Sabtu, 21 Februari 2015

#PemudaUMNO Tegas Teruskan Siri Jelajah Nafikan Teori Kospirasi #LiwatII - @Azwanbro @NajibRazak #AKHI



Beberapa hari yang lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) menganjurkan satu forum yang menampilkan Ketua Pendakwaan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Forum Dialog Bersama Tan Sri Shafee tersebut selain berjaya menarik ramai hadirin termasuk beberapa VIP, YPS yakin ianya turut berjaya membuka mata banyak pihak yang selama ini terpengaruh dengan dakwaan konspirasi politik.

Dalam forum tersebut, Tan Sri Shafee menerangkan serba sedikit prosiding sepanjang perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang dan pembantu peribadinya, saiful Bukhari Azlan. (Lihat video di atas)

Forum tersebut turut disiarkan secara langsung (live streaming) di laman web AKHI.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tersebut turut mendapat kecaman segelintir pihak kerana menurut mereka perkara tersebut mendatangkan ulasan liar dari rakyat Malaysia.

Mereka turut menggesa agar Pemuda UMNO tidak meneruskan siri penerangan tersebut atas beberapa alasan.

Biarpun mendapat kecaman, Pemuda UMNO bertekad untuk meneruskan siri jelajah tersebut dengan mengadakan road show ke beberapa lokasi seluruh tanahair.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO akan tetap meneruskan jelajah tersebut bagi memberi penjelasan dan menafikan wujud konspirasi dalam kes liwat tersebut.

"Sekarang adalah masa yang tepat untuk Pemuda UMNO membuat penjelasan setelah 6 tahun kami berdiam diri kerana menghormati proses guaman dan kehakiman negara," tegas beliau ketika diminta mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu Pemuda UMNO tidak meneruskan jelajah tersebut.

YPS pun ada membaca beberapa status media sosial yang mengkritik tindakan Pemuda UMNO ini.

Seperti kata seorang rakan blogger, "Letih menjadi Pemuda UMNO ni".

Apabila Pemuda UMNO berdiam diri, pihak ini juga yang akan memuatnaik status di laman media sosial  mencela Pemuda UMNO.

Dan, apabila Pemuda UMNO berdiam diri tanpa melakukan sesuatu bagi menangkis fitnah dan tohmahan terhadap parti mereka, golongan ini sambil berbaring atau pun santai di kedai mamak memuatnaik status tidak berpuashati.


Itu pendapat yang dikeluarkan oleh rakan blogger di blognya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..