Selasa, 6 Januari 2015

Jelajah Bantuan #PascaBanjir #PemudaUMNO di Kelantan @azwanbro @KhairyKJ @PPUMOnline @pendangjr #BanjirMove

Azwan, Datuk Ismail Shahlan serta Ustaz Fathul Bari mengaminkan doa memohon kelancaran program bantuan pasca banjir Pemuda UMNO di Kelantan.
Program Jelajah Bantuan Pasca Banjir Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) kebeberapa kawasan yang terjejas banjir di Kelantan berjalan lancar.


Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun memulakan program awal pagi ini dengan merasmikan pelancaran skuad 3B (Bantu Bencana Banjir) Pemuda UMNO Kelantan di Kem Kijang, Pengkalan Chepa.

Selesai majlis pelancaran, Azwan bersama pasukan sukarelawan yang menyertai operasi tersebut bergerak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau untuk kerja-kerja pembersihan sekolah tersebut yang terjejas akibat banjir.

Selain bergotong-royong membantu membersihkan kawasan sekolah, Azwan dalam kunjungannya turut menyampaikan sumbangan bahan asas makanan serta bantuan berupa set alat tulis kepada Guru Besar SK Merbau untuk diedarkan kepada murid-murid yang akan memulakan persekolahan penggal pertama 2015, Isnin Ahad depan.

Hadir sama, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail, Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Mohamad Azan Ismail.

Azwan dan sukarelawan PPUM tiba di Gua Musang, Kelantan jam 9.30 malam dan terus berkunjung ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tengku Indra Petra bagi menziarahi mangsa-mangsa banjir yang masih bernaung di pusat tersebut. Lihat di SINI.

Jelajah Bantuan Pasca Banjir ini akan diteruskan ke negeri lain yang turut terjejas akibat banjir yang melanda negara kita.

Azwan dan sukarelawan telah berada di Pahang Darul Makmur untuk misi seterusnya.

Berita lanjut menyusul. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..