Isnin, 23 Disember 2013

#PerhimpunanMCA: MCA Lulus 7 Resolusi Pembangunan Parti & Rakyat, NKPUM Saran Semua Parti Komponen Jayakan Agenda Transformasi @NajibRazak @Azwanbro

Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-60 yang berakhir semalam, meluluskan tujuh resolusi merangkumi 13 perkara di bawah usul hal ehwal parti, politik, ekonomi, pendidikan, perlembagaan persekutuan, tadbir urus kerajaan, serta masyarakat dan kualiti hidup.

Resolusi berkenaan yang diumum Speaker Datuk Yik Phooi Hong dan diluluskan sebulat suara oleh 1,258 perwakilan itu antaranya menyebut;


● Semua anggota MCA perlu bersatu padu bagi menyokong sepenuhnya barisan kepimpinan baharu dalam menjalankan pembaharuan dan transformasi untuk meraih semula sokongan rakyat.


● Bagi isu politik, perwakilan mengecam segala bentuk perkauman dan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan atau mencetuskan kebencian antara kaum.


● Berhubung isu ekonomi, perwakilan menyatakan sokongan terhadap beberapa langkah kerajaan antaranya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan merasionalisasikan subsidi sebagai sebahagian usaha dalam proses transformasi ekonomi.


Bagaimanapun bagi GST, perwakilan meminta agar kadar enam peratus dikekalkan untuk sekurang-kurangnya lima tahun.


Selain itu perwakilan menyeru kerajaan melaksanakan dasar berdasarkan merit kerana ia adalah satu cara yang berkesan untuk menarik bakat dan membendung pengaliran keluar pakar.


Mereka turut menyeru kerajaan mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam kewangan supaya defisit negara dapat dikurangkan.


● Bagi isu pendidikan pula, kerajaan diminta melaksanakan Sijil Peperiksaan Bersepadu dan mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan arus perdana di Malaysia.


Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan juga digesa lebih telus dalam syarat kemasukan ke universiti tempatan selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berdaya saing tinggi.


● Dalam aspek Perlembagaan Persekutuan pula MCA mempertahankan perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam merupakan agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, selaras dengan Perkara 12 (1), tidak akan ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, bangsa, keturunan atau pun tempat lahir.


● Selain itu, bagi resolusi berkaitan tadbir urus kerajaan, MCA menyokong jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk mengkaji penyelewengan dalam sistem tadbir urus kewangan yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara.


MCA turut menyatakan sokongan terhadap langkah kerajaan menubuhkan Unit Pengurusan Integriti di semua agensi awam untuk menambah baik pematuhan prosedur selaras dengan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membanteras penyalahgunaan kuasa dan menghapuskan gejala rasuah.


● Dalam aspek masyarakat dan kualiti hidup pula MCA meminta Kementerian Dalam Negeri meningkatkan langkah pencegahan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang untuk menambah baik persepsi masyarakat terhadap mutu perkhidmatan polis.



Screenshot Tweet Azwanbro.
Dalam masa yang sama, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun menyarankan semua parti komponen BN yang telah selesai mengadakan pemilihan parti agar fokus kepada usaha menjayakan agenda transformasi.

Memetik kemaskini laman sosial twitter beliau, Azwan antara lain memberi peringatan agar 'jangan ada puak2 duri dalam daging lepas ini'


Sebelum ini, Azwan turut mengingatkan pimpinan baru MCA agar melaksanakan perubahan dalam parti mereka dengan tulus dan jujur, mengikut garis panduan yang telah diberikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 


 Azwan menasihatkan MCA supaya menjadikan prestasi buruk mereka pada PRU ke 13 sebagai suatu pengajaran dan berhenti menuding jari menyalahkan parti komponen lain. Klik sini.


●●● YPS nak mintak sesuatu dari YAB Datuk Seri PM, utamakan pengundi yang dah meletakkan UMNO kekal di Putrajaya. Rasanya Datuk Seri faham...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..