Sabtu, 7 Disember 2013

PENGERUSI TETAP UMNO SERU PEMIMPIN UMNO CONTOHI RASULULLAH

Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin hari ini menyeru barisan pemimpin parti yang baru dipilih di setiap peringkat agar mencontohi kepimpinan Rasulullah dan para sahabat baginda.
   
"Kejayaan mereka sebab mereka menjadikan takwa sebagai teras kepimpinan," katanya pada sesi penggulungan perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
   
Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan dan jentera parti yang memberi kepercayaan untuk beliau terus menjadi pengerusi tetap Umno.
   
"Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana terus diberi mandat sebulat suara oleh seluruh ahli parti untuk memimpin kita. Tahniah juga kepada kepimpinan di setiap peringkat," katanya.
   
Dalam pada itu, kata Badruddin, tidak kira siapa pun yang telah dipilih sebagai pemimpin parti, anggota Umno perlu menerima keputusan pemilihan dengan hati terbuka.
   
"Kita telah pilih. Kukuhkan barisan, turun ke gelanggang dan pastikan BN menang pada pilihan raya umum akan datang," katanya disambut tepukan gemuruh dan sorakan daripada perwakilan dan pemerhati yang berada di dalam dan luar dewan persidangan.
   
Perhimpunan Agung Umno kali ini buat kali pertama diadakan selepas pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 12 Oktober diikuti pemilihan anggota Majlis Tertinggi dan kepimpinan bahagian pada 19 Oktober. - Bernama

˜ YþS setuju bebeno dengan pesanan Pengerusi Tetap UMNO ni. Dan sebagai langkah pertama, YAB Presiden UMNO,  Datuk Seri Najib Razak wajib menasihati isterinya mengenakan pakaian menutup aurat, yakni Susah² sangat, ugut je nak kahwin lain kalau Datin Seri tak mahu juga bertudung.Hehehe. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..