Sabtu, 28 Februari 2015

Kempen #JomDaftarPemuda Berjaya Tarik Lebih 8 Ribu Anak Muda - @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak #PeremajaanParti #PemudaUMNO


Pada 13 Februari lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melancarkan kempen #JomDaftarPemuda dalam usaha mereka menarik minat golongan muda menyertai sayap parti itu. 

Sejak dilancarkan sehingga semalam, lebih 8,000 anak muda telah mendaftar untuk menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun berkata, kempen yang digerakkan oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda itu turut mensasarkan sebanyak 120,000 anak muda menyertai sayap parti itu sebelum akhir tahun ini.

"Ini sejajar dengan hasrat Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin untuk menjadikan Pergerakan Pemuda lebih memahami denyut nadi anak muda dengan membuka seluas-luasnya ruang bagi mereka menyertai UMNO," katanya.

Azwanbro merasmikan pelancaran #JomDaftarPemuda peringkat negeri Pulau Pinang di Permatang Pauh, minggu lalu.
Tambah beliau lagi, Pemuda juga sudah menyegarkan jentera dengan kempen dan langkah proaktif pendaftaran ahli baru yang dijalankan secara besar-besaran.

"Kita ambil iktibar dari hasrat pemimpin akar umbi untuk melihat peremajaan di dalam parti.

"Dengan gerak kerja yang tersusun dan realistik termasuk jangkaan 9,000 ahli baru pada penghujung Februari ini, Biro Keahlian dan Daftar Pemilih yakin sasaran 120,000 ahli baru dapat dicapai menjelang penghujung tahun 2015," jelasnya.

Isu peremajaan adalah antara topik yang hangat pada Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Ia turut mendapat pelbagai respon positif di media sosial pada ketika itu.

Ramai yang menyambut baik cadangan itu terutama sekali dalam meremajakan pemikiran ahli UMNO dari semua generasi.

Sabtu, 21 Februari 2015

#PemudaUMNO Tegas Teruskan Siri Jelajah Nafikan Teori Kospirasi #LiwatII - @Azwanbro @NajibRazak #AKHI



Beberapa hari yang lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) menganjurkan satu forum yang menampilkan Ketua Pendakwaan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Forum Dialog Bersama Tan Sri Shafee tersebut selain berjaya menarik ramai hadirin termasuk beberapa VIP, YPS yakin ianya turut berjaya membuka mata banyak pihak yang selama ini terpengaruh dengan dakwaan konspirasi politik.

Dalam forum tersebut, Tan Sri Shafee menerangkan serba sedikit prosiding sepanjang perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang dan pembantu peribadinya, saiful Bukhari Azlan. (Lihat video di atas)

Forum tersebut turut disiarkan secara langsung (live streaming) di laman web AKHI.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tersebut turut mendapat kecaman segelintir pihak kerana menurut mereka perkara tersebut mendatangkan ulasan liar dari rakyat Malaysia.

Mereka turut menggesa agar Pemuda UMNO tidak meneruskan siri penerangan tersebut atas beberapa alasan.

Biarpun mendapat kecaman, Pemuda UMNO bertekad untuk meneruskan siri jelajah tersebut dengan mengadakan road show ke beberapa lokasi seluruh tanahair.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO akan tetap meneruskan jelajah tersebut bagi memberi penjelasan dan menafikan wujud konspirasi dalam kes liwat tersebut.

"Sekarang adalah masa yang tepat untuk Pemuda UMNO membuat penjelasan setelah 6 tahun kami berdiam diri kerana menghormati proses guaman dan kehakiman negara," tegas beliau ketika diminta mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu Pemuda UMNO tidak meneruskan jelajah tersebut.

YPS pun ada membaca beberapa status media sosial yang mengkritik tindakan Pemuda UMNO ini.

Seperti kata seorang rakan blogger, "Letih menjadi Pemuda UMNO ni".

Apabila Pemuda UMNO berdiam diri, pihak ini juga yang akan memuatnaik status di laman media sosial  mencela Pemuda UMNO.

Dan, apabila Pemuda UMNO berdiam diri tanpa melakukan sesuatu bagi menangkis fitnah dan tohmahan terhadap parti mereka, golongan ini sambil berbaring atau pun santai di kedai mamak memuatnaik status tidak berpuashati.


Itu pendapat yang dikeluarkan oleh rakan blogger di blognya.


Isnin, 16 Februari 2015

#YTPS Sumbang RM1K Kepada 10 Buah Sekolah Terjejas Banjir di #PasirSalak - @Azwanbro @ZainolFadzi @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Banjir yang melanda sebahagian besar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kg Gajah selama lebih dari 2 minggu meninggalkan pelbagai kesan dan trauma kepada penduduk di kawasan terbabit.

Biarpun kemusnahan akibat bencana tersebut tidak seperti yang berlaku di Kelantan namun sedikit sebanyak kesannya turut dirasai apabila banjir surut.

Selain menjejaskan kediaman penduduk, banjir terburuk yang pernah melanda Kampung Gajah itu turut menjejaskan beberapa sekolah.

Sebagai sebuah NGO yang prihatin, Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) menyerahkan sumbangan bernilai RM1000 kepada sepuluh buah sekolah yang terjejas teruk akibat ditenggelami air sepanjang musim banjir yang lalu.

10 buah sekolah yang tersenarai menerima sumbangan tersebut adalah;

1. SK Pasir Panjang Ulu
2. SK Pulau Juar
3. SK Bandar Tua
4. SK Tok Pelita
5. SK Pulau Tiga Kiri 
6. SK Tanjung Bidara
7. SK Raja Chulan 
8. SK Toh Paduka Raja
9. SMK Dato Seri Maharaja Lela
10.SMA Mahaad Ehyak Diniah Islamiah.

Cek disampaikan oleh Pengerusinya, Khairul Azwan Harun dan Timbalan Pengerusi Ramelle Ashram Tan Sri Ramli kepada pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat dalam satu 'Program Sejahtera Rakyat sempena Tahun Baru Cina' di Dewan MPTI, Langkap, semalam.

Menurut Azwan, sumbangan kecil YTPS tersebut bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam usaha mengembalikan keceriaan kawasan pembelajaran pelajar sekolah terbabit.

"Selama lebih dari 2 minggu kawasan sekolah ditenggelami air banjir, pastinya kebanyakan lanskap yang mencantikkan kawasan sekolah terbabit musnah.

"Untuk itu, YTPS menghulurkan sumbangan bagi tujuan membantu pihak sekolah memulihkan persekitaran agar warga pendidik dan pelajar kembali ceria untuk meneruskan sesi persekolahan selain melupakan trauma kesan banjir tersebut," katanya lagi.

Penaung YTPS YB Dato' Haji Zainol Fadzi dan Pengerusi Biro Pembangunan Modal YTPS Dr Norashid Bidin turut hadir di majlis penyerahan cek sumbangan.

Dalam program yang sama, YTPS turut memperuntukkan 500 beg kepada warga emas berketurunan Tiong Hua yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 19 Februari depan.

Ahad, 15 Februari 2015

#PemudaUMNO Siap Sedia, Saran BN Letak Calon Muda #PRKPermatangPauh - @Azwanbro @NajibRazak @KhairyKJ #PeremajaanParti

Yayasan Transformasi Pasir Salak menganjurkan Program 'Sejahtera Rakyat sempena Tahun Baru Cina di Dewan MPTI, Langkap.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia siap sedia menggerakkan jentera gerak gempurnya jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan kekosongan Parlimen Permatang Pauh berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun setelah rayuan terakhir atas dakwaan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya, 10 Februari lalu.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata, buat masa ini, Pemuda UMNO masih menanti pengumuman rasmi SPR serta keputusan Barisan Nasional samada untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.

"Apapun, kita (Pemuda UMNO) siap sedia melancarkan jentera kita jika Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk meletakkan calon bertanding pada PRK Parlimen Permatang Pauh di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Seperti pilihanraya sebelum ini, Pemuda UMNO memfokuskan gerak kerja kempen mendekati pengundi khususnya pengundi muda bagi memberi pemahaman dan penerangan berkaitan dasar-dasar yang telah dan akan kerajaan laksanakan untuk mereka.

Mengambilkira keputusan PRK Pengkalan Kubor dan PRK Parlimen Teluk Intan sebelum ini, majoriti BN meningkat dan kita akan meneruskan kempen secara sihat," katanya lagi.

Ditanya mengenai ciri-ciri calon PRK Parlimen Permatang Pauh, Pemuda UMNO berharap agar kepimpinan BN mempertaruhkan calon dari kalangan orang muda untuk bertanding di Parlimen tersebut.

"Saya ingin mencadangkan agar kepimpinan BN meletakkan calon dari kalangan pemimpin muda, kerana kita dapati 40 peratus pengundi berdaftar di Parlimen Permatang Pauh adalah pengundi muda dibawah usia 40 tahun.

Diminta mengulas mengenai PRK Dun Cempaka, Azwan menegaskan belia senada dengan Ketuanya YB Khairy Jamaluddin yang turut menyokong pendapat Pengerusi BN Kelantan Dato Seri Mustapha Mohammad agar BN tidak meletakkan calon di DUN tersebut.

"Kita tidak mahu PRK itu nanti akan mengakibatkan perpecahan yang berpotensi mengganggu gugat kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk memulih dan membangun semula kawasan yang musnah dilanda banjir," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Program Sejahtera Rakyat di Dewan MPTI, Langkap, pagi tadi.

Terdahulu, Azwan yang juga Pengerusi Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) menyampaikan sumbangan beg berisi bahan makanan kepada 500 warga emas berketurunan Tiong Hoa yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina 19 hb Februari nanti.

Program 'Sejahtera Rakyat sempena Tahun Baru Cina' tersebut dianjurkan oleh YTPS dengan kerjasama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) atas semangat 1Malaysia.

Azwan menyerahkan cek bernilai RM1000.00 kepada Guru Besar sekolah yang terjejas akibat banjir.
Dalam majlis yang sama, Azwan turut menyampaikan cek bernilai RM1000.00 sumbangan YTPS kepada 10 buah sekolah yang terjejas akibat banjir.

Program yang dihadiri lebih dari 500 masyarakat Tiong Hoa yang menetap di Parlimen Pasir Salak tersebut disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin
Penaung YTPS, Dato' Zainol menyampaikan penghargaan kepada Dato' Dr Keshvinder Singh yang turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata percuma di Dewan MPTI, Langkap sepanjang program Sejahtera Rakyat anjuran YTPS berlangsung.

Pihak penganjur turut menjemput agensi kerajaan seperti Kastam yang membuka gerai pameran bertujuan memberi penerangan kepada rakyat berkaitan GST selain gerai pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan dan pemeriksaan mata secara percuma.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS Ramelle Ashram Tan Sri Ramli, pemangku Pengerusi PGRM Perak Sdr Soo Kay Peng dan Pengerusi Persatuan Pembangunan Insan Sikh (PPIS) Dato' Dr Keshvinder Singh.

Khamis, 12 Februari 2015

#NKPUM @Azwanbro Selar Kenyataan AS Pertikai Keputusan Kes Liwat @AnwarIbrahim @NajibRazak @KhairyKJ

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyelar tindakan kerajaan Amerika Syarikat mempertikaikan keputusan kes Liwat Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan tindakan AS tersebut ibarat menjaga tepi kain negara lain.

Menurutnya, sistem kehakiman negara tersebut lebih layak dipertikaikan.

"Lihat sahaja sistem yang mereka guna keatas banduan di penjara Teluk Guantanamo," katanya.


Penjara di Teluk Guantanamo menempatkan banduan yang dikatakan pengganas oleh AS. Mereka ditahan tanpa bicara dan dipercayai diseksa sejak tahun 2002.

"Perbetulkan dahulu cara polis mereka melayan rakyat negara itu yang berketurunan African dan Latin.

"Anwar Ibrahim dan Saiful (mangsa liwat) bukan rakyat Amerika. US jangan menyibuk," tegas beliau di laman twitter miliknya.

AS dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kedutaan mereka di Kuala Lumpur kelmarin, melahirkan rasa kecewa dan bimbang dengan penolakan rayuan terakhir Anwar serta sabitan bersalah yang membawa hukuman penjara 5 tahun keatasnya.  

Washington turut berkata, negara itu mengikuti perbicaraan itu secara dekat keputusan untuk mendakwa Anwar serta perbicaaraannya membangkitkan kebimbangan serius mengenai peraturan undang-undang dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

AS dan Malaysia mempunyai hubungan kukuh, dan dalam konteks hubungan ini, kami selalu menyuarakan kebimbangan serius kes Anwar dengan pegawai Malaysia serta menekankan keadilan, ketelusan dan peraturan undang-undang penting untuk menggalakkan keyakinan dalam sistem kehakiman dan demokrasi Malaysia," menurut kenyataan itu lagi.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..