Azwan dalam sidang medianya melahirkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih atas kesudian tetamu hadir memeriahkan majlis serta berkongsi kegembiraan perayaan Aidilfitri.
![]() |
"Ramai juga kepimpinan negeri yang datang dari utara," ujarnya.
![]() |
| Azwan bergambar bersama Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor yang turut hadir. |
"Saya gembira ini menjadi testimoni bahawa Malaysia merupakan negara bermasyarakat majmuk dan mempraktikkan perpaduan.
"Justeru, ia perlu dipelihara akan kestabilannya," ujarnya lagi.
Azwan turut menyaran dan mengalu-alukan lebih ramai pihak menganjurkan majlis rumah terbuka sepanjang musim perayaan ini.
"Jadikan tahun ini tahun yang lebih bermakna, saya amat mengalu-alukan usaha mengadakan majlis rumah terbuka," katanya kepada pemberita.
Majlis Mesra Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini merupakan majlis rumah terbuka kali kedua dianjurkannya sejak menjawat jawatan nombor 2 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tahun lalu, majlis berlangsung di kediaman beliau di Taman Golf, Ipoh, Perak. Lihat di SINI.









