak.


Penganjuran Program Motivasi & Sumbangan Alat Tulis oleh YTPS untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan adalah merupakan program pertama seumpamanya yg diadakan di Parlimen Pasir Salak bagi memberi semangat dan galakan kepada anak-anak tersebut.

Seramai 1,123 calon-calon PT3 melibatkan 8 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) termasuk sebuah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang berada di dalam kawasan Parlimen Pasir Salak hadir ke program tersebut serta menerima sumbangan berupa kelengkapan alat tulis.

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah serta pengetua sekolah terbabit memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya terhadap program anjuran YTPS.


Buktinya, Encik Izamuddin Ismail, Pen PPD Korikulum Kemanusian Perak Tengah turut hadir selaku penceramah motivasi kepada 330 calon PT3 di Dewan SMK Dato' Seri Maharaja Lela, Kg Gajah, semalam.

YPS sempat berbual dengan beberapa orang pelajar yang mengikuti program tersebut. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka apabila ada pemimpin muda yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama berkongsi kisah kejayaan dan memberi suntikan semangat untuk mereka berjaya.

"Selama ini kami cuma membaca dan mendengar kisah Ramelle dan 'azwanbro' (Khairul Azwan) di akhbar serta media sosial. Tak sangka deme (mereka) sanggup datang ke sekolah kami dan memberi kami semangat.

"Kami seronok mendengar kisah bagaimana mereka berjaya dan kami akan berusaha untuk berjaya seperti mereka, In Shaa Allah," kata Zaidi, pelajar Tingkatan 3 SMK Changkat Lada.


Dalam ceramah motivasinya di SMK Sungai Ranggam, Ramelle sempat bertanya kepada pelajar apakah universiti pilihan mereka.

Dalam riuh rendah mereka menyebut universiti pilihan masing-masing, terdengar salah seorang dari mereka menyebut OXFORD.

Ramelle serta kami yang mengikuti program tersebut kagum dengan cita-cita dan impian pelajar lelaki tersebut.

"Okay, saya menyokong cita-cita dan impian kamu. Pastikan kamu belajar bersungguh-sungguh untuk memasuki universiti ternama tersebut," kata Ramelle.

YB Dato' Zainol, Azwan dan Ramelle melalui pendekatan cara mereka menyampaikan motivasi dilihat berjaya memecahkan benteng diantara pelajar-pelajar peringkat menengah dan pemimpin.

Kita mengharapkan dengan pendekatan sebegini, mereka akan lebih bersemangat untuk belajar dan mencapai kejayaan seperti yang diimpikan oleh setiap ibubapa seterusnya menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.

Realitinya disini, apa yang dilakukan oleh YTPS melalui Sekretariat Pembangunan Modal Insannya patut diberi pujian dan menjadi contoh kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Tidak dapat dinafikan, ada segelintir pihak melalui komen-komen di facebook memandang remeh pendekatan baru yang dibawa oleh YTPS dengan memperkecilkan sumbangan alat tulis yang diberikan.

Namun, terpulang kepada persepsi masing-masing. 

Apa yang diluahkan oleh beberapa orang pelajar yang mengikuti program tersebut, sumbangan kecil YTPS amat bermakna bagi mereka.

Kepada seluruh pelajar-pelajar Tingkatan 3 di seluruh Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PT3 bermula pagi esok, YAYASAN TRANSFORMASI PASIR SALAK mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 - LAKUKAN YANG TERBAIK dan kami mendoakan SEMOGA KALIAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..