Jumaat, 22 April 2016

#ElNino: #PemudaUMNO Desak #TNB Tawar Rebat Khas 'One-Off', Bantu Ringan Beban Rakyat - @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi #TenagaNasionalBerhad


PRIHATIN dengan keperitan rakyat, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) tampil mendesak agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat khas bersifat 'one-off' kepada para pengguna bagi mengurangkan beban rakyat.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO prihatin tentang keperitan rakyat yang terpaksa membayar bil yang tinggi bagi penggunaan elektrik sepanjang musim cuaca panas melampau akibat dari fenomena El Nino.

Menurutnya, kerajaan sendiri terpaksa mengarahkan beberapa sekolah di utara semenanjung ditutup kerana bimbang dengan kesan cuaca panas tersebut terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat.
“Pemuda UMNO menganggap desakan ini adil kerana TNB tidak sepatutnya melihat kantung korporat semata-mata serta meraih keuntungan berlebihan ekoran kepanasan terik yang dideritai rakyat.

“Dalam situasi kepanasan ini, sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk.

“Sebarang cadangan penjimatan penggunaan tenaga adalah tidak sesuai kerana mustahil rakyat dapat berjimat menggunakan elektrik apabila keperluan itu sudah terdesak,” tegas Azwan dalam sati kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat PPUM, hari ini.

“Kita mendesak TNB untuk segera menghalusi formula dan kaedah rebat khas ini bagi kepentingan rakyat," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..