Ahad, 3 November 2013

#PRKSgLimau: TAKLIMAT KHAS FASA TERAKHIR KEMPEN PEMUDA BN OLEH @AzwanBro #BeraniHijrah

Menjelang tarikh pembuangan undi Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau yang telah ditetapkan esok, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian tengahari tadi di bilik gerakan pemuda UMNO Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut, Azwan menyampaikan taklimat khas berkaitan fasa terakhir kempen Jentera Pemuda BN di DUN Sungai Limau sehingga tamat tempoh berkempen pada jam 12 tengah malam ini.

Azwan yang telah berada di DUN Sungai Limau sejak seminggu yang lalu sentiasa turun padang selain menganjurkan beberapa program dalam usaha membantu kempen calon Barisan Nasional, Prof Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Pengalaman beliau sewaktu memimpin Jentera Pemuda BN Negeri Perak pada PRU ke 13 yang lalu digunakan sepenuhnya di medan Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau. 

Beberapa jam terakhir sebelum kempen tamat pada tengah malam ini, Azwan bersama Jentera Pemuda BN dilihat masih berusaha bertemu pengundi dan merayu sokongan mereka.

Azwan turut mengingatkan para pengundi DUN Sungai Limau agar keluar mengundi seawal mungkin dan jangan lupa membawa kad pengenalan diri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..