Khamis, 5 Februari 2015

@Azwanbro Komited & Konsisten Gesa #OrangTengah & #Kartel #TurunHargaBarang @NajibRazak @KhairyKJ #PemudaUMNO


Kemelut berkaitan gesaan Turun Harga Barang yang dibuat oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia, baik pemimpin mahupun rakyat masih belum mendapat tindakbalas positif dari pihak pengeluar, pembekal dan pemborong.

Logiknya, penurunan harga bahan api yang ketara ini sepatutnya merendahkan harga banyak barang keperluan rakyat seterusnya mengurangkan perbelanjaan pengguna terhadap barangan tersebut.



Seperti yang kita sedia maklum, antara alasan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan sebelum ini adalah kerana kenaikan harga bahan api.

Sebagai contoh, apabila harga petroleum naik 20 sen seliter, kebanyakan pengusaha kedai makan menaikkan harga minuman sebanyak 20 sen segelas dengan alasan kenaikan harga petrol memberikan kesan kepada kos mereka. 

Oleh itu, mereka menyatakan keperluan menaikkan harga adalah bagi menampung kenaikan kos tersebut.

Kenyataan Akhbar Dan Twitter Azwanbro


Antara pimpinan negara yang dilihat fokus dan komited mendesak agar para pengeluar, pembekal pemborong untuk menurunkan harga adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun.

Melalui laporan akhbar dan kemaskini twitter miliknya, Azwan konsisten dan berterusan menggesa pihak berkenaan simpati dan prihatin dengan beban kos sara hidup yang tinggi yang ditanggung oleh rakyat Malaysia khususnya mereka yang berpendapatan rendah. 



Malah beliau dengan tegas menyifatkan kumpulan yang terdiri daripada pengeluar, pemborong dan pembekal adalah pensabotaj ekonomi negara apabila mereka masih berdegil untuk tidak menurunkan harga.
"Kumpulan yang saya sebut tadi menjadi pensabotaj ekonomi negara. Mereka sengaja tidak menurunkan harga walau jelas kos pengeluaran menyusut selepas penurunan harga minyak.

"Golongan ini (orang tengah dan kartel) menjadi dalang yang menyebabkan kos sara hidup rakyat masih tinggi walaupun harga minyak turun dengan banyaknya," katanya seperti yang dilaporkan oleh Astro AWANI, 1 Februari yang lalu.

Sebelum ini, setiap kali harga petroleum dinaikkan, hampir sebahagian besar harga barangan turut mengalami kenaikan, yang kadangkala lebih tinggi daripada kadar kenaikan harga minyak.

Apabila harga petroleum diturunkan, pengguna menjangkakan penurunan harga barangan.



Kartel barangan yang tidak bertanggungjawab ini, pastinya memperolehi keuntungan besar ketika penurunan harga minyak yang merupakan sebahagian dari kos operasi mereka.

Dalam waktu sama, Azwan turut membidas kumpulan pendesak kerajaan yang pernah meminta penurunan harga minyak agar berbuat perkara sama kepada kartel barangan ini.

"Dahulu mereka 'bising' minta kerajaan turunkan harga minyak dan kini sudah tertunai namun penurunan harga barangan tidak pula berlaku.

"Kumpulan ini seharusnya bangkit dan mendesak pemborong dan 'suku-sakat' mereka untuk menurunkan harga barangan pula. 

Menurut beliau, bahang kos sara hidup yang tinggi kini dirasai oleh pengguna pelbagai kaum di negara ini.


Memetik lapuran Astro Awani pada 3 Februari pula, SINI, Azwan mengajak pengguna untuk menghukum kartel yang degil ini dengan menggunakan kuasa beli yang dimiliki oleh setiap rakyat berbilang kaum negara ini.

Kedegilan rakyat untuk menghukum mereka seolah-olah membiarkan diri dirogol oleh kartel-kartel barangan yang dipercayai mengaut keuntungan berganda tanpa memikirkan pengguna. 

Beliau juga menyarankan para pengguna supaya mengedarkan risalah senarai kedai harga mahal selain menyebarkan maklumat tersebut di laman media sosial, agar pengguna lain dapat membuat pilihan bijak untuk berbelanja membeli barangan benar-benar perlu di premis perniagaan yang menawarkan harga lebih rendah seperti saranan kerajaan.

Tindakan ini diharapkan dapat memberi tekanan kepada orang tengah atau kartel yang tetap berdegil dan tidak tunduk kepada desakan untuk menurunkan harga barangan.


Semalam, tweet Azwan menyarankan agar konglomerat tempatan milik kerajaan atau individu negara yang kaya raya untuk mula menurunkan harga barang dan perkhidmatan mereka dengan kadar segera.

Langkah yang disarankan ini jika berjaya diikuti oleh syarikat konglomerat yang dimaksudkan, sedikit sebanyak akan menjadi perintis kepada pengilang mahupun penyedia perkhidmatan lain untuk turut sama menurunkan harga mereka.

Rakyat mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan segera tanpa ada konfrontasi diantara mana-mana pihak. 

Isu ini melibatkan kepentingan rakyat pelbagai kaum, jangan ada kepimpinan parti menjadikannya isu politik demi survival parti mereka.

Tindakan kerajaan menghapuskan subsidi serta melaksanakan sistem pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit bahan api dikala harga komoditi minyak dunia jatuh adalah kerana bertujuan baik demi kepentingan rakyat dan negara.

YPS dan rakyat berharap, Azwan serta pemimpin lain akan terus bersuara mendesak sehingga orang tengah dan kartel barangan ini merasakan tekanan dan akhirnya akur untuk menurunkan harga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..