Selasa, 29 November 2016

#ExpoPemuda: Hampir 2000 Belia Memohon Pekerjaan - @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi #PAU2016

Azwan bergambar bersama YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang berkesempatan singgah di Expo Pemuda yang berlangsung selama 3 hari bermula 27 - 29 November 2016.
Hampir 2,000 belia telah memohon pekerjaan ketika Expo Pemuda 2016 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, yang memperuntukan 10,000 peluang pekerjaan dari pelbagai syarikat terbabit.

Expo anjuran Pemuda UMNO itu menyaksikan 170 orang telah disenarai pendek oleh beberapa syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran itu.

Pengarah Projek #ExpoPemuda itu, Khairul Azwan Harun yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, berkata acara itu diadakan untuk menyediakan platform bagi belia di negara ini mendapatkan pekerjaan.

Majlis perasmian penutup Expo Pemuda oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini, hari ini.

"Pemuda UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan kepentingan golongan belia dengan menawarkan penyelesaian, bukan perbincangan retorik kosong," katanya kepada media selepas majlis perasmian penutup expo yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Expo yang bermula Ahad lalu dan berakhir hari ini, telah diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu.

Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Jalil dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..