Selasa, 25 November 2014

#PAU2014: AktaHasutan Wajar Dikekalkan Dgn Penambahbaikan - Tan Sri @MuhyiddinYassin @NajibRazak @azwanbro



Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Akta Hasutan wajar dikekalkan disamping beberapa penambahbaikan termasuk peruntukan khas dalam membela beberapa akta perlembangaan yang lain.

“Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan”, ujarnya ketika berucap dalam majlis perasmian serentak sayap parti UMNO di Dewan Merdeka PWTC, di sini malam tadi.

Peruntukan khas tersebut termasuklah  kedudukan tanah rezab Melayu dan Regimen Askar Melayu DiRaja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut.

"Akta hasutan tidak boleh dilihat hanya membela orang melayu semata-mata akan tetapi membela hak-hak semua kaum dalam memastikan perpaduan terpelihara dan keharmonian nasional dijaga," katanya.

Ucapan beliau pastinya melegakan rakyat yang menyokong agar Akta Hasutan dikekalkan demi menjaga beberapa perkara yang diperuntukan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..