Ahad, 14 Ogos 2016

Rakyat Perlu Tolak Kumpulan Talibarut Kuasa Asing Guling PM @NajibRazak - @Azwanbro @Zahid_Hamidi @KhairykJ



Tindakan segelintir parti-parti politik, pertubuhan serta individu termasuk bekas pemimpin negara yang rancak menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melibatkan campurtangan Amerika merupakan satu tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kestabilan politik negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, kumpulan yang mengundang penglibatan Amerika Syarikat disifatkan sebagai tali barut apabila tergamak bersekongkol dengan sebuah negara yang sentiasa menganggap diri mereka sebagai polis antarabangsa.

Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tumpat menyambut ketibaan Azwan di SMK Berangan, Jumaat lalu.



“Penglibatan kuasa asing dalam urusan pentadbiran dan politik kita amat bahaya kerana tindakan mereka bakal mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara,” katanya.


Negara-negara Islam sentiasa dijadikan sasaran oleh pihak luar dan selepas apa yang berlaku terhadap Turki baru-baru ini, kuasa asing tersebut kini menjadikan Malaysia sebagai sasaran.

Justeru, Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyeru rakyat untuk menolak dan menentang kumpulan pembelot tanahair yang merisikokan keselamatan negara demi menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang sah.

“Jelas kepada kita, sesiapa sahaja sama ada kumpulan atau individu yang bekerjasama dengan pihak asing, ini merupakan sifat dan sikap seorang tali barut. Mereka ini perlu kita tentang.

"Sebagai warganegara Malaysia, kumpulan tersebut wajar berasa malu kerana tergamak bersekongkol dengan pihak asing dan semua rakyat perlu bangkit menentang mereka secara habis-habisan.

“Kita memang tidak boleh terima sebarang cubaan merosakkan sistem demokrasi yang ada sekarang kerana kita mahukan keamanan, kestabilan demi memaju dan mentadbir urus negara,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tumpat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan, di sini, pada JUMAAT yang lalu.

Turut hadir Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz serta Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Azam Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..