Ahad, 26 Julai 2015

Majlis Jamuan #Aidilfitri #YTPS Meriah, Lebih 2000 Warga #PasirSalak Hadir @ZainolFadzi @Azwanbro #EidMubarak


Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) yang diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1 petang hari ini meriah dengan kehadiran 2000 warga Parlimen Pasir Salak.

Majlis sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu diadakan di Rumah Dato' Sagor (rumah kutai) milik mantan Menteri Besar Perak ke 7, Yang Berbahagia Tan Sri Haji Ramli B. Ngah Talib terletak bersebelahan Kompleks Sejarah Pasir Salak.


Pengerusi YTPS, Tuan Haji Khairul Azwan Harun dan Timbalannya Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli serta ahli jawatankuasa lengkap berbaju melayu dan bersampin menyambut kehadiran para tetamu yang hadir.

Antara barisan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak yang hadir.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Sg Manik yang juga merupakan Penaung YTPS YB Dato' Haji Zainol Fadzi Haji Paharuddin, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Saudara Khairul Shahril Mohamed, pegawai-pegawai kerajaan pelbagai jabatan, ketua-ketua kampung serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Salak serta Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Pelbagai aneka juadah raya disediakan, seperti lemang dan rendang selain 2 ekor kambing panggang untuk para tetamu menjamu selera.

Pada jam 1.00 petang, kepimpinan YTPS berkenan untuk menyumbang duit raya kepada hampir 400 kanak-kanak bawah 12 tahun yang menyertai keluarga masing-masing hadir ke majlis tersebut.

Kepimpinan YTPS serta ahli jawatankuasanya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang meluangkan masa hadir dan memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri YTPS.

Kehadiran ramai ke Majlis Jamuan Hari Raya pada hari ini membuktikan bahawa peranan YTPS diterima baik oleh warga Pasir Salak sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang turut sama menyumbang dan menjadi pelengkap kepada wakil-wakil rakyat di Parlimen Pasir Salak.

Sepanjang penubuhannya bermula tahun lepas, YTPS telah berjaya menganjurkan beberapa program memfokuskan kejayaan dan kecemerlangan pelajar sekolah seluruh Parlimen Pasir Salak melalui Biro Pembangunan Modal Insannya.

Ketika sebahagian besar kawasan Kampung Gajah dilanda banjir penghujung tahun 2014 lalu, YTPS turut sama turun padang membantu mangsa-mangsa banjir yang membuat keputusan untuk kekal di kediaman masing-masing dan menolak tawaran ditempatkan di pusat-pusat pemindahan yang disediakan oleh kerajaan.

Kepimpinan YTPS akan menjadikan majlis rumah terbuka ini sebagai acara tahunan setiap kali umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri.


Selasa, 21 Julai 2015

Perbagai Kaum Hadir Memeriahkan Majlis Mesra Aidilfitri #NKPUM @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak #PemudaUMNO #Aidilfitri2015 #Syawal1436H


Lebih dari 2000 tetamu berbilang kaum dan agama hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Mesra Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun yang berlangsung di Kinta Riverfront, Ipoh, 4 Syawal 1436 Hijrah, semalam.

Azwan dalam sidang medianya melahirkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih atas kesudian tetamu hadir memeriahkan majlis serta berkongsi kegembiraan perayaan Aidilfitri.


"Alhamdulliah ramai tetamu yang hadir terutama yang datang daripada kaum Tiong Hua, India yang berada di Perak.



"Ramai juga kepimpinan negeri yang datang dari utara," ujarnya.



Azwan bergambar bersama Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor yang turut hadir.
" Hari ini merupakan hari melampaui batasan politik dan perbedaan pendapat.

"Saya gembira ini menjadi testimoni bahawa Malaysia merupakan negara bermasyarakat majmuk dan mempraktikkan perpaduan.


"Justeru, ia perlu dipelihara akan kestabilannya," ujarnya lagi.



Azwan turut menyaran dan mengalu-alukan lebih ramai pihak menganjurkan majlis rumah terbuka sepanjang musim perayaan ini.


"Jadikan tahun ini tahun yang lebih bermakna, saya amat mengalu-alukan usaha mengadakan majlis rumah terbuka," katanya kepada pemberita.


Majlis Mesra Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini merupakan majlis rumah terbuka kali kedua dianjurkannya sejak menjawat jawatan nombor 2 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tahun lalu, majlis berlangsung di kediaman beliau di Taman Golf, Ipoh, Perak. Lihat di SINI.

Isu #SarawakReport: @Azwanbro Gesa Pihak Berkuasa Siasat & Ambil Tindakan Segera #PemudaUMNO @NajibRazak @KhairyKJ


Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan sekiranya terbukti ada cubaan untuk menganggu-gugat kestabilan politik dan keamanan negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja membabitkan keamanan negara tetapi memberi kesan terhadap ekonomi negara dan rakyat.

"Sebab itu Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) memandang serius akan hal ini, dan sekiranya ada bukti pihak berkuasa jangan tunggu, segera ambil tindakan kerana ini akan menggugat kestabilan politik dan keamanan negara.

"Jangan berdolak-dalik, ini bukan soal Datuk Seri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) atau soal mana-mana individu. Ini kestabilan politik negara dan juga keamanan negara. Pihak berkuasa jangan berdolak-dalik, ada bukti segera buat penahanan dan siasatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri di Kinta Riverfront, Ipoh, semalam(Isnin).

Beliau mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Azwan juga turut menggesa pihak berkuasa menahan individu di belakang The Sarawak Report serta memulakan siasatan, dan bukan hanya setakat menyekat laman sesawang berkenaan.

"Untuk itu saya secara peribadi sekiranya terbukti Sarawak Report menipu, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan untuk tahan atau siasat mereka, bukan semata-mata sekat portal tersebut," katanya.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memutuskan untuk menyekat laman sesawang The Sarawak Report  kerana ia didapati boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

SKMM dalam kenyataan berkata tindakan itu dibuat susulan maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai bahawa laman sesawang itu telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan.

-Bernama

Rabu, 1 Julai 2015

Cuaca Panas Tidak Jejas Bekalan Air Perak - @ZainolFadzi @ZambryAbdKadir #LAP


Sumber air di Perak masih banyak dan tidak menunjukkan tanda ia terjejas dengan fenomena cuaca panas yang berlaku di negeri ini ketika ini.



Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenga Dan Air Dato' Zainol Fadzi Paharudin berkata, fenomena cuaca panas tidak ada kesan yang ketara kepada sumber air yang dimanfaatkan oleh pengguna-pengguna negeri Perak.

Menurut beliau, kebiasaannya Lembaga Air Perak (LAP) akan mengambil tindakan bagi kes-kes melibatkan kawasan-kawasan yang menghadapi masalah mendapatkan bekalan air.

Tindakan awal adalah dengan menghantar lori-lori tangki ke kawasan berkenaan.

“Keadaan sumber air kita amat banyak dan tidak terjejas dengan fenomena cuaca yang berlaku hari ini.

“Dalam musim panas pada bulan puasa ini, hampir jarang hujan berlaku tapi itu tidak meninggalkan kesan yang ketara kepada sumber air yang dimanfaatkan oleh pengguna-pengguna negeri Perak,” ujar Zainol Fadzi.

Beliau yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat LAP di Ipoh pada Isnin.

Zainol Fadzi juga memberitahu, ketika ini Perak mempunyai banyak loji rawatan air antaranya di Sungai Siput, Air Kuning, Taiping dan di Trolak Timur yang dapat membantu membekalkan air ke kawasan yang menghadapi masalah bekalan air.

Sumber: AstroAwani

Selasa, 26 Mei 2015

Kemelut #1MBD: #PemudaUMNO Garis 3 Penetapan - @KhairyKJ @Azwanbro @NajibRazak


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUMM) hari ini menggariskan tiga penetapan berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Penetapan itu dinyatakan sendiri oleh Ketuanya, YB Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pergerakan tersebut di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, petang tadi.


Tiga penetapan tersebut adalah:

Siasatan yang benar-benar komprenhensif dan menyeluruh samada di pihak ketua audit negara ataupun oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Ini perlu dibuat agar dapat menjawab segala spekulasi, tohmahan dan pertanyaan yang telahpun dibuat berkaitan dengan 1MDB dan ianya dapat dijawab dengan lengkap.


• Wujudkan satu pelan pemulihan yang holistik berkenaan dengan pengurusan syarikat 1MDB itu sendiri.

“Difahamkan bahawa akan ada pelan pemulihan yang akan dibentangkan dalam jemaah menteri minggu ini. Harapan pemuda adalah plan tersebut harus betul-betul merupakan satu ‘holistic recovery plan’.

“Kita tidak boleh ada satu plan pemulihan berjangka masa pendek yang hanya dapat menyelesaikan pembayaran hutang dari sebulan ke sebulan kerana kita tidak mahu masalah hutang syarikat ini akhirnya akan membebankan kerajaan.

• Tindakan dan hukuman tegas kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas kemelut dan masalah yang dihadapi oleh 1MDB pada hari ini. Walau siapapun individu tersebut, hukuman dan tindakan tetap harus dikenakan.

Beliau mahu setelah selesai proses siasatan maka mesti ada tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Sekiranya tidak ada tindakan, maka penyelesaian 1MDB ini tidak akan dapat diterima oleh rakyat sebab rakyat nak tahu siapa yang langgar bas. Orang yang langgar bas mestilah kena hukum,” tambahnya lagi.

Selain itu Khairy juga menegaskan bahawa pendirian berhubung penetapan tersebut sama sekali bukan merupakan agenda politik.

“Kesetiaan Pergerakan Pemuda kepada institusi parti UMNO akan tetap dipertahankan namun permasalahan yang sedang dihadapi ini perlu diselesaikan segera,” ujarnya.

Sumber - MediaUMNO

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..