Sabtu, 28 September 2013

KENALI @azwanbro: SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN PEMUDA BN PASIR SALAK #OneBro4NKP

Selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Azwan juga memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak. Tidak dapat dinafikan, Azwan telah menggerakkan Jentera Gerak Gempur beliau beberapa tahun sebelum PRU ke 13 diadakan pada bulan Mei yang lalu.

Bermula dengan penubuhan Seketariat Pemuda Prihatin Pemuda BN Pasir Salak yang menumpukan tugas-tugas membantu wakil rakyat bagi menyelesaikan masalah rakyat yang kurang berkemampuan terutamanya yang menghadapi masalah pendawaian rumah dan baikpulih kecil.



 photo pppspups.jpg
Pelancaran Sekretariat Pemuda Prihatin Pemuda UMNO Bhgn Pasir Salak di Kg Sg Jejawi

Pelancaran Sekretariat Pemuda Prihatin Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah diadakan pada 31hb Januari 2009 dan disempurnakan oleh YB Dato' Zainol Fadzi B. Paharudin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak bertempat di Kampung Sungai Jejawi, Kampung Gajah.

Pada pelancaran tersebut, Anggota Skuad Pemuda Prihatin yang diketuai oleh Saudara Anuar Amin telah berjaya membaikpulih 4 buah atap rumah selain beberapa sumbangan berbentuk bahan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Program ini dijayakan dengan kerjasama Ketua Cawangan UMNO Sungai Jejawi iaitu En Ahmad Radzi dan beberapa cawangan sekitar.

Selepas pelancaran tersebut, Skuad Pemuda Prihatin Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak yang di Pengerusikan oleh Azwan sendiri terus bergerak aktif membantu menyelesaikan beberapa permasalahan penduduk sesuai dengan objektif ianya ditubuhkan.

SEJARAH PENUBUHAN SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN 

Untuk makluman, penubuhan Sekretariat Pemuda Prihatin ini adalah idea YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir bersama Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun. Ianya bermula di Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang. 

Ketika YAB Menteri Besar Perak mengadakan tinjauan ke salah sebuah kampung di DUN Permatang Pasir, YAB MB melihat keadaan pendawaian elektrik salah seorang penduduk yang membahayakan. 

YAB MB telah mengarahkan Saudara Azwan yang mengiringi beliau ketika itu untuk melakukan sesuatu, kebetulan YPS sendiri mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. YPS bersama jentera dari Perg. Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah berjaya menyelesaikan pendawaian tersebut dalam masa sehari. 

Selepas dari peristiwa tersebut, YAB Menteri Besar Perak telah mengarahkan agar setiap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Negeri Perak agar menubuhkan skuad tersebut. Dan Pasir Salak adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang pertama melaksanakannya.

Tahniah @azwanbro!!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..