Selasa, 25 Februari 2014

#PemudaUMNO Lancar Portal #ForTheRakyat & #KlinikPemuda @Azwanbro @NajibRazak

Pemuda UMNO pada hari ini melancarkan portal aduan ForTheRakyat  sebagai platform kepada orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan untuk diketengahkan kepada pihak berwajib.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, menerusi portal berkenaan rakyat akan mendapat saluran yang mudah dan pantas dalam mengemukakan permasalahan mereka.

"Antara peranan portal ini adalah sebagai pusat pengumpulan aduan dan permasalahan rakyat dari segenap pelusuk negara.

"Ia akan memudahkan pihak kerajaan melalui agensi-agensinya, pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan atau mana-mana pihak yang prihatin untuk memberi perhatian dan membantu menangani permasalahan rakyat," katanya pada sidang media di pejabat Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn pagi tadi.

Tambah Khairul Azwan, portal dibawah kelolaan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno merupakan inisiatif pergerakan itu dalam mengambil peduli hal ehwal berkaitan rakyat.

Selain itu katanya selaras dengan inisiatif berkenaan, Biro Aduan Komuniti juga turut mewujudkan 'Klinik Pemuda UMNO' yang membolehkan rakyat di semua peringkat tampil mengemukakan aduan secara bersemuka kepada mereka.

"Rakyat boleh datang ke klinik ini untuk mengemukakan aduan dan permasalahan mereka kepada pegawai yang bertugas dan aduan akan diambil tindakan," katanya.

Klinik tersebut akan beroperasi dua minggu sekali dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari di Lobi Ibu Pejabat UMNO di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..