Jumaat, 15 Ogos 2014

#KemelutSelangor: UMNO Tidak Berminat Campurtangan, Utamakan Tanggungjawab Terhadap Rakyat & Negara - @azwanbro @najibrazak #pemudaUMNO #transformasipolitik


KEMELUT yang melanda negeri Selangor yang berpunca dari masalah dalaman Pakatan Rakyat (PR) semakin meruncing.

Dan kebelakangan ini sudah kedengaran suara sumbang samada dari pimpinan PR mahupun penyokong mereka yamg cuba melibatkan UMNO dalam pergolakan tersebut.

Hari ini, Exco PAS Selangor Sallehen Mukhyi mengeluarkan kenyataan berkaitan ‎tindakannya kekal dalam barisan exco adalah untuk menghalang UMNO mengawal sumber kewangan negeri.

Menurut beliau lagi, keputusan empat exco PAS itu sebagai benteng akhir menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

YPS yakin kenyataan tersebut dikeluarkan bagi mempertahan diri setelah beberapa NGO pro Anwar Ibrahim melihat beliau dan tiga lagi Exco PAS hadir dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Isnin lalu sebagai pengkhianat.

Empat exco tersebut adalah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen sendiri.

NGO mendesak Khalid melepaskan jawatan Menteri Besar turut melibatkan UMNO dalam demo mereka di Shah Alam, hari ini.
Persoalannya kenapa perlu melibatkan UMNO dalam kemelut yang mereka hadapi???

UMNO tidak pernah berminat untuk campurtangan dalam kemelut tersebut apatah lagi meminta diberikan tempat dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Perkara tersebut jelas dinyatakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media ketika Majlis Aidilfitri beliau di Ipoh, 2 Ogos lalu.

Menurut Azwan, kepimpinan Barisan Nasional mempunyai banyak tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan.

"Isu di Selangor, saya rasa ini adalah masalah dalaman mereka jadi kita di BN tidak perlu masuk campur.

"Saya rasa ianya bukan menjadi agenda BN untuk menjaga tepi kain orang.

"Kita ada tugas kita, kepimpinan Perdana Menteri mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab," ujarnya.

Tambah beliau lagi, bukan peranan dan tanggungjawab kepimpinan UMNO untuk menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor

"Kita ada banyak tanggungjawab lain, biar mereka selesaikan masalah sendiri.

"Dan biarlah rakyat negeri Selangor sendiri menilai dan rakyat Malaysia keseluruhannya menilai,"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..